"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 17, 2022

KISAH MANUSIA DALAM PEPERANGAN (1) .....@ ❗ Missiles crash in Poland | Ukraine ramps up provocations | Report from...





Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of Godthe Most Graciousthe Most Merciful".

Wahai sahabat.... ikutilah video ini.
Saya rasa amat baik untuk memahami apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku di dunia luar sekarang. Kita akan dapat juga sedikit gambaran waktu lampau dari wanita Journalist dalam video ini. Keberaniannya mengkagumkan saya.

Beliau hanya ingin memberi gambaran dari sudut kemanusian yang sebenarnya. Satu perjuangan yang amat berani untuk menentukan warga biasa dalam peperangan mendapat perhatian kemanusian yang sewajarnya. Dalam Peperangan kita jarang mendengari cerita-cerita seperti dalam video ini. Mereka yang saya kongsikan hari ini semua dalam "senarai sembelih" oleh kuasa yang pada hemah saya tidak mahu membela kemanusian. Mereka hanya menumpu pada kekuatan Ego masing-masing sahaja.

Saya rasa peperamgan di mana sahaja pun sama. Journalist wanita ini juga menceritakan perihal pengalaman yang dilihatnya sendiri di Gaza Palestine dan di tempat lain yang Israel Zionist berkuasa, termasuk di Syiria.

Jom ikuti.

Dalam pada itu saya ambil kesempatan sedikit untuk bercerita isi hati saya berkaitan dengan PRU 15 Malaysia yang menggambarkan sikap manusia yang serupa, kalau pun tidak sama. Saya amat sangsi rasa di hati berkaitan dengan sikap keikhlasan ketua-ketua politik sama ada yang bertanding atau pun yang tidak bertanding tetapi aktif dalam politik.
Saya ada satu komen sahaja. Saya bukan seorang yang 'alim di sisi Allah. Namun saya dapati ada di antara pemimpin politik kita yang seperti 'sambil lewa' bila mahu mengenahkan sesuatu isu. Mereka (saya perhatikan) seperti tidak memekirkan sangat sahih atau tidak sahih berkaiatan fakta yang di katakan itu di sisi Kebenaran yang Rasulullah saw ajarkan pada kita.

Allahu'alam....

Jom sama-sama kita lihat dan fikirkan dan berdoa semoga pilihan kita dalam PRU15 ini menjadi amal ibadah di sisi Allah swt.
Ya Allah mohon keampunan Mu dan Panduan dari Mu semoga usaha kami bermanafaat dan menjadi bekalan amalan soleh di akhirat nanti.

Aamiin Ya Rrabb....



....

No comments:

Related Posts with Thumbnails