
Bismillah al-Rahman al-Rahim "In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful".
Agak terkejut juga saya mendapat video ini.Maka saya kongsikan di sini untuk kesedaran jika belum tahu sebelum ini.
Analisa di sini mengenai Malaysia agak mendalam juga dan barulah saya memahami senario politik Malaysia dengan lebih jelas lagi. Ada di sebut di sini sejarah Anwar Ibrahim dari lebih 15 tahun dahulu penglibatannya dengan Badab-Badan yang berkait dengan kepentingan US.
Kebetulan kali ini saya mengikuti peperangan Ukraina dan Russia agak kerap juga. Maka saya dapat gambaran sedikit bagaimana US guna memerangkap ssebuah kerajaan negeri untuk menjadi "anak angkat" mereka.
YAB Dato Sri Anwar Ibrahim sekarang Perdana Menteri Malaysia. Maka ramailah pihak yang suka meneliti arah mana Malaysia akan maju kehadapan dari segi politik, ekonomi dan pertahanan Negara.
Saya sebenarnya tidak mahir langsung dalam hal-hal seperti kuasa luar mempengaruhi Malaysia. Tetapi setelah mengikuti video ini saya lebih faham sedikit kerana saya mengikuti apa yang dilakukan oleh Ukraina dahulu dan sekarang.
Saya rekomen ikuti dan kongsikan juga pada sahabat lain untuk melengkapkan sedikit ilmu sejarah politik Malaysia.
Semoga bermanafaat.
.....
No comments:
Post a Comment