"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, November 10, 2022

(ILMU ITU KEKUATAN -3- ) ....@ Arkeologi Kaum yang Pupus - Kuliah Subuh, Ustaz Dr Mat Rofa









DI AKHIR-AKHIR NANTI KITA SEMUA AKAN PUPUS.
MAKA JANGANLAH KITA HAIRAN DIRI KERANA KITA ANGGAP
BAHAWA KEJAYAAN KITA ITU SUATU YANG UNIK DAN AKAN 
TERUS WUJUD SELAMANYA.

TIDAK....
SEMUA YANG WUJUD AKAN BERAKHIR MELAINKAN ALLAH SWT
 KERANA ALLAH ITU MAHA WUJUD. 
ALLAH SWT TIADA PERMULAAN DAN TIADA KESUDAHAN.
(JOM INGAT SEMULA SIFAT 20 ALLAH AWT).

USTAZ SELALU MENGINGATKAN KITA SUPAYA 
JANGAN PERNAH RASA UJUB.
SEMUA KEJAYAAN KITA ADALAH KURNIAAN ALLAH SEMATA-MATA.

JIKA KITA BERJAYA PUN, IA TIDAK BERERTI KITA 
MAMPU BUAT APA JUA.
INGAT ALLAH ITU SAHAJA YANG BERKUASA ATAS
 SEGALA-GALANYA DAN
KITA TIDAK AKAN MAMPU BERBUAT APA SEKALIPUN
 JIKA ALLAH TIDAK IZIN.

DAN JIKA ALLAH IZIN KITA DAPAT BERBUAT SESUATU, 
JANGANLAH KITA RIAK PULA KERANA JIKA YANG ALLAH IZIN ITU
 ADALAH SESUATU YANG ALLAH TIDAK REDHA, 
MAKA TIDAK ADA GUNANYA KITA MERASA
 KITA MENCAPAI KEJAYAAN.

TERINGAT SAYA PERISTIWA SEMASA BEKERJA
 DI PERKHIDMATAN AWAM.
APABILA SESEORANG PEGAWAI BERSARA,
 MAKA AKAN DI ADAKAN MAJLIS PENGHARGAAN
 SEMPENA PERSARAAN.

DALAM INGATAN SAYA, SELALU SAHAJA PEGAWAI BERSARA
 YANG DIRA'I AKAN BERCERITA SEGALA KEJAYAAN
 YANG DI LAKSANA.
SAYA TIDAK PERNAH MENDENGARI PEGAWAI MERASA KESAL
 KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN KERJA DENGAN BAIK
 ATAU TIDAK DAPAT MENUNAIKAN KERJA YANG PENTING YANG DITUGASKAN PADANYA.

(WE ALWAYS TALK ABOUT OUR SUCCESS AND NEVER
 ABOUT OUR REGRETS).

SAYA PUN BOLEH TERJEBAK DALAM MASAALAH INI 
KERANA SEOLAH-OLAH KITA INI TIDAK PERNAH 
MENGHADAPI MASAALAH DALAM MELAKSANA 
KEWAJIPAN KITA DI TEMPAT KERJA.

TIDAK MENGAPA. LUPAKAN SAHAJA INGATAN SAYA INI.
TIDAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA. 
KITA MOHON AMPUN MAAF SEMOGA AMALAN KITA ALLAH TERIMA.
AAMIIN...




.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails