"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 25, 2012

AKU DAN ANDREA HIRATA.







Aku dan Andrea Hirata.

Tidak ada kena mengena sebenarnya secara peribadi. Saya cuma terkesan dengan novel-novelnya yang saya dapatkan semasa lawatan santai saya ke Belitong dengan dua orang teman suami isteri baru-baru ini. Saya telah menonton Laskar Pelangi lebih dua tahun dulu  dalam program memotivasi pelajar sebuah sekolah swasta di Kota Bahru, Kelantan, tetapi tidak tahu bahawa ia cerita benar di Pulau Belitung. Bila sampai di sana teman saya memberitahu saya elok kita baca novel-novelnya sebagai bahan memotivasi diri dan lebih dari itu ialah bagaimana mahu memotivasi anak cucu dan generasi yang tidak pernah merasai apa itu penderitaan dan kesusahan dalam hidup.







Di atas (melainkan Maryamah Karpov) adalah buku-buku yang saya telah baca dengan cepat  sekembalinya saya dari Belitong dengan teknik "speed reading" yang saya dilatih semasa saya bekerja dahulu. Ceritanya terkesan dihati. Betap penulis telah melalui segala rintangan hidup yang setengahnya tidak dapat kita bayangkan. Saya rasa malu pada diri sendiri kerana kesusahan hidup yang saya lalui tidak terbanding sama sekali dengan apa yang dilalui oleh penulis dan rakan-rakannya. Saya terkesan dengan perjalanan cerita dan latar belakang budaya hidup kerana saya adalah keturunan pendatang dari pulau Jawa. Maka saya rasa sebak bila mengingat kembali mengapa bapak dan emak saya memberanikan diri "berhijrah" ke Malaya, waktu itu. Hasil perkahwinan emak dan bapak saya, saya mempunyai lapan adik beradik dan seorang kakak meninggal dunia ketika umur 5 tahun. Hanya saya dan abang saya sahaja yang menjadi warga negara secara otomatik. Yang lainnya semuanya secara "naturalization". Begitu sejarahnya lebih kurang. Dengan takdir Allah saya menjalani hidup yang berbeza. Maka cerita-cerita berlatarbelakangkan Indonesia membuat saya nostalgia mengingatkan cerita-cerita emak dan bapak saya.

Saya masih ingat hidup ditepi hutang diatas tanah yang bapak saya usahakan. Tetapi tidak pernah rasa kelaparan. Alhamdulilah. Rasa tidak terjamin keselamatan dirasai oleh kakak-kakak saya tetapi sekarang saya hampir lupa cerita-cerita kesusahan hidup waktu itu kerana saya yang bongsu dan sudah banyak perubahan yang dilalui oleh keluarga. Saya berpeluang bersekolah walaupun saya ingat tidak mudah mendapatkan buku tulis dan buku-buku teks. Saya masih ingat belajar dibawah cahaya lampu minyak tanah buatan bapak yang tidak cerah tetapi memadai untuk nampak tulisan kerana saya diajar dan dididik untuk menerima seadanya. Saya sendiri membantu kakak menoreh getah sebelum ke sekolah kerana itu satu keperluan. Sebagai kanak-kanak saya diajar kerja kuat menebang dan mencari kayu api, menggegraji dan membelah kayu api dan berbagai lagi kerja yang anak-anak sekarang tidak melalui.

Bila membaca buku-buku di atas, terutamanya "Sang Pemimpi" teringat saya tentang mimpi-mimpi dan cita-cita saya yang terpendam dihati. Saya malu hendak menyatakan pada kawan-kawan kerana tidak terlintas cita-cita itu tercapai. Ketika itu cita-cita belajar diluar negara sememangnya ada pada ramai pelajar kerana negara baru sahaja Merdeka.Saya berjaya terpilih ke luar negara dan telah menghadapi berbagai masaalah di sana yang akan saya ceritakan dilain kali bila sesuai.

Satu perkara yang amat saya terkesan ialah masyarakat miskin di Belintong amat peka dan komited membantu satu sama lain. Biasanya, dalam permerhatian saya, di negara kita  orang yang miskin lebih mudah membatu yang miskin. Yang kaya atau yang berada selalunya ramai yang berkira. Ada yang sampai ke peringkat kedekut. Orang miskin hatinya lebih lembut dan lebih perhatin atas saudaranya. Dalam cerita "Sang Pelmimpi" teman akrab sanggup memberi tabung simpanannya kepada teman yang akan pergi merantau dengan tujuan mencari ilmu dan peluang yang lebih baik untuk memajukan diri. Keikhlasan memberi dapat dirasai pembaca dan saya sendiri rasa amat terharu.

Andrea Hirata tajam pemerhatiannya mengenai watak-watak yang tercatat dalam buku ini. Eluk dibaca untuk merasai apa erti pengorbanan dan perjuangan dan apa erti keberanian mengharung kehidupan. Mungkin asasnya diperolehi apabila mereka memulai pendidikan di SD Muhamadiah yang mana pendidikan akhlaknya berdasakan nilai-nilai Islam.

Bacalah sendiri untuk menghidupkan rasa empathy pada yang memerlukan, rasa timbangrasa pada yang fakir dan memahami pahit getirnya hidup orang-orang yang tidak punya sumber yang mencukupi. Bagi saya, saya sudah mula bercerita pada anak-anak untuk mencontohi mereka yang tidak rasa tewas dengan reality yang ada, dan berbagai lagi.

Selamat membaca dan menimba ilmu dan........

...

3 comments:

noraini said...

Salam sobah

tahniah dapat cepat baca. i am stranded kena baca buku lain dulu.

your last point orang miskin suka menolong amat benar. satu ketika we were on the road bumper mark X terjatuh. kereta mewah pass by none sudi berhenti bantu. maybe merekaingat kami pun orang kaya kut! ya kaya pengalaman dan pemerhatian how world has changed.

ngasobahseliman said...

Salam kembali Datin. Terima kasih singgah. Alhamdulilah terluang sedikit masa. La ni nak baca pulak buku Sheikh Qardawi yang beli semasa Book Fair. Semoga kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang suka berbakti. Semoga Allah mengampuni.

NORHAFIZAH ZAINUDDIN said...

salam...saya juga salah seorang peminat buku andrea hirata..every wording yg dia gunakan memang mantap..kalau boleh nak kumpul semua collection buku2 dia.. =)

Related Posts with Thumbnails