Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan kepadaNYA jua kita akan kembali. Dan setiap yang hidup itu pasti akan mati jua. Dan saat mati itu tidak akan dilamabatkan atau dipercepatkan walau sesaat pun.Begitulah ringkasnya maksud ayat-ayat alQuran yang sudah pun difahami ramai dan diterima tanpa soal.
MAKA YANG PASTI HANYALAH HARI INI. HARI SEMALAM ATAU HARI KELMARIN TINGGAL KENANAGAN DAN HARI ESUK BELUM TENTU APA HABUAN. MUNGKIN ESUK KITA KEMBALI PADA TUHAN, PENCIPTA SEKELIAN ALAM. TIDAK ADA SUATU PUN YANG DAPAT MENGHALANG.
Gambar di atas : Kembalinya ke Rahmatullah emak saudara tidak lama dahulu.
Semasa hidupnya almarhumah tidak berhenti mengajar alQuran pada jiran dan anak-cucu jiran. Ia agak jarang berjumpa doktor kerana takut dan ditambah pula dengan masaalah kenderaan dan anak yang jarang berkelapangan. Tetapi ia redha seadanya, semoga Allah meanugerah Rahmatnya dan Taman-Taman Syurga yang berkekalan. Ia contoh bagi saya. Ilmunya sebagai Ustazah di kampung dimunafaatkan semampunya.
Hari Khamis minggu lalu tiga orang ahli qariah Masjid tempat saya tinggal telah pulang ke Rahmatullah. Salah seorang adalah teman akrab. Peristiwa seperti ini selalu mengingatkan bahawa masa saya amat berhampiran. Adat kata, yang tua di baris hadapan . Tetapi penentuan Allah tiada siapa yang boleh memberi jaminan. Maka itulah saya beringat: HANYA HARI INI SAHAJA YANG PASTI. NAMUN DEMIKIAN SAATNYA TIDAK DAPAT DIKETAHUI.
Dalam hal ini Ustaz selalu sahaja mengingatkan supaya kita selalu mengucapkan kalimah Taubat dan mengamalkan kerja-kerja yang membawa erti kepada kalimah Taubat. Taubat harus ada dibibir dan ada dihati dan ada diperbuatan. Ustaz kata siapa yang berkemampuan amatilah isi kandungan buku "ASTAGHFIRULLAH....Ampunan Mu Ya Allah Aku Harapkan" oleh Prof. Dr. Yusof Al Qaradawi yang diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Zaini Yahya. Antara ayat-ayat Quran yang di turunkan dalam buku adalah seperti berikut: Surah An Nisa, Ayat 17-18.

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya
bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan
kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana.
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang
selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka
hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,"
(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya)
orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang
demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
Sekian sebagai perkongsian ilmu.
WaAllahu'alam.
3 comments:
Salam Dear Sis,
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Semoga kita takut mati dalam husnul khatimah! Rasa tersangat takut nak mengadap Allah jika dosa tak diampun!
ps semoga kita mati dalam husnul khatimah
Salam Sister KJ. Saya pun takut mati bila mengenangkan dosa. Semoga Allah terima taubat kita, semoga Allah kurnia khusnul khatimah untuk kita keluarga dan semua yang kita kasihi.Amin.
Post a Comment