Bila saya lihat video ini dengan penuh konsentrasi, saya rasa berdebar-debar.
Saya rasa amat cemas dan amat kasihan dengan pilot ini.
Sedikit pun saya tidak mengatakan dan sangsi atas kemahiran Pilot ini.
Bukankah Allah swt itu maha Bijaksana, maha Perancang dan
maha Megetahui apa yang Nyata dan yang Tersembunyi.
Dan yakinlah bahawa Allah itu maha Kasih Sayang atas semua makhlukNya.
Maka apa yang terjadi akhirnya ialah kerana Allah Maha Tahu apa sebenarnya
yang terjadi pada pesawat itu dan apa yang ada pada diri dan fikiran Pilot waktu itu. Kita tidak tahu apa yang Allah Rancang. Allah tidak zalim.
Apa yang Allah izin berlaku pasti ada HikmahNya. Kita hanya lihat pada yang zahir sahaja.
Kita tidak tahu sebenarnya yang sedang di fikirkan dan di lakukan
oleh Pilot itu.
Kalalu dia bukan Islam pun biasanya kita akan dengar tercetus kata-kata
"Oh my God!".
Rasa ada Allah ini Fitrah di dlalam semua hati manusia. Semasa dalam kandungan pun Allah telah tanya: "Alas tu bi Rabbi kum. Kita semua jawab" Bala shahid Na."
Lihat ayat alQuran di bawah:
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِيٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰ شَهِدۡنَآۚ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنۡ هَٰذَا غَٰفِلِينَ
And [mention] when your Lord took from the children of Adam – from their loins – their descendants and made them testify of themselves, [saying to them], “Am I not your Lord?” They said, “Yes, we have testified.” [This] – lest you should say on the day of Resurrection, “Indeed, we were of this unaware.”
Maka saya percaya apa jua yang Allah izin berlaku, pasti ada Hikmanya.
hikmah inilah yang kita sering sukar memahami sepenuhnya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui Rahsia Hikmah Nya.
Maka dalam melihat kejadian kecemasan, dan apa jua kejadian yang berlaku kita harus positif sahaja baha Allah itu maha Megetahui dan Maha Perancang.
Kita berdoa sahaja semoga apa yang terjadi kita mohon Allah pelihara kita yang terbaik di sisiNYA.
Kalau yang berlaku pada orang yang bukan Islam kita pun sangka baik. Jangan mendahului Qadha dan Qadar Allah. Allah berkuasa mengampuni sesiapa jua. tidak kira dia berdosa dan belum bertaubat.
Allahu'alam. Itu yang saya fahami dalam mengaji dengan ustaz.
Allh maha Mengetahui, maha Berkuasa dan maha Penyayang.
Itu dahulu buat sekarang. Mungkin esuk lusa kita cerita lagi. Insya Allah.
.....
No comments:
Post a Comment