"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 1, 2016

Memberi erti perjalanan ke Al Quds....



SELAMAT TAHUN BARU 2016
Saya mulakan dengan cerita ziarah Bumi Ambia
di akhir 2015.


Di Lapangan Terbang Queen Alia, Amman menanti Bas untuk ke sempadan Israel,The King Hussein Bridge.

Kami mendarat awal pagi. Pemeriksaan Immigration di Amman laju sahaja dan kami makan bekalan sementara ajen pelancungan di Amman membawa sarapan segar.

Sebelum sampai di sempadan kami diberi penerangan ringkas mengenai kedudukan semasa. Saya pasti ramai yang sudah tahu pergolakan di Palestine untuk sekian lama.Namun pada hari kami di sana keadaan agak tenang dan kami dinasihatkan supaya jangan bertindak keterlaluan dalam apa jua hal. Kami tidak dibenarkan mengambil foto di setiap check-point tentera Israel dan di mana jua kita nampak askar Israel. Di Pejabat Immigresen apakan lagi. Senyap sahaja. Kami juga diajar apa yang perlu dikata apabila ditanya oleh pegawai immigresen Israel. Jangan pandai-pandai jawab panjang lebar. Jawab tepat dan diam. Mesti hormat mereka. Kalau tidak nanti panjang cerita dan kita boleh tergendala entah untuk berapa lama.

Alhamdulilah kami selesai dalam lebih kurang sejam setengah kerana ramai pelancung yang masuk sama. Kami menaiki bas. Semua baggage di screen keselamatan. Kami ikut sahaja.

Setelah selesai kami menaiki bas. Jalan selepas sempadan Jordan eluk dan baik.




Saya senyap sahaja tidak berbual banyak di dalam bas. Saya yang antara ditanya: "Where are you going? " Oleh kerana sudah di ajar saya jawab: "We are going to Israel to visit the Mosque." Dia senyap membelek Passport saya dan kemudian saya diberi laluan masuk. Alahamdulilah. Tidak berhenti saya mohon Allah mudahkan segala urusan. Kalau jawab hendak ke Palestine besar kemungkinan banyak soalan lain akan timbul. Hati saya rasa tidak seronok menjawab demikian. Tapi itu helah sahaja, saya meyakinkan diri. Kami hendak ke Palestine. Bumi Ambia di situ Bumi kita juga.


Ini pemandang untuk beberapa kilometer. Sudah lupa nama daerah ini. Setiap detik saya sayu dihati.Sedih saya tidak datang sebagai pejuang hebat. Takut menyebut Palestine....
Terbayang sejanak askar-askar Sallahuddin Al Ayubi mara untuk membebaskan Al Quds....Saya hanya melihat, kaku. Ibaratnya. Semoga Allah mengampuni saya tidak memebela bumi ini sepenuhnya.





Foto-foto di atas ini contoh pemandangan yang kami lalui. Kami dibawa menuju ke daerah Jericho. Maka kampung dan bandar kecil sahaja kelihatan dan tidak menampakan kemewahan. Keadaan nampak tenang dan kelihatan juga rakyat biasa berlauan. Saya tahu ketenangan ini hanya sebuah facade kehidupan sebenarnya. Semasa saya giat membantu Aman Palestine Bhd. dahulu selalu sahaja saya mendengari cerita-cerita di Gaza dan di alQuds yang membuat hati marah. Saya sibuk mengingatkan diri saya bahawa apa yang nampak bukanlah satu hakikat yang sebenarnya. Jangan tertipu............



Tidak lama sampailah kami di Daerah Jericho dan berhenti di sebuh store membeli belah yang dikendali oleh orang Palestine. Ini daerah yang diserah pada PLO, kata pemandu pelancung tetapai banyak hal pentadbiran yang masih di kontrol oleh Yahudi. Kami digalakan membeli sebanyak yang termampu sebagi menolong ekonomi orang-orang Palestine. Pelancung bukan Islam katanya tidak  menyokong perniagaan orang Islam. Saya dengari fakta ini dan membeli sekadarnya. Kalaulah saya kaya raya............
Tidak mesti yang kaya suka membantu, celah kakak saya. Negara Islam kaya tetapi Palestine dibiarkan berkelana.



Di tempat ini saya perhatikan ramai pelancung asing, yang berkulit hitam dan berkulit putih. Apa agaknya yang tersurat dan tersirat di hati mereka?...... Saya lupa nama tempat ini. Nanti saya update bila teringat.....
Kami masuk ke kedai seperti di tempat lain. Kedua kakak saya membeli sakan. Bag tangan pun kakak saya beli. Bukan selalu ke Palestine. Mungkin kali ini sahaja. Betul katanya dan saya senyum lebar walaupu di hati tetap sayu.




Buah-buahan banyak dijual. Rakan-rakan dalam kumpulan kami ramai yang membeli buah dan kami kenduri buah di dalam bas. Sahaja membeli untuk menolong. Itu kaedah kami dalam ziarah ini. Foto di atas suami saya testing rasa. Buah-buah di Jericho adalah yang terbaik di dunia, kata pemandu pelancung kami. Kini kami amat percaya. Merasainya sendiri. Segar dan manis dan harga berpatutan. Sudah dijanjikan Allah Palestine Bumi Barokah.....Namun ramai orang Islam yang belum dapat menghayatinya. Semasa saya membantu meningkatkan dana Aman Palestine, ada sahaja yang berkata pada saya mengapa mahu sibuk membantu orang? Di Malaysia ini pun ramai orang miskin papa kedana. Biarkan Arab menyelesaikan masaalah Arab. Selalu sahaja saya kehabisan kata untuk menjawabnya. Saya bertenang kerana saya tahu Allah maha Mengetahui dan maha Mendengari.........





Kakak-kakak saya seronok membeli sakan. Saya tumpang seronok kerana saya ziarah dengan buget yang rendah. Alhamdulilah ada wakil dalam keluarga.



Kemudian kami dibawa ke restaurant untuk makan tengah hari. Di sebelah bawah restaurant ini banyak kedai-kedai menjual berbagai barangan. Kami tidak banyak masa dan saya hanya ambil foto suami dengan seorang pekedai di situ. 



Ini pemandu pelancung kami. Hebat dengan ilmu sejarah Palestine dan bersemangat pejuang. Sedap mendengari kata-katanya dan rasa juga terkilan tidak dapat berbuat sesuatu yang benar-benar membela.....




Saya cuba menahan kesedihan di hati kerana Ziarah saya hanya Touch-n-Go. Saya ambil foto pohon-pohon kurma. Semoga ia jadi saksi saya datang ......saya cuba dan belum berjaya. Semoga Allah ambil kira.....



Kami meneruskan perjalanan ke Daerah Hebron untuk ziarah beberapa maqam 
yang ada di Masjid Ibrahimi. 


Naik tangga ke pintu masuk Masjid Ibrahimi.
(Foto di bawah ehsan google)


Ada tiga Maqam di Masjid ini. Maqam Nabi Ibrahim AS, Nabi Yakob AS dan Nabi Ishak AS.
Saya tidak dapat ambil foto di sini kerana kami di minta untuk besegera kerana sebab-sebab keselamatan. Kata pemandu pelancung pada hari semalamnya seorang remaja Palestine di tembak mati atas sebab menggangu askar. (lebih kurang begitu ceritanya. Kami tidak banyak soal.) Maka kami bersegera. Diluar pun ramai askar Israel standby. Semasa kami mendekati Masjid itu pun saya sudah rasa bimbang. Alhamdulilah tiada kejadian buruk. Cuma kami kurang puas berada di situ. Lihat di google mengenai maklumat Masjid Ibrahimi ini. Ada ura-ura satu masa dahulu ia akan ditutup untuk orang Islam.

Sepanjang perjalanan kami ke masjid terdapat anak-anak muda cuba menarik kita membeli barangan di kedai-kedai kecil berhampiran Masjid dan kami dapati juga anak-anak kecil  cuba minta di kasihani untuk memberikan sesuatu. Tetapi kami sudah di pesan oleh pemandu pelancong supaya tidak melayan anak-anak ini takut-takut timbul suasana yang tidak baik anatara penduduk dan pelancung. Kami bergesa berjalan ke tempat pakir bas dan mereka mengikuti belakang minta dikasihani. Saya rasa amat kasihan dan bila samapai di bas kami beli juga apa yang mereka jual dalam bentuk key-chains, tasbih dan sepertinya. Anak-anak menjual gelang manik terbentuk tulisan PALESTIN. Kami beli apa sahaj dan beredar. Itu sahaja yang kami dapat buat. Sedih tak terkira......




Foto -foto di atas adalah pemandangan umum. Saya tegerak untuk rakam kerana nampak kemewahan hidup orang-orang Yahudi berbanding Palestine.





Di sepanjang beberapa jalan adalah tembuk besar seperti ini. Ini tembok lama bersejarah dari zaman Sallahuddin Al Ayubi.....kalau tidak silap saya. Mohon pembetulan jika salah. Kami diberi peneranagan secara sepintas lalu dan saya kurang mendengarinya.




Episod ziarah Masjid al Aqsa telah saya catat sebelum ini. Selepas malam di al Aqsa esuk paginya kami makan sarapan awal dan terus besedia untuk ke sempadan dan masuk balik ke Amman untuk meneruskan terbang ke Jeddah untuk melakukan Umrah pula. Dalam perjalanan meninggalkan Palestine kami sempat singgah menziarahi Maqam Nabi Yunos AS dan Maqam Nabi Mosa AS. 










Ini Pemandu kami pada pagi 10 Disember. Dia meneruskan cerita Palestine, terutamanya Daerah Jerico yang terkenal dengan ladang buah-buahan. Pagi itu ramai di antara kami yang membeli kurma untuk dibawa pulang ke Malaysia. Datanglah lagi kemari. Ini negara kamu juga. Sayu saya mendengari kata-katanya.

Sampai di sini sahaja catatan ziarah di Palestine. Siapa yang ingin ke sana harus fit fisikal kita kerana banyak jalan dan jalan cepat-cepat. Saya antara yang hampir kantoi kerana tidak cukup persediaan fisikal sebelum melangkah keluar bersama yang lain. In sya Allah jadi ingatan.

Semoga Allah memberkati episod kecil ini dan menerimanya juga sebagai usaha mencari RedhaNYA. Aamiin.....
Sebagai penutup saya rakamkan beberapa foto untuk lihat sendiri dan fikir sendiri.





Ini antara tembuk pemisah kini Rupa betuk tembuk berlaianan mengikut kiraan keselamatan orang-orang Yahudi.












Ya Allah, Engkau yang maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Berkuasa atas segala sesuatu, kami mohon Engkau kurnia bagi kami kekuatan dan keberanian 

dan apa jua yang kami perlu untuk mendapatkan kembali Bumi Barokah
yang engkau telah cipta bagi kami. Kami mohon ampun atas kekurangan, kelemahan dan kelalaian kami dan semoga
di akhirnya nanti Bumi ini kami yang punya.
Aamiin ya Rabb......


.............

No comments:

Related Posts with Thumbnails