"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 21, 2022

JOM DENGARI ALAM 'BERBISIK' DENGAN KITA. ....@ Apabila Alam Bertasbih - Dr Mat Rofa








Sekarang ini dan selalunya kita sentiasa sibuk dengan hal-hal yang kita sangka terbaik buat kita.
 Kita tidak menyedari Alam di sekeliling kita bertutur sesuatu tetapi kita membisu 
kerana kita tidak mendengari. 
Alam di sekeliling kita pun bertutur yang kita tidak memahami kerana kita tidak pernah tahu
 bahawa semua makhluk Allah ada caranya sendiri
 yang kita harus pelajari.

Jom kita belajar mendengari dengan Ruh dalam Qalbu kita  seperti yang disarankan
 oleh Proff Matt Roffa ini. 

(Ilmu mengenai Ruh kita boleh pelajari pula dari Tuan Guru yang Allah kurnia kemahiran lain pula).
Semoga Allah swt kurnia suatu yang amat berharga yang
 kita selama ini tidak tahu.
Saya difahamkan bahawa ini proses yang agak rumit dan kita perlu guru yang ikhlas dan mahir.

Saya sendiri pun tidak ada guru yang saya harapkan. Cuma saya terus berdoa semoga satu hari saya akan memahami sepenuhnya apa yang dikatakan dalam video ini. Untuk hari ini kita terus ikuti mana yang termampu.



Semasa saya mendengari ceramah Dr Roffa ini saya rasa terharu kerana saya rasa amat jahil. Sedih kerana tidak benar-benar mengenali Allah dan kekuasaanNya.
Di hujung-hujung hayat saya ini saya baru menyedari betapa Alam sekeliling kita ini adalah sumber asli untuk kita faham keagonagan ciptaan Allah.
Saya pujuk hati saya untuk saya kongsikan video ini.

Jom ikuti.
Semoga Allah swt membuka minda dan hati kita untuk terus menimba ilmu yang boleh mendekatkan kita pada yang maha Pencipta.
Semoga hidup kita tidak sia-sia.
Aamiin....



....

No comments:

Related Posts with Thumbnails