"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 27, 2019

Inikah akibatnya?... ?


A001






Kebelakangan ini saya suka mendengari ceramah-ceramah di utube yang berkaitan dengan bagaimana anasir Jinn, Iblis Syaitan mempengaruhi cara pemikiran tamadun manusia umumnya dan bagaimana anasir itu mahu menyesatkan manusia supaya engkar pada Allah swt secara total. Kita amat disibukan dengan usaha-usaha mahu membangun secara pesat untuk mendapatakan kesenangan hidup yang ada didunia ini. Semua fikiran terfokus pada kesenangan dan kemewahan dan jika kita gagal maka binasalah segala-galanya.  Hidup ini seperti tidak ada erti jika tidak mewah dan kaya dan hidup bergaya. 

Maaf, ini pemerhatian saya dan mungkin saya kurang tepat dalam pemerhatian itu.

Siapa yang mendorong manusia, termasuk sebilangan besar kita, untuk bermati-matian mengejar apa yang dipercayai dapat membahagiakan hidup kita sekarang ini. Sepertinya amat sedikit sekali manusia yang memikirkan apa yang sebenarnya kebahagiaan itu dan adakah ia suatu yang kekal.........
Ada ahli  dalam keluarga saya yang mengatakan saya terlalu berfikiran "senget" kerana saya sekarang dalam alam "persaraan". Jika tidak aktif berbuat itu dan ini maka saya hanya nampak seperti ramai dalam masyarakat kita yang dibuai kesenangan semata-mata.

Mungkin betul katanya itu...... cuba fikirkan.

Dalam persaraan saya masih jauh dari memahami kesemua fenomena yang ditebar terus oleh anasir pemikiran seperti itu. Katanya kita jangan takut melihat fenomena baru dalam gerakakan manusia mahu mencapai kejayaan hidup yang luar biasa .....iaitu kejayaan hidup yang makin dipengaruhi oleh kemudahan mengambil tindakan kerana adanya perkembangan sains dan teknologi yang dapat membantu dalam hampir semua aspek kehidupan.

Tetapi dalam kefahaman yang sedikit ini pun sudah membuat saya berat berfikiran setiap hari mencari jawapan adakah  sesuatu fenomena yang luarbiasa penampilannya itu adalah tebaran atau rasukan pemikiran Jinn Iblis dan Syaitan.  Saya amat sedikit Ilmu dalam hal ini. Tafsiran ayat Quran yang menceritakan Iblis enggan sujud bila diperintahkan Allah ketika Adam diciptakan pun saya belum dapat menghalusinya. Jika demikian maka bagaimana saya dan mungkin ramai antara kita tidak mampu mendapatkan pemikiran  yang sihat dan sejajar dengan apa yang dituntut dalam alQuran dan hadith.

Mana yang betul dan mana yang salah. Mana yang hitam dan mana yang putih. Ibaratnya begitu.


A036
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Fussilat 41:36

A062
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
(Yaa Siin 36:62) |

Saya cuba memahami ayat-ayat di atas dalam konteks apa yang sedang berlaku dalam negara Malaysia kita. Saya pening juga memikirkannya. Saya berfikir-fikir sekarang ini  mengenai apa yang berlaku di kalangan aktivis politik  dan ahli politik dan juga orang awam. Mengapakah baru sekarang ramai yang hendak mempersoalkan itu dan ini hampir setiap hari. Semasa Pemerintahan Kepimpinan yang lalu dan sebelum Pru14 tidak banyak kita mendengari segala bentuk perselisahan yang ada sekarang.

Mungkin ada cuma saya yang tidak mendengari........

Saya sibuk mendengari hanya beberapa ketika sebelum PRU14 dan selepas itu. Maka entry saya kali ini cuma mahu meluahkan fikiran dan bertanyakan kegawatan negara Malaysia kali ini disebabkan fakta APA dan oleh SIAPA.

Dalam masa yang sama saya mengikuti juga sedikit-sedikit apa yang berlaku dalam senario politik antarabangsa terutamanya kegawatan politik anatara negara berkuasa besar seperti Amerika dan China dan Iran dan juga antara Israel dan dan syria dan berbagai lagi. Kekadang saya rasa seperti sesak dada cuba memahami dan cuba mencari kebenaran dan berfikir apakah kaitannya dan impaknya pada kegawatan politik dan ekonomi yang melanda kita sekarang ini ramai kita yang rasa berat memikulnya. Pada hemah saya kebenaran hanya terletak pada samaada mereka yang bertelagah itu memahami siapa PENCIPTA mereka. Semua mereka seolah-olah percaya kekuatan mereka terletak pada ILMU yang unggul (walaupun tidak benar), dan pada kekuatan Ekonomi dan Ketenteraan.

Maka timbulah teori-teori konspirasi. Saya tidak dapat berhujah panjang kerana saya hanya mendengari dan tidak membuat kajian dan tidak pula menganggotai mana-mana pertubuhan dan kumpulan yang mempunyi kemudahan untuk lebih tahu apa sebenarnya yang dikatakan konspirasi dalam dunia Tamadun Manusia sekarang ini. Yang saya pasti hanya satu, iaitu ada Negara yang bersendirian atau bergabong yang mahu menawan pemikiran manusia sedunia seluruhnya dan menguasi segala fakta dan sumber-sumber yang diperlukan untuk hidup....antaranya kuasa tenaga, sumber air, sumber makanan dan yang lainya.(Survival of the fittest). Mereka memegang prinsip "Siapa Kuat Dia Dapat". Jika tidak ada,  maka akan musnahlah mereka dari muka bumi ini.

Yahudi Zionist yang dihadapan sekali dengan konspirasi ini. Diikuti pula dengan Zionist-Zionist yang lainnya. Dan jangan terperanjat jika ada orang mengatakan bahawa di Malaysia ini ada juga Zionist yang pandai menyamar identiti mereka. 

Dalam pada itu saya mendengari juga sedikit-sedikit hal-hal cerita atau fakta mengenai kehidupan Akhir Zaman. Saya rasa takut medengarinya kerana Ustaz dan Shaikh yang memperkatakan hal ini percaya bahawa fakta Akhir Zaman ini sudah mula dirasai dan penghujungnya akan berlaku bila-bila masa sahaja. Sudah banyak petanda kata mereka. Saya rasa takut dan khuatir....

Adakah apa yang berlaku di luar sana dan di Malaysia juga sudah menampakan fenomena Akhir Zaman tetapi belum diyakini oleh ramai manusia dimana jua. Ketidak- setabilan ekonomi dan kegawatan politik serta keadaan cuaca yang tidak menentu, adakah ini fenomena Akhir Zaman yang Malaysia sudah rasai? Sama-sama kita perhatikan kerana semua kita akan terlibat sama ada menemui ajal mati sebelum barakhirnya zaman  atau ada diantara kita yang akan melalui peringkat-perinkat akhir zaman dan jika tidak bersedia maka akan terkandaslah kita. Tidak ada U turn waktu itu.

Maka ustaz saya menasihatkan kita pelajari dengan lebih lanjut apa itu fakta Akhir Zaman dan memahami juga apa itu hari Qiamat.

Jom kita serious mencari Ilmu dan memahaminya semoga tidak rugi dan tidak berakhir dengan kesudahan yang mengerikan. 

Allahu'lam......

Mohon perlindungan Mu ya Rabb......


.............................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails