"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 30, 2010

JANGAN LIHAT HANYA YANG TERDEKAT





Terus sahaja saya katakan bahawa kita manusia sering tidak sabar dan sering tidak dapat melihat keseluruhan fakta tetekala kita dalam keadaan tidak stabil. Keadaan tidak setabil ini boleh disebabakan oleh berbagai masaalah sama ada masaalah peribadi, masaalah keluarga atau masaalah kerjaya.

Dari pengalaman saya, sifat kurang sabar ini adalah disebabkan kita kurang ilmu, semua jenis ilmu terutamanya yang berkait terus dengan hakikat  kewujudan manusia. Ia itu kita harus mengenal diri, mengapa kita diciptakan dan siapa pencipta kita. Sifat sabar bukan sesuatu yang dapat kita bina dalam masa yang singkat. Selain dari ilmu ialah soal penghayatan. Dan penghayatan bukan dilalui secara mendadak.

Saya terpanggil untuk bicara ringkas dalam hal ini kerana baru sebebtar tadi seorang ahli keluarga telah mengucapkan kata-kata yang kurang bijak dari segi sudut kemesraan keluarga. Mungkin kerana ia kecewa mengenai sesuatu hal atau mungkin sedang bermasaalah mengenai kerja atau talian keluarga yang rumit. Dalam ingatan saya hadis ada mengatakan kalau kita marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Kalau sedang duduk maka baringlah. Ini akan dapat meredekan nafsu amarah kita. Ada yang mengatakan kita harus pergi berwudhu kerana ini akan menghalau syaitan yang sentiasa suka memporak-perandakan manusia.

Banyakan beristighfar, dan semoga kemarahan akan reda. Walau apapun saya berharap incident ini tidak terpendam dalam hati. Dalam hidup jangan lihat yang keruh. Lihat yang jernih. Lihat diri sendiri sebelum menilai orang lain. Prinsip ini adalah untuk semua.. Semoga akan ada proses muhasabah diri semua pihak dan ada sikap tolak ansur dan maaf memaafkan.

Ada banyak perkara yang ingin saya perkatakan. Mungkin dilain entry. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya dan memberi pertolongan dan menganugerahkan RahmatNya yang tidak terhingga.
Allahuma Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails