"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, August 17, 2015

Apa yang celaru......



Sabtu dan Ahad yang sangat celaru dalam hati dan fkiran saya....

Seperti kosong dan rasa serba tidak kena. Di lubuk hati sekejap rasa gelap dan sekejap rasa terang.

Mungkin kerana beberapa peristiwi.....

Suami dan saya menerima jemputan ke majlis perkahwinan oleh seorang hartawan tempatan. Kami dijemput kerana ayah dan ibunya adalah teman akrab kami dan suami saya mengaji di bawah seorang uztaz di rumahnya.

Maka rasa tidak beradab kalau tidak mera'ikan jemputan itu. Tetapi entah mengapa hati saya berbelah bagi. Kami bertolak dari rumah selepas solat Maghrib kerana tempat itu tidak jauh. Apabila kami sampai dewan itu sudah hampir penuh. Saya bersangka tidak baik.....Tidak solat kah yang ramai ini? Kalau solat di bangunan itu, bagaimana seramai itu tetamu solat dalam wkatu yang pendek walaupun bergilir. Saya menyentap diri saya supaya berfikiran positif.....jangan berburuk sangka. Jangan sekali-kali.

Saya anggarkan seramai seribu tetamu hadir. Majlis di mulakan dengan doa. Yang membuat saya celaru ialah laungan musik yang amat kuat. Tidak dapat bercakap secara normal dengan jiran yang duduk sebelah. Jamuan makan diiringi dengan selebriti menyanyi. Tuan rumah pun menyayi duet dengan selebriti terkenal wanita. Tepukan gemuruh. 

Saya rasa tambah celaru. Yang hadir majoritinya Islam....itu pemerhatian saya. Tetapi ramai yang tidak menutup aurat. Maka acara hiburan pun pada saya tidak memenuhi kehendak Syar'ie. Saya berdiam diri. Mungkin fikiran saya salah.

Semasa pulang saya berkata pada suami mengharapkan kita tidak lagi mendapat jemputan walimah seperti itu. Dia mendiamkan diri.

Malam berikutnya kami pergi lagi ke satu majlis yang serupa yang diadakan di sebuah hotel. Yang menjemput kami bukan seorang hartawan tetapi dari golongan mereka yang berharta dan bermasyarakat international. Program majlis hampir sama. Ada tarian wanita dan pria diiringi dengan lagu-lagu asli.

Saya tambah celaru kerana tidak menyangka berada dalam format majlis yang sama. Juga ramai yang tidak menutup aurat.

Suami dan saya dalam zone umur yang bila-bila masa boleh dipanggil pergi. Hati saya berdebar entah-entah Malaikat maut ada berhampiran dan menunggu saat bagi kami. Diperingkat umur begini saya sentiasa takut Malaikat maut datang mengejut.

Astaghfirullah....
Malam itu Allah masih memberi peluang berfikir dan membaiki tekad.

Namun ada seorang teman bertanya: Berdosa ke kita berada dalam majlis itu? Tadi tujuan kita hanya silaturrahim.....

Saya takut untuk memeberi pendapat, jauh sekali fatwa. 

Kami hanya mampu bertaubat dan semoga kami tidak lagi terjebak dengan situasi begitu....
Semoga Allah mengampuni dan memberi taufik dan hidayahNya semoga kami semua muhasabah diri, dan memastikan semua perilaku diri menepati erti Pengabdian  padaNYA.

Subhanallah, Allahuakbar. PadaNYA kami memohon keampunan dan padaNYA kami berserah diri. Kasihanilah kami ya Rabb....

....

2 comments:

Elly Khalid said...

huhuhuhuuh....dapat rasakan apa puan rasa... in shaa allah, Allah merahmati puan dan suami... aamiin...

alam perkenalan dari Elly...
jemput singgah...

DOS VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK, GEBUS, CERAH!!

ngasobahseliman said...

Dear Elly khalid, Terima kasih singgah Bertukar angin kata setengah orang. Untie pun ada menjenguk Blog Elly. Bagus. InsyaAllah akan untie singgah lagi.

Related Posts with Thumbnails