"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 9, 2019

Korperasi Subur Fitrah.... menguji kebijaksanaan.





Kami pulang lewat ke kuala Lumpur pada malam Sabtu yang lalu. Terasa kepenatan minda seharian memikirkan bagaimana kami mahu menjayakan projek Koperasi yang kami mulakan 2 tahun yang lalu. Ini tahun ketiga.

Namun kami bersyukur kerana Allah mendatangkan pertolongan dari berbagai segi.

Pada awal Sabtu saya dan partner serta Pengerusi berbicang bagaiman kami akan membentangkan program untuk tahun 2019 ini yang akan di teliti oleh wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dalam Mesyurat Agong Tahunan pada petangnya  kami agak rasa lega dengan kehadhiran wakil SKM yang bersifat positif dalam usaha mahu membantu kemajuan sesebuah koperasi. Kami mesyuarat dengan korum yang yang mencukupi yang kami khuatir memikirkan sebelum itu kemungkinan tidak mendapat bilangan yang dituntut hadhir. Alhamdulillah mesyuarat bolih diteruskan. Bersyukur Allah memudahkan.


Saya diminta menjadi pengerusi mesyuarat pada hari itu. Pengalaman dalam
 kerja-kerja koperasi amat sedikit sekali. Mujur juga pegawai
yang mewakili SKM
 membantu kami dengan penuh keperhatinan dan kesabaran.
Dalam foto di atas wakil SKM bertudung merah dan saya duduk di kanannya.
Mujur saya ada pengalaman bekerja dan mudahlah juga saya
 mengendali perjalanan mesyuarat walaupun saya kurang pengalaman
 dalam hal ehwal koperasi. Dengan panduan SKM mesyuarat dapat
 mengesahkan minit mesyuarat
 tahun lepas dan meluluskan laporan kewangan, dan juga memilih
 Ahli Lembaga Koperasi Subur Fitrah yang baru.
Cadangan program untuk tahun 2019 
juga dapat diputuskan dengan harapan ia dapat dilaksana sebaiknya.

Setelah mesyuarat di tangguhkan kami sambung pula dengan mesyuarat 
Ahli Lembaga Koperasi Subur Fitrah yang pertama tahun 2019.
Alhamdulillah semuanya selesai jam 5 petang diikuti dengan jamuan ringan.



Ini sebahagian dari ahli koperasi yang hadir.





Sebelum bersurai kami rakam foto kenenagan
denagan wakil SKM bertudung merah.


Ini foto Datin Noraini Md Top penggerak utama Koperasi kami ini.
Alhamdulillah. Semoga Allah terus memudahkan dan semoga
Koperasi Subur Fitrah ini menapak kehadapan dengan baik demi menambahbaikan
Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah yang kami urus sekarang ini.

......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails