SAYA RASA AGAK 'PANAS' DI SINI.
RASA TIDAK SELESA MENDENGARI BERITA YANG
TIDAK NYAMAN DIHATI.
SAYA KINI UMUR 75 TAHUN. MOHON ALLAH KURNIA KESELESAAN SEBELUM HARUS BERPINDAH KE ALAM LAIN PULA.
SEMOGA SUASANA YANG SELESA DAN BAHAGIA
YANG TIADA BANDINGANNYA. (AAMIIN..)
SEKARANG EKONOMI DI SINI JUGA AGAK MEROSOT.
BELUM FAHAM SEBENARNYA.
MUNGKIN KERANA PERANG UKRAINA DAN RUSIA.
ATAU MUNGKIN SEBAB LAINNYA.
SEMOGA BUKAN KERANA SUASANA SEKARANG
YANG BUAT RAKYAT
MACAM SAYA HANYA MAMPU TERTANYA-TANYA.
KERISAUAN......
TIDAK MENGAPA.....
KATA HATI KECIL YANG FAKIR DAN KERDIL INI.
BERDOA SAHAJA ALLAH KURNIA YANG TERBAIK DI SISINYA
KE HUJUNG PERJALANAN INI SETERUSNYA.
JOM, SAMA-SAMA MOHON DOA DARI YANG MAHA BERKUASA.
TIDAK MENGAPA SUSAH SEKARANG ASAL KAMI
BAHAGIA DI SANA, DI PANGKUAN REDHANYA.
SEMOGA PEMIMPIN NEGARA KITA JUGA TAHU BAHAWA
KITA SEMUANYA HAMBA.
YANG PERLU PADA TUNJUK AJAR DAN PERTOLONGAN
YANG MAHA PENCIPTA.
TIDAK MENDABIK DIRI MENGAKU TAHU SEMUANYA.
UMUR MEREKA SAMA DENGAN UMUR SAYA.
TIDAK RAMAI YANG LEBIH LANJUT DAN KUAT
SERTA PINTAR SEMUANYA.
RASULULLAH SAW PUN HANYA ENAM PULUH TIGA.
KETENTUAN ALLAH PASTI ADA RAHSIANYA.
SEMOGA PEMIMPIN KITA BERHENTI SEJANAK DAN
MOHON KEFAHAMAN HIKMAHNYA.
JANGAN HANYA LIHAT PEMIMPIN DUNIA YANG
SUDAH HAMPIR LAPAN-PULUHAN TETAPI MASIH
MAHU MEMPENGARUHI DUNIA.
'AKULAH HEBAT TERKUAT, JANGAN KAU DEKAT!'
NYAWA DIHUJUNG TANDUK BELUM SEDAR ESUK LUSA BOLEH
HILANG SEGALANYA.
UNTUK APA HANYA MEMBENARKAN DIRI DAN LUPA
RAKYAT DIHADAPAN MATA KELAPARAN
DAN ADA YANG MEMINTA-MINTA.
YA ALLAH AMPUNKAN KAMI SEMUA. TIADA YANG PASTI
KESUDAHAN KITA AKHIRNYA BAGAIMANA.
KITA PERLU RAHMAT AGONG SANG MAHA PENCIPTA.
SEMOGA SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DIAMPUNI JUA.
DAN DI PANGKUAN REDHANYA KITA SENYUM GEMBIRA.
KESUSAHAN DI DUNIA TIDAK LAGI TERASA
ASALKAN SAHAJA KITA YAKIN HANYA ALLAH TEMPAT
RUJUKAN KITA BERURUSAN APA SAHAJA.
BUKAN BERGANTUNG PADA FIKIRAN MANUSIA
YANG SERING ALPA SIAPA KITA SEBENARNYA.
KEMENANGAN DUNIA YANG KITA RAIH HANYA
KESERRONOKAN SEMENTARA.
ESUK LUSA DIAMBIL BALIK KITA BISU TERPINGA-PINGA.
SEMOGA ALLAH TURUNKAN RAHMATNYA YANG TIDAK TERHINGGA
DAN KITA BERUSAHA DI DUNIA INI SEMATA-MATA
UNTUK MEMENUHI ARAHAN NYA JUA.
BUKAN SYOK SENDIRI MENDABIK DADA.
AKU SUDAH MENANG....ENGKAU SIAPA???
KAMI MANUSIA BIASA YANG SEKARANG KESEJUKAN
DAN MEMINTA-MINTA.....
DICELAH-CELAH KESUKARAN, KAMI YAKIN ALLAH ITU ADA.
KAMI PASRAH BULAT DAN SEMOGA HIDUP KAMI TIDAK SIA-SIA....
AAMIIN YA RABB.....
........
.
No comments:
Post a Comment