"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 2, 2016

Rumah yang ku bina dengan peluh dan air mata.....



Rumah ku tak secantik rumah ini
jauh sekali seindah istana permaisuri
cuma ia ku bina penuh mistry, yang tidak ramai mengerti
berlandaskan ketaatan pada yang maha Tinggi

ku cuba pastikan rumah ku ini tegak berdiri mencakar langit budi
ku pastikan ia teguh ibarat pasak bumi
semoga dapat bertahan ribut taufan jika ditakdirkan Ilahi 
atas KehendakNya aku bertaut mengejar mimpi.

Ku bina ia inci demi inci, hari demi hari
Ku teliti setiap bahan yang ku ukir sendiri
Biar rumah ini nanti ia jadi warisan lambang kasih tidak bertepi
meraih Kasih-SayangNya di Syurga abadi.

Panas membahang dan guruh halalintar ku harung lalui

mencari kesejahteraan hidup berterusan semoga diRedhai
hingga anak cucu ke hujung dunia janji dimetrai.
di bawah naungan Allah yang maha Mengasihi maha Mengasihani.

Peluh mencurah saban hari ku rasai ibarat sejuknya salji

air mata saban malam ku rasai seperti senyuman mentari
Indahnya sebuah mimpi yang ku bina bersendiri
mahu melihat kurniaan Allah yang luasnya infiniti.

Belum kesampaian .........
sudah ada gangguan datang menghalang
memaksakan kehadiran tanpa kebenaran, tanpa segan.

Ibarat berakhir sebuah impian yang ku bina berseorangan
hasrat memberi kejutan kasih sayang di hari mendatang kini kecundang
hanya harapan yang tersimpan dalam rahsia yang maha Bijaksana untuk menentukan.
walau terhenti di pertengahan jalan
aku yakin pastinya ada ganti mengangkat impian. 
Aku pasrah padaNya dalam kesunyian tangisan
melutut sujud memohon keampunan segala kekurangan dan kelemahan
semoga di akhirat Allah jelmakan impian, gandakan ganjaran.

Aamiin, Ya Rabb.....
Tuhan sekian Alam.



.....

3 comments:

noraini said...

Subhanaallah... Touching words..

noraini said...

Subhanaallah... Touching words..

Unknown said...

Allah mengasihimu selalu,bonda.

Related Posts with Thumbnails