Kini kaum Jawa hampir pupus....atau sudah pupus. Semua di gelar Melayu. Sudah hilang Bahasa Jawa dan budaya Jawa. Ada yang berketurunan Jawa malu mahu mengaku dia Jawa. Saya kenal seorang pembesar sektor awam yang mengelak-elak diri bila kami bercerita mengenai Jawa dan 'keistimewaannya' Memang Jawa ada keistimewaan. Bukan takabbur tetapi itu yang dikata oleh kerajaan semasa memulakan projek FELDA diawal tahun tujuh-puluhan, abad yang lepas. Kalau peserta peneroka FELDA itu keturunan Jawa maka projek itu berjaya cepat kerana orang jawa berjiwa waja dalam berkerja yang memerlukan tenaga. Bukan saya yang kata. Boleh baca sejarah FELDA di Arkib negara.
Saya sayu bila bercerita mengenai keturunan berdarah Jawa. Bapak datang membanting tulang empat kerat membuka hutan. Emak bersamanya. Saya masih ingat tinggal dan bekerja dipinggiran hutan hanya untuk sesuap nasi dan sekeping bumbung dikepala.
Biarlah peristiwa-peristiwa itu tinggal di ingatan. Saya hendak cerita kisah semalam di majlis perkahwinan di Shah Alam seorang Professor Emiritus keturunan Jawa menikahkan anak perempuannya. Meriah sekali.
Saya masih ada seorang dua teman seperjuangan yang berketurunan Jawa. Kami ketemu di Majlis itu. Punya seronok buat seketika bila ia meminta penghibur lara menyayikan sebuah lagu Jawa. Bukan nyanyian itu yang menyeronokan saya, tetapi kedengaran bahasa Jawa berkumandang walaupun tidak didengari oleh semua.
Sebuah Nostalgia.....buat seketika.
Saya tetap ingat bahawa kita orang Islam dulu barulah keturunan dan bangsa yang kita kira. Mengapa Melayu di negara kita malap tidak bermaya dan hidup meminta-minta? Orang lain pulak yang istimewa, hidup mewah tetapi Melayu ramai yang papa kedana. Itu pemerhatian saya.
Lantas ingin saya mengatakan dan berseloroh "saya Jawa", Satu specie istimewa yang Allah kurnia. Rasanya begitu ye? Mohon maaf kalau salah tafsir keadaan sebenarnya. Begitulah manusia....mahu sahaja rasa "hebat" tidak mengira apa. Atau syok sendiri dan pastinya Allah melihatnya. Maka perlu bersederhana dalam mengenalkan diri dalam berbicara. Itu pesanan bonda, emak kesayangan setia. Tiada siapa yang sempurna. Tetapi berusaha itu kewajipan semua.
Berilmu, berusaha dan pasrah padaNYA. In sya Allah bila berjaya, tidak mendabik dada.
Selamat tinggal Jawa.....
Hanya Jawa di Tanah Jawa yang boleh "berbangga" ada negara. Semoga tidak ada bencana alam gegeran bumi yang besar yang boleh menelan pulau dan penduduknya.
Semoga Allah tidak mentakdirkannya dan Jawa tidak hilang di dunia.
....
No comments:
Post a Comment