"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, January 1, 2021

New Year's Eve 2021 beranikan diri....@ mengatakan sesuatu yang BERSERABUT di hati.



Bismillah Calligraphy 76.svg


Teringat semasa bekerja dahulu di malam tahun baru.
Saya tidak niat ingin cerita di sini. Hanya ingat sendiri. Cuma insaf semoga tidak akan berulang masa berlalu tanpa sesuatu yang bermunafaat untuk diri dan untuk mereka di sisi.
Semoga tahun 2021 dan semoga seterusnya Allah kurnia umur yang bermunafaat.
Dan bila berakhir semoga Allah telah Redha kesemuanya dan semoga
dapat bersama Rasulullah saw di Syurga Firdaus dengan semua yang saya amat sayangi.

Sementara itu saya mahu cekalkan hati meneruskan kehidupan ini dan semoga Allah memudahkan segalanya. Ada kalanya hidup ini seperti sukar dan amat mencabar kesabaran. Saya dengari nasihat ustaz supaya sentiasa bersyukur. Tiada sesuatu yang berlaku yang Allah Izin berlaku tanpa hikmahNya. Kata Ustaz lihat dengan mata hati dan sentiasa memuji
kebesaran Allah yang menjadikan segalanya semata-mata untuk mengabdikan diri padaNya. 
Kata Ustaz orang yang hebat adalah orang yang boleh menahan hawa nafsunya dari sesuatu yang berakibat buruk dan juga orang yang hebat itu adalah orang yang yang bermunafat pada dirinya dan bermunafaat untuk orang lain. Hidupnya sentiasa berbagi dan berkongsi segalanya yang membawa kebaikan. Mereka benar-benar ikhlas kerana Allah....bukan mengejar kepentingan diri sendiri dan keluarga sahaja.

Dunia sekarang sedang bergolak dengan berbagai kejadian. Covid19 masih menakutkan.
Bilangan kes baru pada 31 Disember 2020 ialah 2525, tertinggi dalam sehari.Kesan akibat serangannya amat dirasai disemua sudut. Ekonomi negra dan Ekonomi Dunia hampir semuanya terjejas. Dari segi politik begitu juga. Saya tidak berapa ambil hirau politik dunia kerana sudah tidak tertanggong rasanya memikirkan politik negara sendiri yang tidak menampakan sesuatu yang positif yang akan berlaku untuk semua golongan rakyat. Mungkin dikalangan pemimpin politik di semua golongan Parti mereka medapat habuan dan 
kemewahan yang amat lumayan dan sebab itu mereka akan bertindak untuk menentukan mereka tidak akan kerugian sama sekali. Biar rakyat menderita asalkan mereka dan keluarga terdekat mereka hidup mewah seperti sediakala. Semoga yang saya dengari ini tidak betul.

Dalam pada itu cerita-cerita dimedia massa mengenai rasuah dan salah guna kuasa semakin kuat kedengaran. Rasuah atau yang sejenama dengannya di banyak hal sering kedengaran. Rakyat biasa macam saya hanya mengurut dan beristighfar semoga Allah akan hapuskan akhlak yang durjana ini. Baru-baru ini timbul pula isu daging tidak halal tetapi diberi jenama Sijil HALAL dan orang seperti saya ramai yang terkorban makan daging yang dikira bangkai kerana tidak disembelih dengan nama Allah. Semoga isu ini akan selesai segera dan rakyat tidak sentiasa rasa was-was dan dapat hidup aman dihati.

Memikirkan keadaan yang sedang berlaku, saya rasa seperti hidup dalam kegelapan. Fenomena Akhir Zaman yang Ustaz-ustaz dakwahkan semakin nampak jelas. Belum gelap matahari tetapi GELAP HATI ketakutan dan kebingungan dan dirasai makin hari makin nyata sekali. Semoga Allah mengampuni dan Allah kurnia ruang dan peluang untuk memperbaiki diri dan mohon Redha Allah yang akan kita bawa Mati.

Semoga Allah tidak mencabut taufik dan hidayahNya buat kita semua dan semoga kita sentiasa dalam Iman dan Taqwa dan semoga Allah sentiasa mengurnia Kasih SayangNya yang membuat kita rasa tenang walaupun harus melalui berbagai ujian.
Sebagai hamba Allah yang amat fakir saya sentiasa rasa khuatir waktu ini kerana timbul banyak isu yang mencabar keimanan kita. "Dasar" bertolak ansur dengan lain-lain agama sudah silap ditafsirkan. Ada di antara kita yang mempelajari berbagai agama supaya "lebih bertoleransi" hinggakan keyakinan yang Allah tanamkan dalam hati semasa di alam Ruh lagi sudah kita tinggalkan. Kita mudah terikut-ikut dengan alasan berbaik sangka.
Jom kita ingat kembali ikrar kita bila Allah tanya:

A172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

(Al-A'raaf 7:172) |


Tetapi ramai kita yang melupai ikrar itu. Saya pun dahulu tidak tahu. Sekarang saya cuba tidak melupai. Maka sekarang saya rasa "terkilan" jika dalam kepimpinan politik kita masih ada yang belum megerti sebenar-benarnya Ikrar itu. Sekarang kita lihat seperti dalam surah alquran berikut:

A001

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(As-Saff 61:1) |


A002

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

(As-Saff 61:2


A003

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saff 61:3


Semoga dengan menjelangnya tahun 2021 semua kepimpinan negara menyedari fakta bahawa rakyat rasa agak gelisah kerana banyak isu yang nampak tidak selesai.
Perbalahan fahaman diantara rakyat dan pemimpin tidaklah sangat menakutkan saya secara peribadi jika dibanding dengan perbalahan antara kefahaman Akidah.
Mungkin perbalahan Akidah tidak serious dikalangan kita melainkan yang sememang nyata-nyata bukan Akidah Islam. Yang nyata dan menakutkan buat saya ialah fahaman Syiah
yang tidak banyak dikatakan di media massa berbanding perbezaan  cara mengendali perbezaan fahaman politik dan kesanya pada urus tadbir Negara.
Saya khuatir bila mendengari konon ada kepimpinan negara kita yang simpati dengan fahaman Syiah dan takut fenomena ini akan merosakan perpaduan rakyat.
Perbezaan kaum sudah dirasai makin hari makin mebuat saya khuatir. Inikan pula perbezaan Akidah yang kekadang disalahfahamkan seperti ianya hanya perbezaan mazhab dalam Islam. Saya amat yakin Syiah bukan perbezaan mazhab seperti dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah. Ia langsung bukan Islam. 

Jom lihat Video yang saya kongsikan di atas. Semoga di Malaysia tidak ada seperti ini.
Semoga kepimpinan politik kita lebih peka dan perhatin memastikan ini tidak berlaku di Malaysia, negara tersayang.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021.
SEMOGA ALLAH KURNIA KESEJAHTERAAN HIDUP DALAM IMAN DAN TAQWA HINGGA KE AKHIR HAYAT. AAMIIN YA RABBAL AALAMIIN.


No comments:

Related Posts with Thumbnails