"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 19, 2019

Akhirnya sampai hajat @ Masjid..........


A001

Dari rumah di Putrajaya lagi saya sudah kata pada anak saya supaya jangan miss melawat Masjid Kristal dalam perjalanan jalan-jalan cari ilham. Beberapa tahun lalu saya pernah ke Kuala Trengganu tetapi tidak kesempatan menghampiri Masjid yang terkenal ini. Maka hari itu setelah selesai majlis perkahwinan cucu saudara saya, saya pun minta anak saya jalan-jalan lihat-lihat sebelum menuju ke tapak Masjid Kristal itu. Kami putar-putar dan berhenti di tepi tempat bot-bot ini berlaboh.



Ada tempat makan layan diri dan suami saya mencuba mee hoon soup. Boleh lah...... Tidak mengancam tetapi cukup untuk selera yang sedang agak ketagih makan-makan dipercutian. Lepas itu barulah kami ke tapak Masjid. Oleh kerana kereta tidak boleh masuk dekat,  maka saya dan suami tunggu sahaja di kereta kerana cuaca sangat panas buat keselesaan kami. Anak dan cucu masuk kekawasan Masjid. Cantik katanya dan menghantar foto di bawah ini buat simapanan saya.




 Foto yang ini saya ambil dari dalam kereta. Nampak klasik kan.....
Puji sendiri, seronok sendiri. 



Cucu saya yang seronok tanpa memahami misi memasuki
 Masjid yang terkenal itu.


Masjid ini klasik walau pun saya lihat dari jauh. Pasti cantik di dalamnya.
Di negara kita kini banyak dibina masjid cantik-cantik. Itu kata penceramah yang saya dengari dari masa kemasa. Tetapi kalau cantik sahaja tetapi kosong maka amat rugilah kita. Dalam satu penulisan saya terbaca katanya kaum Yahudi Zionist tidak gentar dengan orang Islam selagi orang Islam belum
berduyun-duyun memenuhi masjid waktu Subuh seperti mereka memenuhi masjid ketika Solat EidulFitri atau Eidul Adha. Memang susah untuk bangun ke Masjid watu Subuh pagi. Mereka yang bangun untuk Solat Subuh di Masjid pastinya terdiri dari mereka yang bangun malam untuk Solat Tahajud. Begitulah ia diandaikan. Maka golongan orang-orang ini memnag komitted dengan Islam.

Apabila komitted dengan Islam dan kuat mengikuti Sunnah Rasulullah Sallahualaihiwasalam pasti mereka ini tidak boleh dikotak-katikan oleh sesiapa pun, kawan atau lawan.
Maka dalam perjuangan kita mahu membina negara, kita harus terlebih dahulu komitted dalam membina kekuatan diri zahir dan batin. Barulah kita boleh bertikad jika ada musuh menentang kita tidak gentar. Membujur lalu, melintang patah. Tidak kira siapa. Musuh munafik dari dalaman atau musuh yang jelas kuffar.

Dalah sejarah perjuang Islam zaman Khalifah Saidina Omar alKhatab, beliau akan senyap-senyap meninjau dan mengintip khemah askar-askar beliau waktu malam untuk melihat siapa yang bangun malam untuk Tahajud mengabdikan diri pada yang maha Pencipta. Orang-orang inilah yang beliau pilih untuk menduduki barisan hadapan semasa berperang menentang musuh. Beliau amat yakin orang-orang inilah yang akan menunjukan semangat juang untuk bermati-matian berjaya mendapat kemenangan. Dan orang-orang ini amat gembira terpilih menduduki barisan hadapan kerana amat kuat semangat jihadnya dan amat mengharapkan jika mati maka mereka diiktiraf mati syahid di jalan Allah swt jua. Begitu tinggi akhlak dan semangat mereka. Harus kita fikir-fikir untuk mencontohinya.

Mohon Tufiq Hidayah Mu Ya Rabb.....


.......................................

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis, semasa Masjid Kristal baru siap, saya pergi menziarah, tapi masa tu masjid ni sungguh kontroversial, mereka kata mesjid ini bukan untuk solat...


ngasobahseliman said...

Salam Sis. I oun dengar sama. Dulu pun ada peluang tapi bila dengar kontrovercy hati jadi tawar. Tapi bila dah tua-tua ni, hati lembut sikit. Jadi teringin nak tenguk. Tapi kederat kurang. Tenguk dari jauh saje. Apa pun. Bersyukur Allah masih bagi peluang untuk aktiviti yang lainnya. Semoga denagn hati ikhlas dan Allah redha.
Semoga sis you sihat-sihat.

Related Posts with Thumbnails