Cantik sungguh perilaku kucing ini. Terpegun seketika menghayati betapa haiwan pun jika disantuni ia boleh menjadi teman setia. Foto ini dikirim oleh seorang kawan dalam group whatsup.
Rasulullah Salallahualaihiwasalam sangat sayang pada kucing dan ramai antara kita yang menyayangi kucing. Saya tidak membela kucing seperti sesetengah orang siap dengan segala kemudahan mengurus diri dan makanan dan perubatan dan lain-lain lagi. Saya hanya menyediakan makanan di luar rumah saya untuk semua kucing yang mendatang. Itu pun sudah membuat saya rasa seronok melihat kucing-kucing ini pagi-pagi lagi sudah mengetuk dan mencakar pintu minta sarapan pagi. MasyaAllah. Kucing pun pandai berbaik dengan manusia.
Minggu lepas saya ke Tangkak lagi dan kali ini saya berkenalan dengan seorang ahli rombongan yang baru balik melancung dari negara jiran. Ramah orangnya dan saya rasa mudah mesra. Saya katakan pada teman Partner Tadika SmarTop bahawa ahli yang baru saya berkenal itu amat riang orangnya. Mampu bercerita apa yang ia buat ketika melancung. Banyak ole-ole yang dibeli untuk anak-anak yang dikasihi seramai enam orang. Sudah dewasa kesemuanya.
Saya mendapat tahu kemudiannya dari Partner saya bahawa dalam keriangannya itu ada kesedihan yang tersembunyi dan jika kita tidak tahu latarbelakangnya sememangnya kita katakan ia hidup bahagia. Ia memang bahagia di kelilingi anak-anak yang amat ambil berat tentang hidupnya. Tetapi ia rasa terkilan sedikit kerana suminya kahwin dengan seorang wanita muda semasa anak-anak kecil lagi, dan hidupnya tidak diurus oleh suaminya. Suaminya hanya fokus pada isteri mudanya. Ia banyak bersabar demi kepentingan anak-anaknya. Alhamdulilah.....bertahun lepas itu Allah ganti kasih suami dengan kasih anak-anak yang tidak dapat dijual beli.
Saya rasa insaf mendengari ceritanya. Begitulah perjalanan hidup. Ada wanita muda yang tanpa berfikir panjang dan muhasabah diri sanggup merosakan kebahagian hidup wanita yang tua darinya demi kepentingan diri sendiri. Bila difikir-fikir wanita mudalah yang kurang simpati pada wanita yang lebih tua darinya. Lupa ia akan hakikat bahawa suatu hari ia juga akan meningkat tua. Tetapi ramai yang "selfish", iaitu hanya pentingkan dirinya sahaja. Pada zahirnya ia akan membela diri pada masyarakat dengan mengatakan bahawa bukan dia senghaja mahu merosakan hidup wanita yang lebih tua itu, tetapi semata-mata kerana ia mahu membalas budi lelaki yang sudah tua itu kerana katanya lelaki itu dan keluarganya banyak berjasa padanya dan keluarganya.
Apakan daya..........
Lidah manusia mudah sahaja membentuk kata-kata yang membawa simpati sesiapa yang mendengarinya. Di mulut lain....di hati lain siapa yang tahu.
Yang muda lupa yang tua, dan lupa bahawa ia juga akan tua dengan izin Allah nanti.
Isteri yang lebih tua ini bersabar dan meyakinkan dirinya bahawa Allah itu maha melihat dan maha mendengar. Allah itu maha adil dan maha bijaksana. Allah melihat keikhlasan hati manusia. Jangan manusia mengambil jalan mudah bagi dirinya sendiri sahaja.
Teringatlah saya kisah ini seperti kisah kasihnya manusia pada seekur kucing. Tidak akan sama kasih manusia pada manusia dan kasih manusia pada seekur kucing. Manusia akan membelai kucing dengan memeluk cium dan mendukungnya hanya bila berkesempatan sahaja. Ia akan memberi makan dan bagi yang tdak dibenarkan masuk rumah, kucing akan tidur di luar. Kadang kala kesejukan dan kadang kala kelaparan bila yang punya kucing lama meninggalkan rumah dan tidak berpesan pada jiran tetangga untuk membantunya.
Tidak perlu saya bercerita panjang kerana rata-rata kita faham bezanya mengasihi kucing dan kita mengasihi manusia. Cuma saya mengibaratkan isteri yang tua ini hanya dikasihi seperti seekur kucing.
Kisah ini sebagai imbasan sahaja bila saya bersembang dengan Partner saya. Saya akan cuba sentiasa muhasabah diri dan beringat pada hakikat bahawa Allah sentiasa menilai hati budi kita dan bukan apa yang kita kata. Allah ada dan dia maha melihat dan maha mendengari apa sahaja.
Itu sahaja catatan ringkas kali ini. Saya berpesan pada diri.....Kebergantungan kita hanya pada Allah sahaja. Mohon keampunan Mu ya Rabb....
Menanti sentuhan kasih yang suci.
foto ehsan google
......
1 comment:
Cute...
Post a Comment