SAYA SEDIH HATI MELIHAT KEADAAN NEGARA WAKTU INI.
SAYA KETURUNAN WARGA PENDATANG DARI TANAH JAWA., INDONESIA.
HARAPAN ARAWAH EMAK BAPAK SEMOGA ANAK CUCUNYA
HIDUPLEBIH BAIK DARI TANAH JAWA
TIDAK TERCAPAI SEPENUHNYA.
PENDEKAN CERITA......
KALAU EMAK BAPAK SAYA MASIH ADA TENTU MEREKA JUGA
BERSEDIH HATI.
ARWAH BAPAK SAYA SEORANG SANTRI PASENTREN
DAN DATANG KE MALAYA WAKTU ITU UNTUK MENCARI
KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANAK CUCU
DAN BEKALAN DUNIA AKHIRAT.
SAYA SEDIH KERANA SAYA MERASAKAN OBJEKTIF MEREKA
MENJADI PENDATANG TIDAK TERPENUH KESEMUANYA.
SAYA KINI 75 TAHUN DAN PENDIDIKAN SAYA
TERLALU MIRIP BARAT.
BETUL SAYA KE UNIVERSITY DAN BEKERJA YANG BOLEH SAYA MENAMBAH ILMU KELUAR NEGARA.
TETAPI DENGAN APA YANG SAYA DISEDARKAN SEKARANG
MENGENAI PENGETAHUAN
ISLAM DAN FAKTA AKHIR ZAMAN, SAYA TIDAK
RASA SELESA WALAU PUN SAYA TIDAK TERGOLONG MISKIN.
(ALHAMDULILLAH)
TETAPI SAYA AMAT MISKIN DALAM ILMU ISLAM DAN DALAM
AMAL IBADAH ISLAM.
ARWAH BAPAK SAYA SEORANG SANTRI DAN KAKAK TUA SAYA BERCERITA IA MENGAJAR AGAMA MENGIKUT KEMAMPUANNYA
PADA PENDATANG YANG LAIN.
KALAU BAPAK SAYA MASIH ADA, MUNGKIN IA KECEWA
DENGAN SAYA.
MOHON AMPUN, PAK....
(NJALOK NGAPURO PAK)
MENGAPA SAYA CERITA MENGENAI PENDIDIKAN?
MALAYSIA MENJADI SEPERTI INI SEKARANG KERANA
TIDAK MEMGHAYATI ISLAM SEBAIK YANG DITUNTUT.
MAKA DALAM KELEMAHAN PERKEMBANGAN PARTI POLITIK,
ITULAH JUGA SEBABNYA.
BAGAIMANA KITA BOLEH MENAWAN HATI BANGSAN CINA?
BUKAN DENGAN FAKTA EKONOMI SAHAJA. IA MESTI DENGAN FAKTA AKHLAK MURNI YANG DI BAWA OLEH ISLAM.
ITU FAKTA YANG TIDAK BOLEH DI SANGKAL.
NABI MUHAMMAD SAW, RASULULLAH AKHIR ZAMAN
BERJUANG UNTUK ITU.
SAYA RASA SEPERTI SAYA GAGAL SEPENUHNYA..
SAYA MEMBINA MINDA TETAPI AMAT KURANG MEMBINA
QALBU HATI NURANI DENGAN IMAN DAN TAQWA.
PUSING IKUT MANA SEKALIPUN, KITA TIDAK AKAN DAPAT
MENGATASI EKONOMI KAUM CINA..INI SAYA YAKINI.
MAKA JIKA KITA MAHU BERJAYA DUNIA AKHIRAT,
DASAR SELURUHNYA DI
MALAYSIA INI HARUS DI LIHAT SEMULA.
IA HARUS BERASASKAN ISLAM.
KITA BOLEH BERMULA DENGAN PARTI PAS.
JANGAN PERKECIL DAN PERLEKEH MEREKA.
SEMANGAT BILAL MUAZIN ISLAM YANG RASULULLAH SAYANG
HARUS JADI ANTARA CONTOH KITA.
TIDAK PERLU SAYA PANJANGKAN CATATAN SAYA KERANA
RAMAI KAUM MELAYU
SUDAH MENYEDARINYA TETAPI TIDAK PUNYA KEKUATAN
ZAHIR DAN BATIN UNTUK
MEMPERBETULKAN KEADAAN YANG ADA SEKARANG.
SIKAP KAUM CINA KE ATAS KAUM MELAYU
BOLIH KITA PERBETULKAN. TETAPI KITA HARUS IKUT BAGAIMANA RASULULLAH DAN SAHABAT RASULULLAH SAW
MEMPERBETULKAN MASYARAKAT WAKTU ITU.
KITA PERBETUKAN DIRI, BARULAH KITA DAPAT
MEMPERBETULKAN ORANG LAIN.
JOM FIKIRKAN.....
SALAH SIAPA POLITIK MALAYSIA JADI BEGINI.
NAMUN KAUM MELAYU JANGAN PUTUS ASA.
PINTU UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENTIASA ADA.
CUMA JANGAN SAMAPI NAYAWA DIHUJUNG RONGGA....
ITU PESANAN USTAZ.
MOHON MAAF ATAS KATA-KATA SAYA YANG TIDAK TERATUR,
DAN MUNGKIN KASAR DAN TIDAK BERADAB.
KETUA UMNO KINI SAYA DIFAHAMKAN KETURUNAN JAWA.
SAYA PUN KETURUNAN JAWA.
SEMOGA SEMANGAT JAWA AKAN MEMBAWA
PERUBAHAN POSITIF DI MALAYSIA..
SAYA HANYA MAMPU BERDOA SEMOGA ALLAH SWT
AKAN MENUNJUKI JALAN YANG BENAR DAN MEMELIHARA KESELAMATAN MALAYSIA HINGGA KEAKHIR ZAMAN DALAM WADAH KEBAHAGIAAN BERASASKAN KEIMANAN ISLAM.
AAMIIN YA RABB....
.....
No comments:
Post a Comment