"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 6, 2013

LEDANG......bukan sekadar ada Gunung


Gunung Ledang


Foto ehsan Malaysian Traveller.com 

Terkenal......

Daerah Ledang kini membangun pesat. Bandar yang terbesar ialah Tangkak. Dari remaja lagi saya ingin mendaki Gunung itu tetapai entah mengapa cita-cita tidak tercapai. Sikap tangguh menangguh adalah sabab-musababnya. Di umur kini saya tidak ada peluang...

Namun Ledang bukan terkenal dengan gunungnya sahaja. Bandar Tangkak untuk beberapa tahun kebelakangan ini terkenal sebagai pusat membeli belah kain ela dan kain langsir. Namun populariti itu kini diambil alih oleh bandar Nilai 3 dekat dengan Seremban. Saya kurang arif perkembangan seterusnya.

Sejak akhir 2012 saya berada di Tangkak agak lama dalam sesuatu masa. Ada kalanya hampir 2 minggu. Saya menumpang rumah sewa teman saya. Kami menubuhkan SmarTop Subur Fitrah Integrated PreSchool di Jalan Hassan. Enrolmen yang ada sekarang turun naik dalam lingkungan 60-65 orang. Saya telah menulis mengenainya dalam beberapa posting yang lalu.

Cuma kali ini saya rasa teruja ingin berkongsi pengalaman cuba memperkenalkan Bahasa Mandarin pada anak anak di Taska berumur 2-3 tahun dan di Tadika berumur 4-6 tahun.

Itu janji kami pada Ibu-Bapa anak-anak. Kami memperkenalkan Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin. Kami mendapat seorang guru berketurunan Melayu yang sedang belajar di University Beijing dan ia di Tangkak kerana bercuti panjang. Maka ia bersetuju mengajar anak-anak SmarTop. Kami hanya mahu ia mengajar nyanyian dalam bahasa Mandarin kerana itu paling mudah untuk anak-anak ingat dan akan terus ingat hingga dewasa. (Seperti saya ingat lagu 'twincle-twincle little star hingga kini).



Ini Teacher An dan ibunya yang kami rakam semasa kunjungan Hari Raya dan mengucapkan selamat maju jaya kerana ia akan pulang ke Beijing awal September. Teman saya pengasas SmarTop menghadiahkannya alQuran terjemahan dalam bahasa Mandarin. Semoga sama-sama kami mendapat munafaatnya.

Antara yang diajarkan oleh teacher An dalam masa yang singkat ialah nyanyian "tiger" dan terjemahan Syahadah ke dalam bahasa Mandarin. Alhamdulilah. Anak-anak Tadika dapat mengikutinya dengan baik. Hanya saya yang masih terkial-kial. Semoga mereka akan ingat sampai bila-bila.

Teacher An diganti pula dengan Teacher Leng. Ia keturunan Cina Malaysia dan fasih Mandarin. Kini ia mengajarkan beberapa nyanyian bermula dengan 'happy birthday' dalam Mandarin. Ia juga mengajarkan istilah nama untuk anggota badan kita. Ia juga mengajar mengira 1-10 buat permulaan. Kami percaya sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Falsafah kami bukan untuk anak-anak terus hebat dlalam mandarin tetapi unuk membuka minda supaya suka Mandarin dan semoga bila remaja dewasa nanti salah satu bahasa yang akan ditumpu perhatian adalah Mandarin. Kita sudah lama ketinggalan. Dunia kini sudah melihat kekuatan ekonomi negara China. Kita harus beri asas untuk anak-anak generasi akan datang semoga mereka mampu berdakwah dalam Mandarin dan mampu bersaing dalam semua bidang.





Ini Teacher Leng dalam kelas. Ia mesra dengan anak-anak dan pandai berhubungan dengan kami dan sabar mengajar guru-guru kerana bila ia tiada nanti murobbiah kami lah yang akan meneruskan apa yang sudah diajarkan supaya tidak lupa.

Alahai.....kecil sangat usaha kami dalam membina potensi anak-anak kecil ini.

Namun kami sentiasa mengingatkan diri-diri kami bahawa kami adalah sebahagian dari usaha membina sebuah Tamadun.........tamadun yang menjunjung Kebenaran alQuran supaya bertapak kuat di muka bumi ini.

Setiap kali kami bermesyuarat dengan murobbi dan staf SmarTop selalu sahaja kami mengaitkan usaha yang kecil ini ibarat membina sebuah rumah. Setiap komponen adalah penting dan mesti wujud kukuh dan tegap. Jikalau tidak rumah itu akan sendeng dan jika naik tanpa pembinaan foundation yang kukuh pasti ia akan runtuh.

Di Bandar Tangkak ini sudah wujud berbagai Tadika dan Taska. PERMATA PINTAR adalah yang terserlah dan ia popular kerana mengambil sempena pengasasnya, iaitu isteri YAB Perdana Menteri. Saya belum pernah mengunjunginya. Ingin tetapi belum jumpa laluan....

SmarTop mengambil contoh dari Ikon Pendidikan Negara, Professor Hasni dari ADNI EDUCATION CENTER. Beliau mempelopori pendidikan dengan konsep "Integrated and Holistic Education System (IHES)". Banyak lagi yang perlu kami lakukan. Alhamdulilah setakat ini kami telah dapat bernafas sedikit kerana sokongan jitu dari masyarakat setempat dan rakan-rakan seperjuangan jauh dan dekat. Keluarga kami juga menjadi pendukung prinsip "Quranic Generation development Program" yang mana di hujung sistem pendidikan seperti ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dan berakhlak mulia. 

Alahai....setakat Tadika dan Taska sumbangan kami amat kecil sekali. Tetapi kami yakin 
"A JOURNEY OF A THOUSAND MILES STARTS WITH THE FIRST STEP". Dan kami yakin Allah sentiasa melihat usaha hamba-hambanya, bukan hasilnya semata-mata. Semoga Allah meredhai...


Perjalanan ini jauh semoga pertolongan Allah dekat....

Dalam usaha menuju destinasi salah satu cara ialah memastikan hubungan rapat dalam jemaah dan masyarakat. Maka kami  mencuba sedaya upaya menjalin kemesraan dengan masyarakat setempat dengan mengambil bahagian mengikut kemampuan dalam aktiviti Masjid dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Masyarakat setempat terutamanya ibu-bapa anak-anak SmarTop harus diberi fahaman bahawa mendidik anak-anak yang berbagai potensi ini perlu kerjasama yang rapat. Mendidik anak adalah tanggongjawab bersama.

Kata pepatah Inggeris: "It takes the whole village to raise a child".


Maka baru-baru ini kami mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya AidilFitri. Kami jemput juga jiran-jiran sekolah termasuk  semua keturunan. Majoriti penduduk bandar Tangkak adalah keturunan Cina dan kami bertekad usaha ini adalah sebahagian dari proses dakwah, serampang dua mata,  yang harus kami jalankan walaupun sedikit demi sedikit.




Kumpulan alQuran Bandar Tangkak berselawat beramai-ramai menyerikan majlis.


Sebahagian dari tetamu yang terdiri dari keluarga KOHATSA.
Keluarga ini banyak menyumbang pada SmarTop.

Dalam kesibukan beramah mesra saya sempat bermesra dengan anak-anak Tadika kami yang datang bersama ibu-bapa. Di bawah ini adalah antaranya. Saya teruja mengajar mereka simbol baru perjuangan. Hakikatnya tidak baru cuma simbolnya sahaja yang baru. Saya katakan pada mereka bahawa  sekarang kita boleh tunjuk begini bila-bila masa kita suka.






Pastinya mereka tidak faham. Tidak mengapa. Kita semua mula dengan tidak faham. Buat dulu, pertolongan Allah itu hampir. Semoga demikian. Ini lambang ikrar jiwa merdeka, jiwa yang mahukan kebebasan dan keselamatan dan kesenangan hidup mengikut lunas-lunas yang Allah tentukan. Saya terpanggil untuk meyebarkan perjuangan Ikhwan Muslimun kerana itu adalah perjuanagan kita juga. Mesir adalah bumi Ambia, maka ia adalah bumi kita juga.

Mungkin kita di Daerah Ledang, tetapi perjuangan kita adalah  di mana jua dan kita tetap bersama dengan golongan yang mendirikan Kebenaran. Demi Kebenaran, membujur lalu - melintang patah.

Itu maruah kita.

Hanya pada Mu kami berserah, Ya Rabb....


...

Wednesday, September 4, 2013

Membina Tamadun...




Apa kena mengena gambar kereta dan cerita tamadun....begini:

Pagi ini kami berdebat di Speakers' Corner di sessi  " morning coffee"  di Masjid selepas Solat Subuh. Seorang teman mengedarkan kertas rumusan bertajuk RESOLUSI KONGRES PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Seperti semua kertas orang-orang bijak pandai, ia cantik untuk bacaan dan fikir-fikir. Dari pengalaman kerja kertas-kertas seperti itu ambil masa yang amat lama untuk nampak perlaksanaannya. Kalau tidak ada political will, dan tidak ada keikhlasan dan tidak ada kejujuran, dan tidak punya Ilmu yang Benar maka kertas dasar akan tinggal kertas dasar.

Saya ingat lagi semasa hendak melaksana subjek bahasa Arab dari sekolah rendah lagi telah tidak jaya kerana tidak cukup masa untuk mengajar. Kalau mahu panjangkan masa maka tidak boleh kerana banyak sekolah yang 2 sessi. Tambahan pula tidak mencuckupi guru bahasa Arab. Maka ayam dulu atau telur dulu.

Pembuat dasar cakap, bincang, berdebat, kemudian hilang punca. Sebab apa? Sebenarnya tidak cuckup political will. Mana bajet nak bina tambahan bilik darjah atau tambahan sekolah dan tamabahan jawatan dan biasiswa untuk latihan?

Maka senyap-senyap tutup fail. Dari atas ke bawah.

Kini khabarnya nak ajar bahasa Mandarin pula. Saya yakin masaalah yang sama akan terjadi. Maka isu ketuanan bagaimana?

Saya suka sudah ada dasar mengajar Mandarin. Semoga usaha semua pihak ikhlas dan jujur.

Kemudian ada yang membangkitkan soal sekolah antarabangsa yang kini Rakyat Malaysia bebas mendaftar diri. Maka elitis jadinya sebab yuran terlalu mahal. Yang kaya makin kaya yang tidak kaya duduk di takuk lama.

Saya tidak khuatir sangat fenomena ini sebab apa yang pengting ialah pengisian pendidikian yang kita laksana. Kalau International school macam international school kepunyaan warga asing, maka kita akan kerugian. Untung di dunia tapi belum tentu di akhirat. Jika diamati betul-betul di dunia pun mungkin rugi juga. Prinsipnya mesti betul di dunia baru betul di akhirat.

Perbincangan ini sebenarnya memerlukan masa yang panjang dan pengerusi yang berwibawa. Debat kita cuma touch-n-go sahaja sebenarnya. Namun saya dapati ada yang tidak faham apa wawasan hidup seorang Muslim yang sebenarnya.

Setiap kita bertanggong jawab membina Tamadun Islam. Ia konsep yang besar. Tetapi jika kita sungguh-sungguh mahu mendukung dan melaksana konsep itu, Allah akan menunjuki jalan.

Membina Tamadun ibarat membina sebuah kereta, seperti kereta mewah BMW seperti di atas. Ada yang menjadi enjin, ada yang menjadi pintu, ada yang menjadi tayar dan seterusnya. Kalau nowaitunya betul, sistemnya betul, teknologinya betul dan semua betul, kereta itu akan dapat meluncur laju dan tahan lasak dan tahan lama.

Tidak menjadi perbezaan dalam Islam sama ada kita Perdana Menteri, kita CEO syarikat perniagaan, kita Banker atau kita apa sahaja asalkan dalam apa jua tugas yang kita lakukan kita benar-benar professional. Professional bermaksud berilmu, berketerampilan, rajin dan punya berbagai lagi sikap dan sifat yang positif untuk menjayakan tugas kita. Wadahnya IMAN dan TAQWA.

Maka jangan ingat enjin itu lebih baik dan screw tidak ada kepntingannya.

Dalam sejarah Islam sudah terbukti nyata beberapa contoh. Khalid ibnu Walid adalah seorang general dalam tentera Islam. Ia berjaya menang dalam banyak pertempuran (dengan kehendak Allah).Bila ia di arahkan menjadi tentera biasa, dengan rela hati ia menjalankannya. Ia mati dalam Iman walaupun bukan dalam medan pertempuran. Allah lihat iman dan taqwanya, bukan pangkatnya. Maka jika kita derebar Lori ke, kita penjual sayur ke, tetapi kita pegang semua peraturan yang Allah tentukan, maka tidak sedikitpun ia menjejaskan kedudukannya di hadapan Allah yang maha Agong. Pernakkah kita dengar riwayat seorang perempuan tua yang dengan sukarela menyapu kawasan Masjid Nabawi setiap hari hingga akhir hayatnya. Dipendekan cerita bila ia sudah tiada Rasulullah bertanya di mana gerangannya si tua itu. Baginda pergi ke pusaranya berserta sahabat dan mendoakannya. Kata Rasulullah saw pada sahabat: Perempuan ini ahli syurga. Cerita ini ada dalam hadith. 

Dalam Tamadun Islam semua berperanan mengikut kemampuan masing-masing. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Ini ayat Quran. Tanyalah Ustaz.

Yang menjadi pemimpin  dan pemerintah pun harus tahu tanggongjawabnya terhadap rakyat. Bukan untuk keuntungan diri. Ia harus tahu juga muslihat musuh-musuh Islam dan harus tahu bagaimana mahu membendung ketidak-adilan dalam semua hal. Maka kita telah tahu  di zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, susah hendak mencari orang miskin.

Maka jangan khuatir tentang berbagai institusi pendidikan yang ada. Pengisian kurukulum dan ko kurikulumnya dan extra kurikulumnya pastikan ia sejajar denagan kehendak Islam. Tiada masaalah.

Lihat perjuangan  Dr Morsi di Mesir. Ia menuntut di Amerika. Hatinya jitu Islam, Imanya susah ditandingi. Manakan general As Sisi tidak pening dan terpaksa menuduh dia yang bukan-bukan. Dr Morsi ibarat ikan di lautan yang masin. Ia jelas tentang visi dan misinya. Kqalau ia ikan, ia tidak menjadi masin lantaran air yang masin. Prinsipnya: Hidup mulia atau mati syahid. Semoga Allah memberkatinya dan jemaahnya.

Memang tidak mudah membina Tamadun Islam. Tetapi ia tidak Mustahil. Lihat surah An Nur ayat 55.
Ayuh kita usaha kearah itu dengan keikhlasan dan kejujuran. 
Biar putih tulang, jangan putih mata.

Mohon keampunan Mu dan pertolongan Mu Ya Rabb.

....

Monday, September 2, 2013

Karenah Bekalan Air...


Dua minggu saya di Tangkak mengurus Tadika SmarTop dan rasa ingin segera pulang ke Kampung Tunku, Petaling Jaya. Urusan rumahtangga harus dibereskan kerana kami tidak ada pembantu rumah sepenuh masa. Kami sudah tahu dari di Tangkak lagi bahawa bekalan air di Lembah Kelang bermasalah.

Rasa serabut terpaksa menghadapai masaalah rumit seperti putus bekalan air. Mengapa agaknya ini harus berlaku walhal tidak dalam musim kemarau. Hanya pihak yang bertanggongjawab mengetahui sebab sebenar. Rakyat hanya mendapat penerangan yang dirasakan seperti suatu yang tidak sewajarnya berlaku. Apalah kuasa rakyat ! Lima tahun sekali pun rakyat bermasaalah membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang bertanggongjawab.

Hari Sabtu saya tiba di rumah dan air di tangki sudah mula surut yang membimbangkan kerana tidak tahu bila sebenarnya bekalan air akan pulih. Maka saya sekeluarga  hijrah ke rumah anak di Puchong pada pagi hari Ahad.  Anak lelaki saya membawa alat untuk membawa sedikit air pulang dalam barrel plastik kerana perlu bermalam di rumah sendiri. Kami membawa baju-baju kotor yang tertanggguh untuk dibasuh.

Saya bersabar hati bila teringat sengsara hidup mereka yang dalam kem pelarian perang di bumi yang Allah uji dengan kesusahan termasuk ancaman keselamatan. Semuanya kekurangan termasuk bekalan air bersih. Maka kecewa dihati dapat diredakan dan mensyukuri anugerah Allah kerana masaalah yang ada tidaklah sebesar mana berbanding mereka yang di dalam kem pelarian terutamanya di Syria dan negara-negara jiran yang menanggong beban.

Semoga kesabaran rakyat tidak diambil kesempatan oleh mereka yang bertanggongjawab.

Maka kami relax di rumah anak dan meraikan hari memperingati kelahiran cucu  kami yang ketiga. Uwais namanya dan kini berumur 5 tahun. Ia lihir dengan "club feet" dan ia suatu pengalaman yang luar biasa bagi keluarga kerana tidak pernah ada seperti itu dalam keluarga. Rupa-rupanya ramai juga bayi yang lahir dengan "club feet'' cuma kurang maklumat dalam masyarakat. Bagi Uwais ia sungguh bertuah kerana Doktor pakar berpengalaman dan menasihatkan kami untuk menggunakan kasut khas bagi menangani masaalah ini. Prosesnya agak rumit bagi si Ibu kerana memerlukan kesabaran dan keperhatinan.

Alhamdulilah berkat usaha yang gigih semua pihak dan dengan pertolongan dan kehendak Allah jua, kaki Uwais beransur pulih dan dapat berjalan seperti anak biasa menjelang umurnya setahun lebih. Kini ia normal dan tidak nampak kesan masaalah yang ada. Saya suka berkongsi hal ini kerana ada keluarga yang tidak yakin dengan nasihat doktor dan berbuat sesuatu melalui "rawatan tradisional" yang sebenarnya tidak berkesan. Jika lambat rawatan seorang anak yang lahir dengan "club feet" terpaksa melalui pembedahan. Ini lagi merumitkan.

Uwais dan adiknya Balkisy.



Saya rakam foto Tok Ayah melayan cucu memotong kek Hari Kelahiran. Uwais nampak seronok dan si kecil yang lain tumpang semangkuk. Alhamdulilah.

Mohon keampunan dan keredhaan Mu Ya Rabb.

...

Sunday, September 1, 2013

Floating Market yang hanya 'float'.....





Saya berkesempatan melancung ke negara jiran semasa cuti Hari Raya baru-baru ini mengikut anak lelaki saya, Azrul Hassani. Kami ke Hat Yai.

Cuaca amat panas dan entah mengapa saya rasa kurang selesa. Mungkin kerana terbanyak makan. Saya pujuk diri supaya jangan lepaskan peluang untuk melihat negara orang yang hampir 15 tahun saya tidak menjelajah ke sana. Azrul memandu kereta adik iparnya yang tinggal di Sungai Petani. Trafik jam walaupun perkara biasa memeningkan kepala saya. Kesesakan di pejabat immigrasen  juga hampir menghilangkan keseronokan kembara bersama anak cucu. Alhamdulilah, saya melawan arus ini supaya anak cucu riang bersama keluarga tua. 


Kami sampai lewat 8 malam dan tidak tahu sebenarnya di kawasan mana kami berada. Maka kami makan di sebuah restoran Islam. sedap tetapi harganya agak mahal berbanding Kuala Lumpur. Kami tersalah pilih. Tidak mengapa. Itu lumrah bagi pelancung.

Melancung dengan cucu di bawah umur 7 tahun amat rumit sekali. Tidak ada peluang untuk membeli belah. Tatapi kami bertekad kami mesti melihat beberapa tempat menarik. Kami hanya sempat pergi ke ICE DOME. Saya tidak masuk. Hanya Azrul dan 2 orang anaknya sahaja yang berminat.

Saya tidak sabar untuk ke tempat "Floating Market". Kami menyewa Van supaya jimat masa dan tidak stress di jalan raya.  Tetapi saya agak kecewa kerana ia tidak seperti yang saya lihat dalam video clip pelancungan. Mungkin bukan tempat yang sama. Yang saya lihat amat tidak menarik. Sungainya kotor dan seperti tidak mengalir airnya. Mungkin silap musim waktu kami di sana. Mungkin sudah lama tidak hujan.

Yang membuat saya rara tidak sedap hati ialah kawasan ini katanya adalah kawasan penganut-penganut beragama Islam. Katanya majoriti pengusaha jualan makanan adalah orang Islam. Saya mula berfikir yang bukan-bukan mengenai dasar-dasar atau tata cara kehidupan di sana yang melibatkan orang Islam. Saya pujuk diri supaya tidak buruk sangka. Buruk sangka atau tidak buruk sangka, hakikatnya nyata. Rata-rata di negara di mana orang Islam menjadi minoriti, tahap ekonomi mereka menyedihkan. Apatah lagi di negara seperti Myanmar. Tetapi ada juga terdapat di negara di mana orang Islam adalah bilangan majoriti, tahap ekonomi mereka pun tidak sehebat yang dijangkakan. Malahan ada yang hidup di bawah had kemiskinan yang difikirkan munasabah. 


Sama-sama kita fikirkan. Salah pemimpin atau salah diri sendiri. Namun sayugia diingat bahawa kalau hidup kita mewah pun janganlah pula kita rasa kita golongan terpilih di sisi Allah yang maha Pencipta. 

Maka dalam minggu Merdeka ini kita fikir-fikir sama ada kita sudah benar-benar Merdeka........




Berbalik kita pada cerita kembara bersama cucu-cucu.

Oleh kerana cuaca pun amat panas, kami minum air kelapa, duduk melihat pelancung yang ramai membeli belah (sepertinya), dan kemudian kami pulang ke hotel.


Dalam perjalanan mencari tempat letak Van yang kami sewa saya perhatikan ada juga jualan makanan yang di Malaysia sudak tidak kita dapati dijual pada orang ramai. Saya rakam contoh foto di bawah ini untuk perkongsian pengalaman.


Esuknya kami  memandu pulang melalui Bukit Kayu Hitam. Satu pengalaman kembara yang tidak banyak peristiwa. Cuma cucu-cucu yang benar-benar riang ria dengan membeli jajan dan mainan kesukaannya. 

Walaupun kembara yang singkat, saya bersyukur dapat bersama keluarga anak saya. Saya dapat memerhati anak-anak kecil zaman ini yang tidak henti-henti berebut dan bergelut sama sendiri untuk "bermain" i-phone ibunya atau ayahnya. Sepuluh tahun lagi tidaklah dapat saya bayangkan bagaimana teknologi  menguasai hubungan mesra keluarga. 

Semoga Allah memelihara dan tidak terbabas dari segala tuntutan Islam dan apa jua yang berkaitan dengannya.

Mohon keampunan Mu Ya Rabb....

...

Friday, August 30, 2013

Ikrar Jiwa MERDEKA......



Flag of Malaysia.svg

"Luka dan bisa ku bawa berlari...
Berlari, hingga hilang pedih peri"

Entah mengapa dalam suasana dunia mungkin terjebak dengan peperangan besar (mungkin mulanya perang dunia ke3) terngiang-ngiang kedengran suara penyair Khairl Anwar mengenai daya ketahanan diri. Esuk, insyaAllah, kita akan meraiakan 56 tahun Malaysia Merdeka. Saya memperingati juga perjuangan insan-inasan yang mahu membebaskan diri dari cengkaman berbagai bentuk penjajahan, termasuk penjejahan minda.

Kalau saya di Mesir, atau di Syria atau di bumi  mana jua, saya akan bersama-sama mereka yang mahu menegakan Kebenaran dan membebaskan diri dari mempersekutukan Allah yang maha Pencipta maha Berkuasa. Saya akan berusaha bersama mereka yang memerangi semua bentuk kezaliman tidak kira mereka berkulit putih, kuning atau hitam. Zalim tetap zalim.

Alhamdulilah, Malaysia aman damai. Namun saya percaya Allah menguji rakyat Malaysia dengan keselesaan. Kita duduk dalam zon selesa dan keselamatan terpelihara. Maka ramai kita yang kurang peka penderitaan rakyat negara lain yang diseksa kerana perjuangan luhur mereka mahu bebas dari kezaliman. Kita tidak merasai luka berdarah yang tiada perubatan untuk merawatnya, tidak merasai kelaparan dan dahaga yang berlarutan dan tidak mendengar jeritan tangisan anak-anak kecil dan orang-orang tua menderita kesakitan.

Maka kita hidup penuh santai. Berhibur dan berlawak seolah-olah hidup ini tidak ada kesudahan. Tidak terlintas sedikit pun di hujung perjalanan akan tiba kematian.

Sebenarnya saya dalam ketakutan ditengah-tengah kemewahan. Hati kecil saya berikrar untuk bersama-sama mereka mendirikan Kebenaran. Telah terlalu lama saya duduk di pinggiran. Saya mahu merasai benar-benar apa itu pengorbanan dan apa itu kasih sayang antara insan di bawah naungan Iman.

Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari hingga hilang pedih peri
dan aku tidak akan peduli 
Aku mahu mencari keredhaan Ilahi. 


lambang bagi diri
IKRAR JIWA MERDEKA
MOHON KEAMPUNAN MU, MOHON PERTOLONGAN MU,
MOHON KEREDHAAN MU, YA RABB.

....

Thursday, August 29, 2013

ADAKAH HANYA SANDIWARA ?




Penat aku melihat peti TV mahu  mendengari berita yang aku yakini...
Tidak ada....

Masih sahaja percaturan startegi masing-masing kuasa bagaimana mahu menyelesai krisis berat yang ada. Bukan berat hanya bagi yang menanangung sangsara begitu  lama tetapi berat bagi diri ku dan aku percaya bagi mereka yang lebih teraniyaya. Belum terbela  sakit perit rakyat  di Syria, di Mesir pula musibah menimpa. Hilang tumpuan pada Mursi atau AsSisi buat semntara agaknya atau mungkin selamanya. Pertubuhan Arab League pun bermesyuarat di Mesir mahu berbuat sesuatu mengenai mereka. Mengapa di Mesir berbicara. Adakah ini bermakna pemerintahan tentera sudah diiktiraf sepenuhnya.

Bingung aku memikirnya...

Kini perhatian tertumpu pada usaha kuasa besar Amerika dan sekutunya sama ada mahu memusnahkan senjata kimia kerajaan durjana alAssad dan kuncunya, atau mahu langsung menawan negara itu dan menggantikan regim yang ada. Masih belum ada keputusan yang nyata.

Negara China, Russia dan Iran sudah bangun bersuara mengancam dengan serangan balas yang tidak terduga padahnya. Masing-masing punya rahsia dan punya kekuatan senjata yang boleh memusnahkan dunia.

Tetapi banyak lagi negara hanya melihat dan setakat bertanya-tanya......
Malaysia bagaiman ya ?...

Pernah saya tanya seorang Ustaz bagaimana kita.
Lihat alQuran Surah An Nur Ayat 55 dan lihat tafsir yang luas implikasinya.
Paradigma TAUHID jangan dipegang sambil-lewa. Itu kunci penyelesaian pada krisis yang ada, walau pun seribu tahun kita akan terus usaha. Dalam semua bidang kita perlu berkuasa. Pegang Islam sepenuhnya. Orang yang beriman bertaqwa akan menjadi Khalifah di Dunia.

Tolong kami, ya Rabb....Engkau maha Agong maha Berkuasa.

Wednesday, August 28, 2013

Embah !....look at my bubble machine.





This is Akif, again. We were holidaying in Penang over the Eid celebration recently and I would like to share here some of the incredible moments I experienced with him.

As I have said before Akif is autistic. Without his father coming along, my husband and I was afraid to take him along for dinner for he may "venture out" as he pleased and we may not be able to track him down. To make up for possible disappointments and to make him happy we bought him and others the bubble machine. He was in another room when he was given the toy but suddenly he came running to my room and cried out: "Embah...look at my bubble machine..."
"Embah the battery is here and if you do this (showing me how) you get bubbles! Embah....look again ! I like this"...He was pulling my hand demanding attention.

For Akif  it is a great experience. And it was amazing to see him paying particular attention on how the machine works. It wasn't just the bubbles that fascinates him but it was the "technology".

I felt great, alhamdulilah, noticing his "intellectual" potential. HE is autistic and this made me feel utterly amazed because my other grandchildren just played with the toy without noticing how it works.



The next day my daughter took him and the rest to the beach but later landed at the swimming pool of a nearby hotel at Batu Feringghi. Several times he was trying to "dive" into the shallow pool. It could be dangerous but the watchful eyes of his father made him "behave". Water exploration is what a child need and more so for children like Akif for it helps to develop his brain. I took this picture to tell him stories later.

May Allah bless Akif and may he grow up as normal as can be.
Allah is All Loving, All Knowing and Most Wise.
In Him we seek refuge.
.....
Related Posts with Thumbnails