"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, October 16, 2014
Hanya merakam secebis ingatan....
Saya hanya ingin merakam keberadaan dan kebersamaan dua orang cucu sahaja di pagi Raya AidilAdha baru-baru ini. Alhamdulilah, kami masih dapat rasa bersyukur dan memadu kasih keluarga.
Sesunggunya Hari Raya Qurban telah berlalu lama. Daging qurban pun sudah habis dari simpanan dan telah dimunafaatkan dalam keluarga dan sahabat handai yang ada berdekatan. Di masjid pada hari penyembelihan lembu untuk Qurban, saya hanya membantu memotong bawang dan lain-lain rencah untuk masakan tengah hari bagi menjamu mereka yang datang rewang. Sudah tidak ada kederat untuk duduk dilantai mengolah daging-daging untuk dibahagikan pada mereka yang tersenarai. Maka saya membuat kerja yang rengan-rengan sahaja.
Sudah 12 tahun bersara. Manakan sama dengan tenaga mereka yang muda. Maka hari itu saya seronok mengeratkan silaturrahim dan pulang awal setelah menjamu selera.
Qurban dibuat pada hari Eidul Adha itu sendiri dan disambung pada hari pertama Hari Tasyrik. Ada dua-puluh dua ekor lembu yang memerlukan kerjasama dan sokongan ahli qariah untuk mengurusnya. Alhamdulilah, tiada masaalah. Suami saya mengurus satu kepala lembu yang dipilihnya dengan bantuan anak saya. Baru mereka tahu betapa rumitnya kerja. Tetapi mendapat otak kegemarannya membuat mereka senyum lega.
Tidak ada cerita luar biasa. Cuma saya muhasabah diri betapa cepat masa berlalu meninggalkan manusia. Berbagai rasa dijiwa mengingatkan destinasi akhir yang akan sampai bila-bila masa. Sekarang berada di Dewan Berlepas, kemudia di Dewan Transit pula untuk perhitungan seterusnya. Rasa cemas pun ada bila memikirkan sedikitnya persediaan yang ada.
Semoga Allah masih menganugerah ruang dan peluang untuk tindakan sewajarnya, berkejaran memunfaatkan masa. Mohon belas kasihanNya, Tuhan Rabb yang Esa.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment