"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, November 23, 2022

INGATLAH BAGAIMANA NABI (saw) KEMUDIAN PARA SAHABAT MENJADI PEMIMPIN. ......@ Bukan saja 'No Anwar no DAP', PAU juga putuskan 'No Bersatu'







PERTAMA-TAMA SAYA MOHON MAAF KOMEN VIDEO INI
KERANA SAYA BUKAN AHLI POLITIK DAN BUKAN BIJAK PANDAI.
SAYA CUMA AHLI BIASA SEUMUR HIDUP PARTI PAS
DI KAWASAN LEMBAH PANTAI DARI TAHUN 1986.

SAYA AKUI SAYA TETAP FAKIR DAN KERDIL DI SISI ALLAH.

SAYA  HANYA INGIN KATAKAN BAHAWA SATU KETIKA DAHULU
 GURU SAYA PERNAH KATA KITA 
IKUTI CONTOH PEMERINTAHAN ISLAM SEMASA
 RASULULLAH SAW BERHIJRAH DARI MAKKAH KE MADINAH.
 PERISTIWA HIJRAH ITU 
 ADALAH  PERINTAH ALLAH SWT..
TIADA PILIHAN  BUAT NABI MUHAMMAD SAW.

KEADAAN KOTA MADINAH WAKTU ITU MEMANG DI DIAMI OLEH 
BERBAGAI BANGSA DAN KETURUNAN YANG MEMEGANG
 BERBAGAI KEPERCAYAAN."AGAMA".

DI MADINAH WAKTU ITU MASYARAKATNYA BERBENTUK "MAJMUK"
(LIHAT DI BAWAH)
1. Madinah sebelum Hijrah dikenali dengan nama Yasrib.
2. Madinah terletak di sebelah utara Mekah.
3. Terdapat dua suku Arab yang besar tinggal di Madinah.
   (a) Suku Aus;
   (b) Suku Khazraj.
4. Kaum-kaum Yahudi tinggal di sebelah tenggara Madinah:
   (a) Banu Qainuqak;
   (b) Banu Quraizah;
   (c) Banu An-Nadhir.
5. Setelah Rasulullah(s.a.w.) berhijrah ke Madinah maka terdapat lima golongan manusia:
   (a) Muhajirin;
   (b) Al-Ansar;
   (c) Yahudi;
   (d) Munafikin;
   (e) Musyrikin.
6. Golongan Muhajirin ialah orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah bersama dengan Rasulullah(s.a.w.).
7. Golongan Al-Ansar ialah orang Islam Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj yang memberikan pertolongan kepada Rasulullah(s.a.w.) dan orang-orang Muhajirin semasa mula sampai di Madinah.
8. Golongan Yahudi terdiri daripada beberapa kabilah,antaranya Quraizah,Qainuqak,An-Nadhir,Khaibar,Taimak,Padak,Wadil Qura dan lain-lain.Setelah gagal memujuk Rasulullah(s.a.w.) ke pihak mereka dan ketua Banu Qainuqak memeluk Islam,mulalah mereka memusuhi Rasullullah(s.a.w.) dan orang-orang Islam.
9. Golongan munafikin ialah orang Madinah yang berpura-pura Islam tetapi hati mereka membenci agama Islam.Golongan ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul.
10.Golongan Musyrikin ialah orang Madinah yang masih dengan agama jahiliah.

(MAKLUMAT DI ATAS DARI UTUBE)  duniaakhiratmilikmahapencipta.blogspot.com



DENGAN KEBIJAKSANAAN RASULULLAH SAW,
SECARA RINGKAS BOLEH
 DIKATAKAN BAGINDA DAPAT MEMPENGARUHI DAN MEMERITAH
 DENGAN SAKSAMA BERASASKAN PIAGAM MADINAH.

PENDUDUK MALAYSIA PADA PENDAPAT SAYA JUGA MAJMUK TETAPI TIDAK SERUMIT DAN KOMPLEKS SEPERTI KOTA MADINAH.

 KEPIMPINAN ISLAM SUDAH MEMBERI CONTOH.

OLEH ITU SAYA RASA AGAK "SEDIH" KALAU KITA 
BERPUTUS ASA DAN TIDAK YAKIN DENGAN PRINSIP DAN AMALAN PEMERINTAHAN ISLAM 
YANG RASULULLAH SAW CONTOHKAN.

MAKA DALAM KES PRU15 DI MALAYSIA INI, 
SAYA AMAT BERHARAP 
KITA TIDAK "SHORT-SIGHTED" ATAU DENGAN LAIN FIKIRAN 
KITA BERFIKIRAN CETEK DAN MUDAH MERASAI
 TIDAK YAKIN PADA PERTOLONGAN ALLAH SWT 
KERANA KITA BENAR-BENAR
 BERPEGANG PADA ISLAM.

USTAZ KATA SEKARANG INI KITA SUDAH HAMPIR DI GARIS PENAMAT AKHIR ZAMAN. BILAKAH LAGI KITA MAHU BENAR-BENAR KOMITED
DENGAN IMAN ISLAM KITA.
KALAU KITA KALAH PUN KITA SUDAH GIGIT PRINSIP ISLAM.
PASTI RAHMAT ALLAH BERSAMA SEMUA KITA YANG BERPEGANG DAN YAKIN KUAT DENGAN ISLAM.
BUKANKAH KITA BERDOA TERGOLONG BERSAMA 
MEREKA YANG MATI SYAHID DI SISI ALLAH.

AKHIR KATA...

SAYA CADANGKAN DALAM MENANGANI MASALAH 
 KEPUTUSAN PRU15 INI, KITA IKUT MANA YANG TERBAIK
 BERASASKAN MATLAMAT ISLAM KITA SEPENUHNYA.
KALAU KITA SALAH DAN KITA KECUNDANG, TIDAK MENGAPA KERANA ALLAH MELIHAT IMAN DAN TAQWA DALAM RUH QALBU KITA.
ALLAH MAHA MENGETAHUI YANG NYATA DAN 
YANG TERSEMBUNYI DAN ALLAH MAHA ADIL DAN SAKSAMA.
JANGAN TAKUT SANGAT DENGAN KATA-KATA 'DAP'
 ATAU SIAPA JUA YANG MAHU PERLEKEH USAHA KITA YANG BERASASKAN ISLAM.

AKHIRNYA KITA SEMUA AKAN MATI. 
SEMOGA MATI KITA DALAM REDHA ALLAH SAW. 
ITU MATLAMAT KITA YANG DENGAN IZIN ALLAH
 TIDAK AKAN GONCANG.
JIKA KITA DITAKDIRKAN KECUNDANG, JANGAN SEDIH HATI. 
SETIPA YANG ALLAH SWT IZIN BERLAKU PASTI ADA HIKAMHNYA.
SAYA YAKIN DENGAN HIKMAH MURNI YANG KITA SEMATKAN DALAM DADA-DADA IMAN KITA.

MOHON PERTOLONGAN MU YA ALLAH....

PILIH PH, ATAU PILIH PN ATAU PILIH BN ATAU APA JUA KOMBINASI
ALLAH TAHU SEMUANYA.
 KITA MERANCANG TETAPI KITA YAKIN BAHAWA
 ALLAH ITU MAHA PERANCANG.

YA ALLAH TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG TERBAIK MENUJU
KEPANGKUAN REDHA MU. 
HANYA REDHA MU SAHAJA YANG KAMI CARI SEMOGA
HIDUP KAMI BERBAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT 
DENGAN SEMUA YANG KAMI SAYANG.

AAMIIN YA RABB....




......... 

No comments:

Related Posts with Thumbnails