"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 18, 2013

"Dreams Cost No Money"...

"If you never have a dream, how can you have a dream come true ?"
(Kata cikgu saya semasa saya sekolah menengah).

Maka saya mencuit hati sendiri dalam perjalanan saya di Eastern Europe  untuk memikirkan apa yang saya "miss" dalam hidup ini. Dulu-dulu saya suka bercerita dengan kawan-kawan bahawa saya suka membina rumah di lereng bukit menghadap pantai supaya dapat angin laut yang nyaman waktu malam.

Itu tinggal impian. Bila saya lihat pemandangan di sepanjang jalan seperti di bawah ini saya pun membina impian. "Inginkan"  rumah besar di negara yang ada empat musim untuk bercuti bila-bila masa saya suka.

Dalam entry ini saya hanya suka-suka berkongsi "impian". Impian sebuah rumah dalam sebuah ladang yang luas ditepi lereng bukit berhampiran dengan tasik. Cuba bayangkan.





Hanya impian. Tidak semestinya ia yang terbaik.  Walauapa pun tetap bersyukur dengan apa yang terbaik di sisiNya. Semoga habuan idaman di akhirat nanti  
melebihi segala impian. Redha Allah yang utama, cukup dengan kasih sayangNya.

Dreams Cost No Money.

Saya kata juga pada suami. Dia senyum lebar dan minta saya ambil foto semasa lawatan ke Show Room kereta mewah BMW. Saya kurang arif pasal kereta. Lihat sahaja foto-foto ini "menghibur hati" suami saya. He ! He!





The ultimate dream...The Phantom

Impian hanya seketika. Sampai di rumah tanggongjawab harus tidak dilupa.
Jangan membazir masa dan upaya. Jika kaya, infak pada yang memerlukannya. Masih ramai yang menanti di luar sana, hakikat hidup yang sebenarnya. 
Kata ustaz: Erti Hidup pada memberi semasa kesenangan atau kesusahan.

.....

2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum ngasobahseliman

Mimpikan + inginkan sesuatu yang terbaik pastilah ada pada semua orang yang normal. Termasuklah mahukan rumah dan kereta hebat. Kini Pak Temuk hanya inginkan tinggal SELAMAT dalam rumah yang sekecil mana dan di mana pun, dan MAMPU memandu kereta bila2 dan ke mana2 tanpa memperduli sekecil mana pun kereta itu. Bener enggih? Matur nuwun.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam, terima kasih Pak Temuk mampir lagi. Kadang-kadang saya kata kat kekawan. Kita semua dah direservekan sebuah rumah banglo yang kecil tetapi semoga interior decornya Allah kurnia yang hebat-hebat. Dan kenderaan kita "Burok". Semoga Allah kurnia Syurga Firdaus tanpa hisab Ameen ya Rabb.
Sudikan mamper lagi.

Related Posts with Thumbnails