Cuaca panas tidak meletihkan kami untuk berkejaran dari Tangkak ke Bukit Gambir dan kemudian ke Muar. Mula-mula pagi itu saya masuk kelas untuk melihat bagaimana guru-guru mengendali keadaan panas dengan anak-anak kecil yang sentiasa aktif. Alhamdulilah....under control dengan kesabaran.
Tahun ini kami menukar warna uniform dan saya rasa ibu-bapa pun sukakannya. Nampak makin ceria.Dalam foto yang kedua itu seorang guru sedang seronok menunjukan bagaiman anak-anak boleh jadi kreatif dalam kelas pelajaran seni. Antara murid yang ada itu, seorangnya dirasakan bermasaalah yang memerlukan perhatian pakar perubatan. Saya rasa anak itu perlukan perhatian ibu-bapa secara khusus, terutama dal hal-hal membina dan mendidik anak itu. Hari Khamis 31 Mac ini saya dan Partner saya akan berbincang sedikit mengenainya denagan ibu anak comel ini untuk kebaikan anak dan semua yang terlibat.
Kemudian pada lewat pagi kami ke Bukit gambir untuk membeli dan mengganti permainan anak-anak Taska kami di samping peralatan pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Pendingin udara di kereta kami bermasaalah tetapi kami redah juga untuk ke Muar pula.Kami naik bas hari semalamnya "Cepat Express" dan kami rasa selesa dan nyaman. Allah menduga dengan cuaca sama ada kami mudah give up. Subhanallah......
Tiada kedai mainan anak-anak yang sesuai di Bukit Gambir. Malangnya di Muar ada kedai yang sesuai tetapi harganya terlalu mahal dan di luar kemampun Taska kami. Maka kami hanya putar-putar mencari idea alternatif untuk menyelesai masaalah yang ada. Rasa tidak selesa kerana tujuan asal belum kesampaian. Kami harus mencari dana tambahan untuk memastikan pengendalian Tadika dan Taska kami itu cekap dan berkesan.
Kemudian bila hampir maghrib kami mencari Masjid.
Ini kawasan Masjid di tepi Sungai Muar. Masjid Jamek Sultan Ismail namanya.
Adzan mula berkumandang dan cepat-cepat kami beredar. Masjidnya besar dan agak bersih. Yang menarik perhatian kami ialah bilangan telekong wakaf tidak mencukupi untuk berjemaah semua yang datang. Kami harus bergilir.
Pertama kali saya bepengalaman demikian.
Lepas solat kami pergi makan di Bentayan Food Court.
Ramainya pelanggan dan kami kena menanti sebentar
untuk tempat yang agak selesa.
Alhamdulilah rezki Allah kurnia yang sentiasa disyukuri.
Hidangan yang menarik perhatian saya ialah Soup Gearbox dan makaroni.
Food Court ini agak luas dengan berbagai pilihan juadah.
Malam itu saya tidak nampak rakyat Malaysia menghadapi ekonomi meleset. Tua muda semuanya ada. Mungkin malam Sabtu mejadikan pelanggan ramai.
Apa pun saya lega sedikit kerana peniaga dapat meraih rezki kurniaan yang maha Merezkikan. Alhamdulilah.
Sampai di rumah Tangkak lewat jam 10 malam.
Kepenatan tetapi kami tidak terus tidur. Untuk menyumbang membina kesejahteraan ummah....Jangan kira Penat. Alhamdulilah masih Allah kurnia kederat makan snek dan bersembang santai.
Semoga Allah memberkati usaha kami yang kecil kerdil ini.
Mohon bimbingan MU ya Rabb......
Semoga Allah memberkati usaha kami yang kecil kerdil ini.
Mohon bimbingan MU ya Rabb......
......