Ini cucu saya, Akif namanya.
Ibunya memberi tahu ia "menghilang " dari sekolah. Alhamdulilah. Setelah berusaha bersama dengan guru sekolah, ia dijumpai di Police Station. Mengikut laporan polis, seorang anak muda dengan motorsikal menghantarnya ke situ.
Kata anak saya mungkin keliru fahaman. Ia pergi membeli sesuatu sebelum ayahnya sampai dan bila ayahnya sampai dan gagal melihatnya di tempat biasa, ayahnya mencari bersama guru menaiki kereta. Akif kembali ke sekolah dan bila melihat kereta ayahnya tiada, dia ambil keputusan untuk pulang sendiri. Itu cerita dari mulutnya.
Maka hilanglah dia, merayau-rayau katanya.
Akif budak yang baik dan boleh dikatakan bijak. Tetapi Allah kurnia sedikit "keistimewaan". Dia autistic. Kata ibunya sudah lama tidak menghilangkan diri. Akif sudah bolih dibiarkan main di halaman rumah tanpa dia bermain jauh. Dia sudah mula faham erti bahaya pergi berseorangan. Alhamdulilah. Mungkin hasil therepy yang diikutinya sedikit sebanyak memberi kesan.
Alhamdulilah. Semoga hilangnya kali ini suatu yang luar dari kebiasaannya. Saya sangat khuatir dia diculik oleh anasir jahat dan disembunyikan untuk tujuan jenayah seperti yang sering terdengar diakhbar. Akif cukup sifat dan tidak menampakan sekali imbas bahawa dia bermasaalah. Lihat di foto ini dia kelihatan letih. Kata ibunya dia baharu dikejutkan oleh pegawai polis dari tidurnya dan masih mamun dan seperti kebingungan.
Saya mengharapkan pihak kerajaan memberi perhatian pada anak seperti Akif. Peratusan anak-anak autistic makin bertambah. Harus ada kajian mengapa begitu. Saya bertanyakan doktor kalau ia kesan keturunan darah keluarga. Katanya tidak, tetapi belum ada kajian yang memuaskan. Maka sementara itu kementerian Pendidikan bersama kementerian kebajikan harus diberi peruntukan yang mencucupi supaya boleh melatih ramai lagi pakar dan pendidik dan pengasuh yang boleh meringankan masaalah ibu bapa dan masyarakat. Hak asasi anak-anak istimewa janganlah diambil ringan. Kepada siapa lagi kalau bukan kerajaan ibu bapa mahu bergantung untuk diagnosis dan therepy yang professional dan memuaskan.
Anak-anak seperti ini masih terpinggir. Dasar kerajaan mengenai kanak-kanak masih elitist. Lihatlah program Permata Negara.......
...
2 comments:
Dearest sis,
Diharap isteri perdana menteri yang seterusnya akan mengambil perhatian yang lebih berat terhadap kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan pendidikan khas .
Walaupun dah ada pendidikan khas dalam pelbagai bidang tapi ia sepatutnya mendapatkan perhatian sama seperti kanak yang terpilih dalam program permata Negara tu...
Betulah Sis. Itu menjadi harapan. Sekadar harapan. Kebergantungan hanya pada Allah jua. Tiada ciptaannya yang sia-sia. Semoga dipertemukan dengan pihak yang mahu membantu. Sekarang pun sudah ada individu professional yang mengajarnya dan beberapa anak istimewa lain untuk belajar berenang dengan percuma. Anak-anak biasa dikenakan bayaran. MasyaAllah, amat prihatin dia pada menginfak masa dan tenaga dan kepandaian pada yang memerlukan. Semoga Allah memberkati usahanya.
Post a Comment