"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, April 19, 2018
Mood sekarang hingga Ramadhan 1439 Hijrah....
Mood di luar sana tegang dan muram.... mood PRU14....
Mood saya sendiri pun kekadang relax dan kekadang bengkek juga, sebab rasa tak seronok negara tercinta seperti dalam "bahaya"......
Bahaya yang tidak dapat diduga kerana jika suasana politik tidak menentu, besar kemungkinan keselamatan juga tidak menentu. Kekadang saya pesimis juga kerana saya tidak melupai peristiwa 13 Mei 1969. Saya ditahun 1, University Malaya dan tidak dapat duduk di asrama. Maka saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri permulaan huru hara yang berlaku. Sejarah yang tidak dapat saya lupakan.
Saya rasa tersedih jika berlaku lagi rusuhan kerana kali ini bukan antara Melayu dan Cina tetapi saya merasai seperti akan berlaku antara Melayu dengan Melayu.Saya takut......
Semoga Allah jauhkan apa jua yang tidak menyenangkan Rakyat.....
Sejak lima tahun yang lalu bila sampai ketibaan Ramadhan alMubark kekawan saya akan mengajak saya bersedia menyambut bulan yang Mulia ini. Mereka nasihat saya melancar alQuran, seperti seorang yang memandu kereta harus masuk gear 3 semoga sampainya Ramadhn kita laju dengan gear 4 dan dihujung akhir 10 Ramadhan kita dalam gear 5.
Sedih juga kerana sekarang ini mood amat berlainan.....
Saya dan kekawan suka berterus terang dan bila berpeluang berjumpa kami bincang juga hal politik. Berbagai hujah yang kami bicara ikut kemampuan dan kekadang rasa kecewa juga bila pendapat tidak sealiran. Mana mungkin kita bersetuju semua hal kerana Ilmu dan Pengalaman kami tidak serupa. Tetapi kami tidak bermasam muka. We agree to disagree.... dan berhenti di situ.
Dalam kumpulan Whatsapp juga berbagai pendapat. Kami di minta oleh administrator jangan berdebat politik di situ. Kami akur tetapi ada yang terlepas sabar. Kesabaran adalah fakta yang besar dalam menghadapi PRU 14 ini dalam hemah saya kerana ada saranan yang tidak masuk akal sama sekali. Tetapi siapakah kita yang hendak mengatakan sesuatu hujah itu tidak masuk akal. Tidak rugi saya mengambil kertas bawah Professor DiRaja Ungku Aziz semasa Tahun1 di Fakulty Ekonomics and Public Adminitration mengenai "The Falacy of Logics". Ramai kita yang tidak menyedari diri bila berkata sesuatu ia munkin namapk logik tetapi sebenarnya dia tidak benar. Sesuatu yang logik tidak semestinya benar.......
Maka saya bertekad diri untuk membiarkan PRU berlalu dan fokus pada Ramadhan alMubarak. Semoga kesampaian dengan Rahmat Allah dan semoga tibanya Ramadhan Allah kurnia Malaysia yang tercinta ini kememanag pada kumpulan yang terbaik untuk Rakyat dan terbaik di sisi Allah jua.
Saya berpegang pada prinsip yang saya fahami dalam Islam....
Jika ada yang baik, maka pilih yang terbaik. Jika tidak ada yang baik, maka pilih yang kurang keburuknnya. (Choose the lesser evil)....
Dan jika ada program yang mengatakan ia dirancangkan untuk kebaikan tetapi didalamnya juga penuh keburukan maka saya pilih mereka yang akan membenteras keburukan. Ini adalah kerana dalam pegangan ilmu fiqh antara amal makruf dan nahi mungkar, kita mesti dahulukan nahi mungkar.
Dan prinsip tamabahan saya ialah dalam PRU14 ini, "Time is the Essence". Kita fikirkan dan selesaikan dahulu masaalah yang amat genting sekarang. Itu lebih wajar dari apa yang disaranankan untuk hari esuk atau lusa, iaitu masa jangka panjang. Survival amat penting dan ia harus terlaksana sekarang. Hentikan yang buruk sekarang.
Dan kita sudahi tekad kita dengan ikhtiar yang termampu dan berterusan berdoa. Apa pun yang manusia rancang, Allah itu maha perancang. Allah yang maha Mengetahui yang tersmbunyi dan yang nyata. Tidak perlu berbohong kepada sesiapa dan termasuk diri sendiri. Allah maha Mendengar dan Allah maha Melihat. Yakin pada kuasa dan kehendak Allah maka in sha Allah kita selamat dunia akhirat kerana Allah itu maha Bijaksana dan maha Adil.
Semoga Allah memilihara Rakyat Malaysia dan menunjuki jalan yang Benar.
Yang Benar tetap Benar dan yang Batil Tetap Batil.
..............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment