Perjalanan dari Surat Thani ke Songkhala amat memenatkan......5 jam dalam kiraan saya. Di Surat Thani tidak ramai orang Islam tetapi kesan Hindu lebih jelas.
Kami dibawa ke Kedai Makan yang amat sedehana dan menjamu selera makanan laut. Alhamdulillah, perbezaan yang menyenangkan. Tidak mudah mencari Masjid dan kami solat jama' Zohor Asar di sini seadanya.
Kami tinggalkan Surat Thani.
Berhenti makan di perjalanan.
Berhenti melihat dan membeli barangan jualan penjaja Kelapa Laut.
Sedap minuman air sira kelapa laut dan kami membawa pulang gula
seperti gula melaka.
Ini van yang selesa yang kami sewa. Namun duduk lama masih letih juga.
Kami hanya putar-putar sahaja di Songkhla dan hanya
berhenti Solat di Masjid.
Mudah mendapatkan Masjid dan Restaurant Islam.
Selepas Songkhla kami terus ke Hat Yai.
Kami singgah makan di kedai-kedai makanan di depan Pantai.
Antara pemandangan indah yang saya rakam di Hat Yai.
Barisan bunga-bubga warna warni di sepanjang jalan dan akhir sekali
di tepi pantai merakam patung kepala naga.
di tepi pantai merakam patung kepala naga.
Entah berapa kali pelancung Malaysia ke Bandar Songkhla dan Hat Yai. Saya pun sudah beberapa kali sejak bekerja dahulu. Ramai yang suka membeli belah kerana harga barangan terutamanya pakaian dan beg tangan amatlah murah dan berkualiti walaupun kami tahu itu hasil tiruan.
Kali ini saya tidak membeli apa pun.
Maklumlah nilai wang ringgit kita sudah rendah berbanding Thai Baths.
Semoga Malaysia dapat bangkit semula dalam masa terdekat ini dengan kepimpinan yang berwibawa, berintergriti, beriman dan bertaqwa.
Aamiin ya Rabb......
........
No comments:
Post a Comment