"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Wednesday, March 16, 2016
Fatamorgana...ibrahnya sering dilupai.
Fatamorgana adalah sesuatu yang kita sangka ada, tetapi tidak ada. Fatamorgana adalah gejala alam dimana yang kita lihat seperti genanagan air, atau tasik atau apa sahaja adalah merupakan pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas itu berfungsi sebagai cermin.
Contohnya: kekadang kita nampak genangan air dari jauh semasa kita berada di jalan raya yang agak lurus, tetapi apabila kita mendekatinya, air itu tidak ada. (maklumat dari google search).
Ramai antara kita yang mengalami fenomena ini. Kekadang saya juga mengalaminya dan tersenyum sendirian kerana buat seketika saya rasa macam "tertipu". Ia mengusik minda kita.
Tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah.
Dalam kehidupan manusia fenomena Fatamorgana ini sering dilupai terutamanya mereka yang suka bermimpi disiang hari. Manusia suka berangan-angan yang sering ustaz kata jangan terlalu panjang akal. Ingat hati hendak memeluk gunung, walaupun kita tahu tangan tidak sampai. Tapi ramai manusia akan bekerja keras untuk memeluk gunung kerana dari jauh ia nampak cantik dan indah.
Antara fenomena masyarakat ialah seperti seseorang itu akan membelanjakan banyak modal untuk sesuata projek bisness tanpa banyak persediaan dan tanpa perancangan yang teliti. Ada terdapat kes-kes seperti ini yang kecundang kerana ditipu rakan kongsi atau reality di sekelilingnya memang tidak sesuai dengan bisness yang diusahakan itu. Tetapi oleh kerana terlalu ghairah memikirkan keuntungan tanpa mengira risiko yang dihadapi, maka ia kecundang. Yang disangka ada, tidak ada.
Kekadang dalam dunia perkahwinan dan pengendalian rumah tangga fenomena seperti ini pun boleh terjadi. Seseorang itu nampak wanita cantik atau jejaka ganteng dan nampak berada seperti kaya, dan tanpa usul periksa dan risikan yang bijak dan doa yang sewajarnya, seseorang jejaka atau wanita muda akan terus berkahwin kerana ada desakan nafsu, desakan kekawan desakan keluarga atau sebagainya. Ada cerita-cerita masyarakat dalam drama TV atau cerita kedai kopi yang menceritakan akibat perbuatan yang seperti ini. Perkahwinan seperti ini terbabas atas fenomena Fatamorgana. Apa yang disangka ada, tidak ada.
Jika perkahwinan ini merupaka satu sama satu, fenomena Fatamorgana tidak serious. Tetapi jiak sebaliknya maka kebarangkalian perpecahan keluarga asal akan terjadi dan sengketa keluarga akan timbul. Mungkin ini akan menjejas kesejahteraan keluarga secara jangka panjang. Fenomena ini amat bahaya kerana kata Pepatah Melayu: YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT YANG DIKENDUNG KECICIRAN.
Maka kita harus waspada akan fenomena Fatamorgana ini dalam situasi apa jua pun. Jangan terlalu melihat faedah jangka pendek dan mengabaikan kepentingan jangka panjang. Dan janganlah pula yang sudah tahu fenomena ini tetapi akan bersikap "self-denial" dan terus juga dengan tindakan yang disangkakan bijak. Ada sesetengah keadaan ada orang yang seperti suka "menanggok di air keruh". Bila ada peluang "memerangkap" sesuatu, Fatamorgana tidak diindahkan. Redah sahaja dan berharap semuanya akan menjadi. Tidak dikhuatiri dihujung tindakan seperti ini boleh berhasil KOSONG.
Waallahu'alam.
Saya tulis entry ini kerana terpanggil berkongsi dengan pembaca setelah mendengari ceramah Ustaz Bakhtiar Idris di Utube. Ingat saya akan pesanan emak saya. Dalam hidup ini kita seharusnya sentiasa cuba menyelesaikan sesuatu masaalah tanpa menyebabkan wujudnya masaalah yang lain. Tag line saya: Selesai masaalah, tanpa masaalah.Saya sendiri harus berhati-hati kerana kedudukan saya juga "velnerable".
Mohon keampunan MU ya Rabb.
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Puan. Saya sentiasa membaca hasil tulisan Puan sejak awal kemunculan lagi. Terima kasih atas mutiara kata yang memberi pedoman. Salam perkenalan ~ zetiaktha@yahoo.com
Salam perkenalan Zeti Akhta. Rasa seronok sesekali muncul nama yang mengikuti tulisan saya. Saya pesara dan suka berkongsi pengalaman. Terima kasih singgah di blog saya. Kita jumpa lagi.
Post a Comment