"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 25, 2016

Sessi Tarbawi dengan Teacher Ibu.....




Teacher Ibu (dalam foto di atas) adalah mantan guru besar atau pengetua Pra Sekolah SmarTop Subur Fitrah yang kami kendali di Tangkak. Kini bekiau berpindah ke Perlis mengikut suami dan masih bergerak aktif dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ia bergerak bersama sebuah NGO, Haluan dan telah banyak memimpin Tadika dan Taska termasuk kami hingga kini.

Hampir 2 minggu lepas beliau mengadakan sessi sessi bengkel tarbawi di tempat kami seperti tajuk di atas. Bersama Teacher Ibu ialah Ustaz Umar dari MATRI yang turut memberi input dalam sessi yang dijalankan. Kami sangat menghargai sumbangan beliau.

Sessi itu amat padat dengan ilmu yang sangat memberi munafaat pada guru, pengasuh dan ibu-ibu yang hadir sama. Tumpuan utama ialah bagaimana guru-guru dan pengasuh dapat mendidik dan mensantuni anak-anak hingga ketahap bukan sahaja ia mempelajari ilmu adademik di peringkat awal tetapi bagai mana mahu mengintergrasikan pendidikan rohani mengenal Allah dalam waktu yang samqa. Teacher Ibu banyak memberi contoh-contoh yang mudah diikuti dan insyaAllah ia dapat dipraktikan apabila menghadapi murid, bukan sahaja di kelas tetapi semasa makan, semasa riadhah dan di mana jua mereka berinteraksi.

InsyaAllah kami akan mengadakan sessi seterusnya dari masa ke masa bersama Teacher Ibu yang banyak berbakti secara percuma bagi kami. Alhamdulilah.




Gambar kenangan bersama Teacher Ibu dan Ustaz Umar. Tidak lupa ialah guru-guru, Pengasuh dan Ibu-ibu yang dapat meluangkan masa.
Semoga usaha yang kecil ini akan menjadi pendorong untuk semua yang terlibat. Semoga Allah memeberkati usaha menyumbang ke arah pembangunan kesejahteraan ummah ini diterima sebagai amal soleh.
Aamiin ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails