"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 4, 2021

Lonely Birthday......@ Perintah PKP Covid19.

 A001


Alhamdulillah, Bersyukur atas segala kurniaan Allah. Tidak ada sesuatu yang Allah Izin berlaku yang tidak ada hikmahnya. Cuma manusia sering lupa (termasuk saya) untuk sentiasa bersyukur atas apa jua.Ustaz kata: Kita ada Allah. Itu kurniaan yang tertinggi dari Allah buat manusia yang mahu beriman dan bertaqwa. Maka kita bersyukur.

Kali ini cucu saya Amru Fathullah sambut hari lahirnya tanpa cucu-cucu saya yang lainnya. Saya sendiri rasa kurang meriah. "There are no games, no toys". Cuma makan pizza dan cake sahaja. Kami cuba beri kefahaman mengapa kali ini hanya keluarga kecil Mummy dan Abi sahaja bersama 3 lagi adik beradik. Amru tertawa  tetapi  semacan tawar sahaja. Atuk Ayah duduk di samping dan beri semangat untuk ceria memotong kek Hari Lahirnya.



Esuknya ia tidur dengan Tok Ayah semasa Tok Ayah ada "afternoon nap".
Saya rasa terkesan juga betapa Covid19 telah membiasakan kita dengan banyak norma baru.
Timbul juga rasa menginsafi diri bahawa bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat yang Allah kurnia supaya manusia menyedari dan menerima hakikat bahawa Allah lah yang maha Pencipta dan Allah jua lah yang maha Berkuasa atas kesemuanya.

Manusia janganlah tunjuk pandai tanpa menerima hakikat bahawa keberadaan kita di dunia ini adalah untuk pengabdian pada Allah swt. Kita harus berakhlak baik dalam apa jua keadaan. Jika kita ingat begitu maka kita tidak akan bertutur di media massa dengan sombong jika sesuatu tidak kena pada citarasa kita.
Di arena politik hari ini ada 'penganalisa politik'  yang "maki seranah"
 menggunakan bahasa kasar dan menuduh itu dan ini 
yang asasnya tidak syarie.

OOooopppps......eluk saya berhenti di sini sahaja sebab cerita politik hari ini tidak nampak penghujungnya. Takut tambah dosa........

Kita berdoa semoga Allah angkat covid19 ini dalam masa terdekat dan semoga Rakyat Malaysia dan seluruh dunia boleh menikmati semula kedamaian dan kesejahteraan.


Dalam hal ini saya terfikir sesuatu... sesuatu yang mungkin boleh membawa kepada suatu perubahan positif. Saya terfikir kalaulah semua Ahli Parlimen dari semua parti politik yang beragama Islam buat program Solat Hajat bersama-sama mohon penyelesaian segala masaalah. Ia boleh diadakan di masjid yang terbesar yang boleh memuatkan semua untuk patuh SOP. Saya rasa (insyaAllah) akan lahir keinsafan bahawa kita semua menghadapi masaalah rumit yang boleh diselesaikan jika semuanya mahu cuba faham memahami dan mahu bertolak ansur untuk mencari penyelesaian yang terbaik buat semua. (Kita turunkan ego serendah mungkin untuk menyatakan keikhlasan kita dan janganlah kita memikirkan kepentingan peribadi atau kepentingan party). Kita fokus kepada hal yang terpenting untuk survival rakyat dan untuk kesejahteraan bersama berasaskan sifat mahu berkorban demi keadilan buat semua.Dan kita mahu menyebarkan kasih sayang seperti yang Allah swt tuntut dari hamba-hambanya yang benar-benar berIman dan berTaqwa,

Mengapa saya cadangkan tindakan solat hajat ini. Al quran kata:

A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(Al-Baqarah 2:153


A002

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-'Ankabuut 29:2


A003

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Al-'Ankabuut 29:3) |



 Esuk mungkin bermulanya Akhir Zaman yang sebenarnya dan solidarity setiap orang yang beriman saya rasa akan menjadi fenomena positif dalam menghadapi semua hal yang berlaku apabila Allah kehendaki seperti yang tersebut dalam alQuran dan Hadith mengenai Hari Akhirat. Semoga apabila berhimpun di Hadapan Allah swt nanti akan ada belas kasihan dariNYA.
Allahu'alam. Mohon keampunan MU ya Rabb.


A214

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Al-Baqarah 2:214


Allahu'alam, MOHON KASIH SAYANG MY YA RABB....



No comments:

Related Posts with Thumbnails