Maka berakhirlah PRK Semenyih dengan kemenangan BN. Yang sayangkan BN rasa amat lega dan amat seronok. Yang tidak pula rasa agak kecewa. Ini yang saya lihat dari reaksi keluarga kecil saya dan keluarga besar saya. Ada yang semalaman bercerita keseronokan dan ada yang tidur awal. Tidak mengapa.......
Itulah percaturan politik. Harus akur walaupun ada pendirian yang berbeza.
Saya katakan pada anak saya: Tidak salah mahu menyokong pihak mana kerana masing-masing ada pendirian yang dipegang rapat ke dada. Cuma saya suka lihat dari sisi kebenaran dan kepintaran berfikir mengenai fakta yang diutarakan untuk mendapat sokongan. Seseorang itu harus meneliti apa hasil yang dijangka dapat diraih di hujung program yang dicadangkan. Jangan lihat hanya hasil dipertengahan. Dengan lain perkataan kita harus timbangkan juga fakta yang terbaik diakhir sesuatu program. Biasanya dari segi jangka pendek sesuatu program sememangnya tidak menampakan faedah. Mithalnya dasar memberi tol percuma pada waktu 11 malam hingga 5 pagi. Pengundi tidak ditunjukan kebaikan bila dasar itu diimplementasikan seluruhnya. Tentunya ini memakan masa. Rakyat kita tidak pintar melihat jauh. Rakyat sentiasa mahu melihat hasilnya sekarang. Lupa pada pepatah Melayu: Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. Ramai antara kita yang tidak ada kesabaran menanti kejayaan.....
Tidak mengapa. Saya berlapang dada......
Bukan suatu yang mudah untuk bersabar dan berfikir matang. Ramai kita tidak cukup daya ketahanan dan daya pengorbanan demi kemaslahatan semua.
Lumrahnya manusia akan sentiasa berbeza walaupun sudah diberi penerangan yang mencukupi.
Inilah dasar demokrasi. Sebab itu kita harus patuhi apa yang Rasulullah saw ajarkan untuk bahagia di sana yang kekal abadi.
Malam tadi kebetulan saya mendapat peluang berkongsi pengalaman kerja dan pengalaman hidup dengan sebahagian staf Syarikat Funcell kepunyaan anak saya. Saya tidak bincang politik. Langsung tidak. Saya bincang cara berfikiran total. (Whole brain thinking). Jangan ambil sesuatu fakta diluar konteks. Bukan sahaja jangan mengira sesuatu di luar konteks tetapi kita jangan juga hanya memilih fakata yang difahami dan langsung tidak cuba memahami fakat yang agak sulit difahami dari susuk sesuatu fikiran. Jika kita tidak berfikiran total maka pasti kita bolih tersasar haluan dan mengambil keputusan yang tidak benar sepenuhnya. Kita mungkin berfikiran hanya mengikut logic. Tetapi sesuatu yang dilihat logic tidak bererti ia suatu yang benar.
Kalau diikutkan, cerita teknik berfikir ini panjang ceritanya. Biarlah saya berhenti di sini. Mungkin tidak jelas buat semua. Mohon maaf. Ambil kefahaman sekadarnya.
Kebelakangan ini saya rasa penat berfikir-fikir.......
Semoga Allah swt pelihara dan selamatkan Malaysia/
Aamiin.
............
No comments:
Post a Comment