"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 3, 2019

Menguji Kederat @ Gua Tempurung Gopeng, Perak.





Alhamdulillah. Tidak menyangka satu hari akan sampai juga ke sini. Pernah mendengari wujudnya tempat ini tetapi tidak pernah tergerak untuk mencari. Apatah lagi diumur senja sekarang ini. Manakan mampu panjat gua .... kata hati kecil.

Dengan izin Allah saya ikut anak saya bercuti membawa-anak-anak ke mari. Saya rasa cuak untuk mencuba masuk mendaki gua ini. Anak saya iklan bermacam-macam keseronokan.

Oh tidak. Saya dan suami katakan tidak. Tetapi lepas dipujuk-pujuk maka kami bersetuju untuk mencuba ke paras yang terendah mungkin.



Keluarga tersayang. Saya setuju mencuba walaupun saya tidak berpakaian
 yang bersesuaian untuk memanjat gua.


Ini di mulut gua. Lihat cucu-cucu saya. Yang di hadapan
 tertua berumur 13 tahun.


Anak saya jadi ketua. Anak memantu saya jaga anak-anak yang kecil.


Ini antara yang saya rakam di dalam gua.


Saya dan suami hanya mendaki ke tingkat kedua sahaja walau pun kami 
sudah bayar tiket untuk setingkat lagi.
Cukup bagi suami dan saya.


Kami rakam foto ini untuk kenanagan. Lepas ini saya dan suami 
mendaki turun untuk keluar dari Gua.


Gelap foto ini. Kelihatan samar-samar. Mula-mula suami saya
 enggan naik ketingkat ini. Akhirnya setuju dan ambil foto.
Tetapi gelap tidak nampak rupa. Tidak mengapa semua tahu
 Tok Ayah ada bersama.





Saya dan suami turun dan keluar untuk berehat dan minum air kelapa.
Ini antara pemandangan di Luar Gua. Cantik kan....?


Anak dan cucu panjat hingga yang tertinggi. Tetapi mereka tidak mengikuti program yang benar-benar mencabar dalam gua itu. Siapa yang berminat boleh Google untuk maklumat lanjut.
Kalau saya muda pasti saya ikut aktiviti yang mencabar minda dan tenaga.

Kami semua pulang lebih kurang jam 3 petang dan berhenti 
makan durian kampung di tepi jalan.



Alhamdulillah kami sampai di rumah jam 8 malam dalam keadaan 
jalan sesak yang amat sangat.

Hingga lain kali, Salam.


........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails