"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 23, 2016

Penat.......





Saya rasa agak kepenatan hari ini. Walaupun rasa ingin menulis suatu yang bermunafaat dari segi pemikiran saya, saya tangguh dulu dan saya catat di sini fikiran yang santai-santai sahaja.

Saya suka melihat keindahan pokok dan bunga-bunga. Saya kongsikan di sini apa yang dikirim oleh kekawan dalam group whatsupp. Di kiri dan di bawah ini ini adalah diantaranya. Pastinya ini diambil dengan kamera yang canggih oleh seorang yang berminat dengan fotografi.







Bila melihat foto-foto begini teringat saya akan anak saya perempuan yang sulung. Dari di bangku sekolah lagi dia suka mengambil gambar teteman kelas dan aktiviti kelab ko-kurikula di sekolah. Dewasa ini ia tidak berhenti mengambil gambar anak-anak untuk dikongsikan dengan keluarga. Dia punya dua orang anak istimewa dan foto-fotonya boleh ditafsirkan berbagai cara oleh mereka yang sempurna. Saya pernah mencadangkan padanya untuk mengambil kursus Photographic Journalism kerana ia juga suka menulis. Selepas tingkatan lima ia juga berpeluang menyertai kumpulan penulis muda dengan akhbar The New Straits Times. Akhbar itu memberi latihan khas pada remaja-remaja ini, khusus dalam bahasa Inggeris.

Cadangan saya hanya didengari sahaja. Agaknya dia tidak minat. Photographic Journalism ini adalah bidang yang amat baik dari segi ia dapat mengubah minda seseorang dan juga ahli masyarakat dalam konteks yang lebih luas. Dalam konteks negara berperang, mereka inilah yang dapat mempengaruhi minda pembaca lebih mudah dari hanya mendengari berita. Berita perang yang padat dengan "pembohongan" mudah dikesan jika melihat foto-foto yang tertara. Walau beritanya sedikit ia sudah mencukupi untuk menaikan semangat mereka yang melihat dan membaca.



Saya benar-benar rasa penat. Tetapi bila menerima kiriman foto di atas, rasa agak tersentak. Insha Allah saya rehat sebentar dan meneruskan tugas-tugas yang telah saya janjikan dengan teman Partner saya untuk mengawasi pengurusan sebuah Tadika dan Taska di Tangkak Johor.

Jom kita kerja kuat dalam keadaan suka atau duka dan dalam keadaan apa pun. 

Kita Istirahat di Syurga........

Mohon kempunan Mu dan Rahmat Mu Ya Rabb........
Aamiin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails