"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, November 6, 2022
NOSTALGIA BERANGAN-ANGAN DALAM MENJALANI KEHIDUPAN. .....@ Surviving the Loneliest Road in America
Saya suka kongsikn video ini kerana semasa saya remaja/muda dahulu saya suka beraktiviti aktif yang tidak dipersetujui oleh emak saya tetapi saya lakukan juga. Saya kekadang (jika mengingat kembali) rasa meyesal juga mengapa saya begitu walau pun emak saya selalu berleterkan saya pada kakak-kakak saya.
Apakan daya masa sudah terlalu jauh dalam sejarah hidup saya. Namun saya masih suka mengikuti video-video kembara seperti di atas. (teringin nak muda semula? ๐ข๐ ? maaf yea.....
Semasa saya di tingkatan 5 saya dengan beberapa teman sekolah menaiki basikal buruk saya sejauh 12 batu untuk ziarah seorang teman sekolah di sebuah kampung yang berbeza dari kampung saya kerana di sana masih amat kurang jalan yang tambak tar. Basikal buruk saya ok sahaja. tidak rosak. Emak saya waktu itu lega bila balik hampir maghrib saya senyum gembira.
Semasa saya sekolah menengah saya ahli sukan sekolah. Saya seronok mewakili daerah dalam acara sukan. maka bila lepas sekolah menengah saya rasa konfiden boleh cuba macam-macam aktiviti.
(Fast forward)....
Saya pernah mengaji di US. Dan di satu ketika semasa berumur 20 tahun saya menjelajah Boston dan New York di musim panas dengan seorang teman dari Brazil. Hingga sekarang saya masih ingat rasa takut apabila berpisah dengan tidak senghaja dengan teman saya semasa naik subway train mahu shopping di tengah Kota New York. Bayangkan budak kampung tidak pernah ke mana-mana kemudian seperti sesat di New York. Pendekan Cerita.... saya jumpa balik teman saya. Saya tobat tidak akan memandai-mandai kalau aqal masih budak kampungan.
Apabila saya mengikuti video-video seperti di atas saya selalu kata pada teman-teman kerja bahawa kalau boleh saya mahu menjelajah seluruh dunia. Tetapi itu angan-angan yang tidak tercapai hingga sekarang.
Cuma satu ketika semasa saya berumur 28 tahun saya kursus pendek di London waktu musim panas, seorang peserta ajak saya naik keretanya menjelajah Europe. Saya takut nak terima tawarannya itu. Bila cerita dengan teteman di Malaysia mereka tertawakan saya. ๐
(Lain kali saya cerita yang lain pulak.....)
Sekarang saya galakan anak dan anak-anak buah saya supaya berani menjelajah dunia ketika muda. Kita patut bina rasa berani kerana jika kita tidak ada rasa berani maka jika kita bekerja pun kita jadi penakut. Kita penakut untuk berbeza pendapat dengan boss kita. Kita ikut sahaja. Biasanya ramai juga yang begitu. Takut untuk berbeza.....
Kita lihatlah cara berpolitik di negara kita sekarang..........
Tidak ramai yang mahu bebeza pendapat dengan Menteri atau ketua-ketua lain. Ramai yang rasa selamat kalau ikut sahaja.
Benar juga begitu......
Cepat naik pangkat. Cepat mendapat berbagai habuan...
Biarlah begitu. Saya tamat sahaja di sini. Panjang cerita takut pulak terjebak fitnah. Nanti sia-sia sahaja amalan hidup kita. Saya selalu mohon keampunan atas segala kesilapan, kekuangan dan berbagai kebodohan.....
No comments:
Post a Comment