"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, August 22, 2015

TERSADAI......




Ribut tidak, tsunami pun tidak......
Tetapi rasa tersadai di pemikiran....ada kalanya tersadai dalam tindakan.

Ibarat tersadainya bot-bot ini berlabuh tanpa penumpang. Seperti kesunyian....mungkin juga kerisauan dan ketakutan.

Memang rasa tersadai. Kemelut politik macam reda. Mungkin kerana saya sudah penat membaca. Sudah penat mendengari komen teteman.Itulah rasa macam reda. Tetapi tidak nampak macam akan ada sesuatu yang benar-benar tegas akan berlaku. Agaknya orang-orang kuat bijak pandai negara sedang berfikir-fikir. Saya rasa macam terlalu lama berfikir dan terlalu lama bebincang.....Agaknya.

Blog yang saya baca mengatakan ekonomi kita amat tenat. Tukaran wang ringgit menjunam. Dan lain-lain lagi yang tidak memberi semangat untuk melihat masa depan yang cerah. Jika kita tidak usaha, sunatullah berlaku pula. Kita kena fikir berlapis-lapis....sentiasa.

Entahlah. Saya seorang pesara biasa dan diumur senja, amat senja. Tiada tambahan pendapatan. Dahulu menantu saya bekerja. Sekarang sudah tidak. Katanya susah mendapat kerja yang berbaloi kalau mahu menghantar 2 orang anak ke pusat penjagaan anak-anak. Lebih baik tidak kerja. Dia ada degree dalam marketing dari UITM.

Saya dengar-dengar dari kekawan banyak kes seperti dia. Maka saya harus membantu. Tidak apa membantu kalau negara memberi suasana yang menggembirakan... Negara menunjukan kesumgguhan membela kehidupan rakyat. Sudah tidak lagi begitu. Maka saya rasa pening.....

Saya rasa yang orang tidak pening adalah orang yang berkuasa. Masih makan cukup, belanja rumah tangga cukup, semua serba cukup.....lebih dari cukup. Kerana dia ada kuasa dan boleh berbuat apa sahaja. Rakyat pulak ikut sahaja, mungkin tidak cukup maklumat yang sampai padanya..... Ada pulak yang menyokong tanpa kira....seperti  memb....... buta.

Ah....pening saya.

Seorang teman berkata pada saya. "Jangan hanya pandai mengata kerana kita juga salah dalam hal ini. Kita salah pilih, kita salah bicara, salah duga......."

Maka saya pun diam sahaja. Namun saya tetap berdoa semoga Allah memelihara kita. Semoga kita semua kembali padaNYA. Jangan tidak faham erti Allah sedang menguji dan Allah masih "bagi muka". 

Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa. Janji-janjiNya Benar, Mati itu Benar, Qiamat itu Benar, Syurga itu Benar dan Neraka itu Benar.

Ayuh bertaubat dan kembali padaNYA.....
Kasihanilah kami ya Rabb...

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails