Foto hiasan ehsan carian google.
Apa ada pada emak ayah?
Soalan yang saya rasa mendapat jawapan berbeza bergantung pada siapa yang bertanya dan bila soalan itu di tanya.
Pada hemah saya soalan itu ada kalanya mendapat jawapan spontan dan ada kalanya ia dijawab agak senafas dua selepas pertanyaan diajukan.
Soalan ini jarang difikirkan oleh anak-anak, (termasuk saya sendiri semasa umur dewasa muda). Masa dan fikiran tertumpu pada hal kehidupan masing-masing sama ada sudah berumah tangga atau belum. Dunia persekitaran pun tidak membantu menarik perhatian anak-anak untuk befikir ke arah kesejahteraan dan kebajikan emak ayah. Ini benar terutamanya jika status ekonomi emak ayah tidak menjadi masaalah pada anak-anak. Atau pun anak-anak ambik mudah dan mengandaikan emak ayah okay sahaja jika mereka tidak berkata apa-apa.
Jika anak-anak berjaya dalam kehidupan dan berpelajaran tinggi isu "apa ada pada emak ayah" menjadi suatu yang tidak penting atau kurang penting untuk direnungi, seolah-olah bukan satu isu pun dalam menjalani hidup harian. Ini rumusan yang saya buat setelah beberapa lama menjadi "orang tua" dan sering juga bertukar-tukar pendapat dengan kekawan sebaya semasa bertemu santai di sana sini. Ada kekawan yang sentiasa diambil peduli oleh anak-anak dan sejak anak-anak berkahwin pun dia (ibu tunggal) tidak pernah ditinggalkan berseorangan waktu malam. Mereka memastikan ada anak yang menemani walau mereka sibuk sekalipun. Amat bertuah ibu ini.
Ada anak-anak yang berpelajaran tinggi, bekerja sendiri dan kekawan sekerja terdiri dari mereka yang berada dan dan berupaya, menganggap emah ayah tidak perlu tahu apa yang berlaku pada kehidupan mereka. Jika mereka melancung ke luar negara pun mereka tidak memberi tahu emak ayah. Maka terasalah hati emak ayah kerana sudah dianggap seperti melukut di tepi gantang...... tidak menguntungkan dan tidak merugikan.
Secara rambang saya dapti ramai juga anak-anak muda yang tidak sensitif pada isi hati emak ayah. Mak ayah hidup dalam zaman teknologi belum canggih. Apa tah lagi kalau emak ayah kerja kampung dan membanting tulang empat kerat untuk menyara hidup anak-anak. Ada anak-anak yang tidak ambil peduli secukupnya. Ada yang peduli setakat memberi wang ringgit tetapi tidak sering menziarahi emak ayah atau menalipon mereka. Ada emak ayah yang tidak menggunakan talipon. Maka mereka memendam rindu pada anak-anak..........
Foto hiasan ehsan carian google.
Dari sudut lain pula ada anak-anak yang beranggapn ilmu dan pengalaman emak ayah tidak mencukupi untuk mereka bertanya pendapat dan untuk mereka berunding penuh atas sesuatu hal dalam perjalanan hidup harian. Maka ada emak ayah yang berasa hati kerana seperti di pinggirkan kerana dianggap tiada upaya langsung untuk membantu anak-anak membuat keputusan dalam sesuatu hal hidup dan kehidupan. Emak ayah ingin sangat mahu "masuk campur" dalam membuat sesuatu keputusan kerana ada kalanya mereka merasai lebih tahu dan lebih berpenglaman dalam sesuatu hal. Mereka rasa dipinggirkan dan emak ayah rasalah seperti sudak tidak lagi relevan dalam hidup mereka.
Maka sayulah rasa hati dan terkenang-kenang semasa mengandungkan mereka 9 bula lebih dengan penuh susah payah saban hari. Hanya berlenangan air mata......... namun tetap mendoakan kesejahteran anak-anaknya hingga ke Syurga.
Media massa dan media sosial tidak cukup peduli menegur fenomena ini. Kecanggihan hidup yang mengutarakan status sosial dan pemilikan harta benda yang sering diceritakan, secara langsung atau tidak langsung.
Maka fikirkanlah sendiri. Anak-anak muda pun mungkin tidak akan membuka Blog atau FB atau apa jua yang biasa-biasa bahan tulisannya dan penerbitannya. Tiada pula diselangi dengan iklan-iklan yang memaku perhatian dan memaku hati dan rasa.
It sahaja coretan kali ini.....
Semoga ada hikmahnya kerana Allah sahaja yang maha tahu dan maha bijaksana.
......
No comments:
Post a Comment