"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 10, 2014

Belaian Kasih @ Taska SmarTop Subur Fitrah...




Mendidik dengan hati. 

Itu paksi strategy kami dalam mengasuh anak-anak dari umur dua bulan hingga enam tahun. Pengasasnya ialah Ibu Norlida yang mengetuai institusi pra sekolah SmarTop Subur Fitrah ini.

Alhamdulilah, beliau berpengalaman luas dalam bidang ini dan telah menghadiri berbagai kursus yang dikendali oleh PERMATA dan juga NGO Haluan. Ia telah membuat lawatan sambil belajar di beberapa Taska dan in sya Allah ia akan membawa kecerian dalam mengasuh anak-anak terutamanya di Taska kerana mereka dijaga dan diurus dari jam 7 pagi hingga 6 petang.



Mendidik dengan hati bererti guru dan pengasuh akan cuba menjana kesabaran dalam diri masing-masing kerana karenah setiap anak sememangnya kadang kala sukar di duga. Senyum harus selalu dan bila berdampingan rapat harus ada aura kasih sayang yang membuatkan anak-anak ceria dan tenang. Dari situ mudahlah anak-anak dipimpin untuk mempelajari sesuatu yang sesuai dengan umur mereka. Di bawah ini saya turunkan kata-kata bijak pandai dalam dunia pendidikan yang saya copy dari blog Ibu Norlida.

“Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki. 
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi. 
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan, ia belajar rendah diri. 
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri. 
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri. 
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri. 
Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai. 
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar berlaku adil. 
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan. 
Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi dirinya. 
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menentukan cinta dalam kehidupan”


Sekarang ini Ibu Norlida sedang giat melatih semua murobbiah semoga akan tercapai kepakaran dalam ruang yang terhad dari segi masa dan kewangan. Kami berusaha dan cuba melaksana creativity dalam proses meng"adopt dan adept".

Kami di prasekolah ini menjalankan Usrah dari masa kemasa, kalau munkin seminggu sekali untuk kami mendapat feedback dari semua pengasuh jika ada sesuatu proses yang perlu di baiki.Ada kalanya kami memberi feedback pada ibu-bapa mengenai perkembanan anak-anak mereka. Jika tidak kesempatan masa ibu-bapa boleh menulis dalam buku komunikasi yang kami sediakan. 

Bidang pendidikan adalah satu bidang yang kadangkala sulit untuk mendapat cosensus dalam mengendali sesuatu. tetapi kami beazam tidak berputus asa kerana apa jua masaalah yang timbul ia perlu diselesaikan dengan kerelaan dan keikhlasan, menepati prinsip mendidik dengan hati. 

Pendidikan di negara kita menjadi lebih rumit kerana rakyatnya berbilang kaum dan befahaman politik yang sukar dicari jalan tengahnya. Maka kami di SmarTop Subur Fitrah bertekad mendidik berasaskan pedagogi Islam yang kami pelajari dari mereka yang lebih arif dan berpengalaman yang telah lama berada dalam jurusan ini. Kami belum sempurna, namun kami sedang dan akan bekerja kuat untuk mencapai kesempurnaan.

Semoga Allah menganugerah pertolonganNya dan memudahkan segalanya.
Aameen.


....

2 comments:

Al-Manar said...

Mendidik dengan hati bukan sahaja sesdi uai untuk kanak kanak, juga untuk yang sudah membesar disekolah menengah. Itulah kepercayaan saya dan begitulah saya utamakan.

ngasobahseliman said...

Benar tu Pak AlManar. Terima kasih singgah. Cuma Ibu norlida sebagai pengetua Taska sering mengingatkan semua pengasuh, termasuk saya.Hati itu sekeping daging dalam diri merah bernyala yang kita diajarkan untuk memeliharanya dengan penuh perhatian. Doakan kami di SmarTop sentiasa ceria dan kekadang kata2 amanat pk Almanar saya selitkan dalam sessi bincang-bincang. TQ.

Related Posts with Thumbnails