"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 4, 2013

Membina Tamadun...




Apa kena mengena gambar kereta dan cerita tamadun....begini:

Pagi ini kami berdebat di Speakers' Corner di sessi  " morning coffee"  di Masjid selepas Solat Subuh. Seorang teman mengedarkan kertas rumusan bertajuk RESOLUSI KONGRES PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Seperti semua kertas orang-orang bijak pandai, ia cantik untuk bacaan dan fikir-fikir. Dari pengalaman kerja kertas-kertas seperti itu ambil masa yang amat lama untuk nampak perlaksanaannya. Kalau tidak ada political will, dan tidak ada keikhlasan dan tidak ada kejujuran, dan tidak punya Ilmu yang Benar maka kertas dasar akan tinggal kertas dasar.

Saya ingat lagi semasa hendak melaksana subjek bahasa Arab dari sekolah rendah lagi telah tidak jaya kerana tidak cukup masa untuk mengajar. Kalau mahu panjangkan masa maka tidak boleh kerana banyak sekolah yang 2 sessi. Tambahan pula tidak mencuckupi guru bahasa Arab. Maka ayam dulu atau telur dulu.

Pembuat dasar cakap, bincang, berdebat, kemudian hilang punca. Sebab apa? Sebenarnya tidak cuckup political will. Mana bajet nak bina tambahan bilik darjah atau tambahan sekolah dan tamabahan jawatan dan biasiswa untuk latihan?

Maka senyap-senyap tutup fail. Dari atas ke bawah.

Kini khabarnya nak ajar bahasa Mandarin pula. Saya yakin masaalah yang sama akan terjadi. Maka isu ketuanan bagaimana?

Saya suka sudah ada dasar mengajar Mandarin. Semoga usaha semua pihak ikhlas dan jujur.

Kemudian ada yang membangkitkan soal sekolah antarabangsa yang kini Rakyat Malaysia bebas mendaftar diri. Maka elitis jadinya sebab yuran terlalu mahal. Yang kaya makin kaya yang tidak kaya duduk di takuk lama.

Saya tidak khuatir sangat fenomena ini sebab apa yang pengting ialah pengisian pendidikian yang kita laksana. Kalau International school macam international school kepunyaan warga asing, maka kita akan kerugian. Untung di dunia tapi belum tentu di akhirat. Jika diamati betul-betul di dunia pun mungkin rugi juga. Prinsipnya mesti betul di dunia baru betul di akhirat.

Perbincangan ini sebenarnya memerlukan masa yang panjang dan pengerusi yang berwibawa. Debat kita cuma touch-n-go sahaja sebenarnya. Namun saya dapati ada yang tidak faham apa wawasan hidup seorang Muslim yang sebenarnya.

Setiap kita bertanggong jawab membina Tamadun Islam. Ia konsep yang besar. Tetapi jika kita sungguh-sungguh mahu mendukung dan melaksana konsep itu, Allah akan menunjuki jalan.

Membina Tamadun ibarat membina sebuah kereta, seperti kereta mewah BMW seperti di atas. Ada yang menjadi enjin, ada yang menjadi pintu, ada yang menjadi tayar dan seterusnya. Kalau nowaitunya betul, sistemnya betul, teknologinya betul dan semua betul, kereta itu akan dapat meluncur laju dan tahan lasak dan tahan lama.

Tidak menjadi perbezaan dalam Islam sama ada kita Perdana Menteri, kita CEO syarikat perniagaan, kita Banker atau kita apa sahaja asalkan dalam apa jua tugas yang kita lakukan kita benar-benar professional. Professional bermaksud berilmu, berketerampilan, rajin dan punya berbagai lagi sikap dan sifat yang positif untuk menjayakan tugas kita. Wadahnya IMAN dan TAQWA.

Maka jangan ingat enjin itu lebih baik dan screw tidak ada kepntingannya.

Dalam sejarah Islam sudah terbukti nyata beberapa contoh. Khalid ibnu Walid adalah seorang general dalam tentera Islam. Ia berjaya menang dalam banyak pertempuran (dengan kehendak Allah).Bila ia di arahkan menjadi tentera biasa, dengan rela hati ia menjalankannya. Ia mati dalam Iman walaupun bukan dalam medan pertempuran. Allah lihat iman dan taqwanya, bukan pangkatnya. Maka jika kita derebar Lori ke, kita penjual sayur ke, tetapi kita pegang semua peraturan yang Allah tentukan, maka tidak sedikitpun ia menjejaskan kedudukannya di hadapan Allah yang maha Agong. Pernakkah kita dengar riwayat seorang perempuan tua yang dengan sukarela menyapu kawasan Masjid Nabawi setiap hari hingga akhir hayatnya. Dipendekan cerita bila ia sudah tiada Rasulullah bertanya di mana gerangannya si tua itu. Baginda pergi ke pusaranya berserta sahabat dan mendoakannya. Kata Rasulullah saw pada sahabat: Perempuan ini ahli syurga. Cerita ini ada dalam hadith. 

Dalam Tamadun Islam semua berperanan mengikut kemampuan masing-masing. Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Ini ayat Quran. Tanyalah Ustaz.

Yang menjadi pemimpin  dan pemerintah pun harus tahu tanggongjawabnya terhadap rakyat. Bukan untuk keuntungan diri. Ia harus tahu juga muslihat musuh-musuh Islam dan harus tahu bagaimana mahu membendung ketidak-adilan dalam semua hal. Maka kita telah tahu  di zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, susah hendak mencari orang miskin.

Maka jangan khuatir tentang berbagai institusi pendidikan yang ada. Pengisian kurukulum dan ko kurikulumnya dan extra kurikulumnya pastikan ia sejajar denagan kehendak Islam. Tiada masaalah.

Lihat perjuangan  Dr Morsi di Mesir. Ia menuntut di Amerika. Hatinya jitu Islam, Imanya susah ditandingi. Manakan general As Sisi tidak pening dan terpaksa menuduh dia yang bukan-bukan. Dr Morsi ibarat ikan di lautan yang masin. Ia jelas tentang visi dan misinya. Kqalau ia ikan, ia tidak menjadi masin lantaran air yang masin. Prinsipnya: Hidup mulia atau mati syahid. Semoga Allah memberkatinya dan jemaahnya.

Memang tidak mudah membina Tamadun Islam. Tetapi ia tidak Mustahil. Lihat surah An Nur ayat 55.
Ayuh kita usaha kearah itu dengan keikhlasan dan kejujuran. 
Biar putih tulang, jangan putih mata.

Mohon keampunan Mu dan pertolongan Mu Ya Rabb.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails