"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 13, 2016

Membuka pintu langit.....





Ini di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kami membawa barang yang kami memang tahu melebihi berat yang di benarkan oleh pesawat Lion Air. Teman saya dua beradik yang berat sekali dengan buku-buku yang dibeli semasa di Pesta Buku Antara Bangsa di Jakarta baru-baru ini, (15th Islamic Book Fair). Selain buku-buku dengan tajuk khusus, ada dua set Tafsir Al Quran oleh  As Syahid Syed Qutub. Saya hanya membeli buku-buku berkaitan Tauhid dan satu buku mengenai Saidina Umar Al Khatab RA.

Lion Air tidak membenarka mana-mana bag melebihi 32 kilogram beratnya. Maka teman saya terpaksalah merombak semula baggasi untuk memenuhi syarat itu. Kemudian teman saya berurusan selanjutnya di kaunter tiket.

MasyaAllah. Pegawai yang bertugas melihat bahawa yang berat itu adalah Tafsir al Quran, dengan senyuman ia mengatakan: Ah...Al Quran. Tidak perlu bayar excess baggage. Gratis sahaja. Al Quran itu untuk edaran jemaah. Alhamdulilah......, kami bersyukur kerana kami berjimat belanja sebanyak 600 Ribu Rupiah.


Maka selepas itu kami berehat di sebuah Cafe menanti masa untuk boarding. Kami minum dan makan karipap dan ice-cream. Sambil itu kami mengulas bagaimana kami dimudahkan Allah mengurus baggage kami yang berlebihan beratnya.

Itu Rezki dari Langit, saya mengatakan dengan senyuman lega. Begitulah biasanya kami bersyukur apabila tugas kami di mudahkan Allah di mana sahaja.

Saya teringatkan kata Ustaz Bakhtiar Nasir dalam ceramahnya di U-tube mengenai bagaimana kita boleh "membuka pintu langit".

A019

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
(An-Naba' 78:19) | 

Walaupun ayat ini dasarnya adalah mengenai kejadian di Hari Qiamat, namun kita boleh memetik fakta bahawa langit itu mempunya banyak pintu.

Ustaz Bakhtiar melontarkan soalan: Bagaimana kita dapat "membuka pintu langit" hingga Rahmat Allah turun mencurah-curah. Ia itu bagaimana mahu mendatangkan Rahmat Allah. Untuk ini kita harus mencari Ilmu, harus mempelajari Ilmu dan memastikan ilmu-ilmu itu di amalkan sebaik mungkin, penuh keikhlasan. Ustaz mengatakan jika kita hanya bekerja untuk dunia, maka kita adalah seperti seekur keldai. Kita seharusnya mengabdikan diri seperti yang disarankan oleh Rasulullah sallahualahiwasalam.

Ustaz melontarkan lagi soalan: Di mana kita mencari Rahmat Allah. 
Saya mengingat kembali soalan itu. Ia memberi penerangan panjang lebar. Saya cuma ingat secara ringkas. Kita mencariNya dalam sujud kita, dalam Istighfar kita, dalam zikir kita, dalam kerja-kerja amal kita, dalam infak harta dan tenaga kita dan berbagai lagi.

Dengan perkataan lain, kita perbaiki hubungan kita dengan Allah. Perbaiki diri kita dalaman dan secara total. In-sya-Allah Allah akan muliakan kita....luaran dan dalaman. Kita jaga kepentingan akhirat kita maka dengan pertolongan Allah dunia kita juga Allah akan jaga.

Maka akan "terbuka pintu-pintu Langit" bagi kita.
Kita harus mengikhlaskan hati kita sepenuhnya. Kalau tidak amalan kita menjada seperti fatamorgana, (mirage). Kita ingatkan ada.....tetapi bila sampai saatnya....kosong!

Semoga Allah melindungi dan memimpin kita sentiasa.
Aaminn ya Rabb


....

2 comments:

noraini said...

Alhamdulillah.. Best material

ngasobahseliman said...

Hanya mengimbas peristiwa. Terima kasih singgah.

Related Posts with Thumbnails