"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 6, 2018

Bila sakit itu nikmat......






Sekembalinya dari Surat Thani jejari kaki suami saya terutamanya ibu jari kaki menjadi amat bengkak dan rasa amat sakit. Sememangnya sudah terjadi 'diabetic ulser' dan perjalanan lama dan jauh yang menaiki van  memberi tekanan yang memberatkan lagi masalah yang sedia ada.

Maka pada akhir minggu lepas saya ke Bahagian Kecemasan di Pust Perubatan University Malaya PPUM. Setelah menjalani berbagai pemeriksaan suami saya diarah masuk Wad untuk pembedahan Ibu Jari kaki kanan.

Kali ini kami tidak lama menunggu dan dalam masa 3 jam suami saya sudah berada di wad Othopedik. Ia berkongsi sebilik empat orang. Walaupun temapat orang sakit, suasana agak selesa kerana berhawa dingin dan bersih. 




Oleh kerana ramai pesakit dan mungkin tidak cukup dewan bedah dan 
doktor pakar, maka suami saya kenalah bersabar menunggu giliran 
untuk pembedahan. Hanya pada hari ke tiga jam 3.30 pagi suami
 di tolak ke bilik bedah. 
Alhamdulillah jam 5.30 ia berada balik di bilik wad biasa.



Tengah hari itu saudara terdekat datang ziarah. Cucu saudara dari
 Kota Tinggi dan isteri juga datang. Ditakdirkan dia berada di Shah Alam. 
Suami saya rasa agak riang dikunjungi adak perempuanya bersama
 suami dan anak lelaki.



Seronok sekali bila cucu sulungnya datang bersama ibunya.
 Anak lelaki saya juga datang.



Ini pemandangan luar tingkap tingat 8 Menara Utama waktu senja.
Saya bermenung diri menemani suami hingga jam 8 malam.

Terlintas di hati bagaimana mensyukuri hudup ketika Allah uji dengan sakit.
Dalam bilik ada 4 pesakit lain. Semuanya masaalah kencing manis. Dua pesakit berumur 52 tahun. Yang seorang keturunan India. Yang seorang lagi berumur 45 tahun dan sudah melalui dialysis. Ibu jari kaki sudah juga dipotong dan kali ini ia masuk wad kerana luka-luka di lutut yang agak serious. Saya mendengari rintihan isterinya yang saya rasa belum 40 tahun umurnya. Dua hari saya tunggu suami saya dari 
jam 12 tengah hari hingga jam 7 malam. 

Saya tidak nampak yang Muslim solat. Suami saya ingin menasihati kerana kami sudah jauh lebih tua. Kami 71 tahun dan kalau ikut kiraan tahun Hijrah kami sudah 73 tahun.
Tetapi tidak terbuka mulut. Saya dapati di dinding bilik ada disediakan oleh PPUM alat wudhu dengan spray jika tidak mampu ke bilik air. Saya puji PPUM dalam hati. Peka dan peduli kebajikan pesakit.

Bagaimana menghayati erti kesyukuran atas apa jua ketentuan Allah.
Bersusah payah berusaha untuk solat adalah antaranya.
 Itu fikiran saya. Saya rasa amat khuatir saya tidak punya
 kekuatan iman bila benar-benar diuji sakit.
Sebenarnya saya juga diabetik dan saya yakin Allah izin saya dapat bertahan.
Sakit menguatkan tekad untuk redha pada Allah. Itulah Nikmat.
Semoga Allah tingkatkan Iman dan Taqwa dan semoga Allah 
kurnia kesihatan dan kekuatan untuk mengurus diri hingga ke akhir Hayat.
Aamiin ya Rabb.


...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails