"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 17, 2018

Yang bermegah-megah dan yang ketakutan.....






Malam Isra' dan Mi'raj baru sangat berlalu...... menyingkap kehebatan Kerajaan Langit.

Allah maha berkuasa atas segala yang di Langit dan di Bumi, dan apa jua yang manusia hingga kini belum menemuinya. Jika ingin membanding kekuasan yang Allah pinjamkan pada manusia, mustahil ada perbandingan.


Menyebut tentang kuasa dan berkuasa, hari ini kita tidak lari dari cerita PRU14.....

Saya tidak bertujuan berkempen cuma ingin berkongsi sedikit pemerhatian rambang mengenai sikap dan pemikiran rakyat di negara kita kini. Ada yang rasa terlalu yakin dan bermegah dengan hujahnya tentang parti yang akan diundinya. Yang ini saya dapati ia adalah pendapat dan sikap yang menyokong Parti Umno dan BN. Bukan mudah hendak menjatuhkan seseorang yang memegang kuasa kerana sudah berkuasa dan Umno/BN tidak pernah kalah sejak ia ditubuhkan.

Tetap belum pernah kalah tidak bererti tidak boleh kalah.....

Ada pula golongan yang tidak suka pada Umno/BN kerana sudah mula merasai masaalah hidup harian tetapi mereka ini khuatir dan takut jika Umno/BN tidak menang DAP akan bermaharaja lela menguasi orang Melayu dalam Parti yang baru sangat bergabong. Katanya DAP tidak boleh dipercayai.


Ada yang rasa pendapat ini keterlaluan kerana DAP bukan komponan yang terbesar dalam gabongan yang baru tertubuh. Dan juga mereka mengatakan DAP tidak akan khianat kerana pemerintah yang baik akan berpegang teguh pada Perlembagaan Malaysia yang menjadi asas perundangan Negara. Jika orang Islam kuat, berilmu, berwibawa dan berakhlak mulia, adil dan tidak zalim.... saya percaya DAP tidak berani angkat muka.


Tetapi ada yang akan terus sangsi malah rasa amat takut....


Mereka yang sangsi dan lantas takut kerana mereka tidak tahu atau tidak percaya bahawa sekarang ini yang merudumkan Melayu ialah or
ang Melayu sendiri kerana mereka yang memerintah dan berkuasa. Bukan DAP yang mengkhianati Melayu. Contoh yang mudah ialah kes Peneroka Felda. Hakmilik Tanah tergantung dan hutang peneroka belum terselesai dan jika tiada perubahan cara mengurus, besar kemungkinan mereka akan kerugian sepenuhnya. Kasar bahasa, FELDA bolih lingkup dan bolih lesap terus.

Kasihan pada orang-orang FELDA......

Kalau tidak faham masaalah Felda yang mudah, mana mungkin golongan ini faham mengenai masaalah yang lebih besar dan rumit yang berkaitan dengan hal 1MDB, ekonomi, Perbankan dan hutang negara dan yang lainnya.

Kasihan orang Melayu......

Tetapi hairannya,.....  ada kumpulan bijak pandai, memegang jawatan tinggi yang kita boleh golongkan mereka sebagai elite, kumpulan ini nampak steady, gagah dan konfiden. Tetapi mereka ini juga rasa ketakutan. Kita boleh tahu mereka ketakutan kerana mereka mengatakan kemajuan badan-badan seperti Tabong Haji akan terjejas jika pembangkang menang. Besar kemungkinan katanya jika pembangkang berkuasa apa jua yang  di nikmati oleh Pedeposit sekarang akan tidak berterusan.

Betulkah dakwaan ini......

Saya bukan pandai menganalisa dan bukan pandai menjangka "personaliti profiling" untuk mengatakan mereka ini takut. "It is just gut-feeling". Mereka ini takut atas sebab-sebab peribadi yang mereka sendiri yang tahu.

Entahlah......Allah maha mendenar dan maha melihat. Padanya kita menaruh segala harapan semoga Malaysia bergerak maju dalam aman damai dan sentiasa diredhainya.


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails