"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, September 1, 2013
Floating Market yang hanya 'float'.....
Saya berkesempatan melancung ke negara jiran semasa cuti Hari Raya baru-baru ini mengikut anak lelaki saya, Azrul Hassani. Kami ke Hat Yai.
Cuaca amat panas dan entah mengapa saya rasa kurang selesa. Mungkin kerana terbanyak makan. Saya pujuk diri supaya jangan lepaskan peluang untuk melihat negara orang yang hampir 15 tahun saya tidak menjelajah ke sana. Azrul memandu kereta adik iparnya yang tinggal di Sungai Petani. Trafik jam walaupun perkara biasa memeningkan kepala saya. Kesesakan di pejabat immigrasen juga hampir menghilangkan keseronokan kembara bersama anak cucu. Alhamdulilah, saya melawan arus ini supaya anak cucu riang bersama keluarga tua.
Kami sampai lewat 8 malam dan tidak tahu sebenarnya di kawasan mana kami berada. Maka kami makan di sebuah restoran Islam. sedap tetapi harganya agak mahal berbanding Kuala Lumpur. Kami tersalah pilih. Tidak mengapa. Itu lumrah bagi pelancung.
Melancung dengan cucu di bawah umur 7 tahun amat rumit sekali. Tidak ada peluang untuk membeli belah. Tatapi kami bertekad kami mesti melihat beberapa tempat menarik. Kami hanya sempat pergi ke ICE DOME. Saya tidak masuk. Hanya Azrul dan 2 orang anaknya sahaja yang berminat.
Saya tidak sabar untuk ke tempat "Floating Market". Kami menyewa Van supaya jimat masa dan tidak stress di jalan raya. Tetapi saya agak kecewa kerana ia tidak seperti yang saya lihat dalam video clip pelancungan. Mungkin bukan tempat yang sama. Yang saya lihat amat tidak menarik. Sungainya kotor dan seperti tidak mengalir airnya. Mungkin silap musim waktu kami di sana. Mungkin sudah lama tidak hujan.
Yang membuat saya rara tidak sedap hati ialah kawasan ini katanya adalah kawasan penganut-penganut beragama Islam. Katanya majoriti pengusaha jualan makanan adalah orang Islam. Saya mula berfikir yang bukan-bukan mengenai dasar-dasar atau tata cara kehidupan di sana yang melibatkan orang Islam. Saya pujuk diri supaya tidak buruk sangka. Buruk sangka atau tidak buruk sangka, hakikatnya nyata. Rata-rata di negara di mana orang Islam menjadi minoriti, tahap ekonomi mereka menyedihkan. Apatah lagi di negara seperti Myanmar. Tetapi ada juga terdapat di negara di mana orang Islam adalah bilangan majoriti, tahap ekonomi mereka pun tidak sehebat yang dijangkakan. Malahan ada yang hidup di bawah had kemiskinan yang difikirkan munasabah.
Sama-sama kita fikirkan. Salah pemimpin atau salah diri sendiri. Namun sayugia diingat bahawa kalau hidup kita mewah pun janganlah pula kita rasa kita golongan terpilih di sisi Allah yang maha Pencipta.
Maka dalam minggu Merdeka ini kita fikir-fikir sama ada kita sudah benar-benar Merdeka........
Berbalik kita pada cerita kembara bersama cucu-cucu.
Oleh kerana cuaca pun amat panas, kami minum air kelapa, duduk melihat pelancung yang ramai membeli belah (sepertinya), dan kemudian kami pulang ke hotel.
Dalam perjalanan mencari tempat letak Van yang kami sewa saya perhatikan ada juga jualan makanan yang di Malaysia sudak tidak kita dapati dijual pada orang ramai. Saya rakam contoh foto di bawah ini untuk perkongsian pengalaman.
Esuknya kami memandu pulang melalui Bukit Kayu Hitam. Satu pengalaman kembara yang tidak banyak peristiwa. Cuma cucu-cucu yang benar-benar riang ria dengan membeli jajan dan mainan kesukaannya.
Walaupun kembara yang singkat, saya bersyukur dapat bersama keluarga anak saya. Saya dapat memerhati anak-anak kecil zaman ini yang tidak henti-henti berebut dan bergelut sama sendiri untuk "bermain" i-phone ibunya atau ayahnya. Sepuluh tahun lagi tidaklah dapat saya bayangkan bagaimana teknologi menguasai hubungan mesra keluarga.
Semoga Allah memelihara dan tidak terbabas dari segala tuntutan Islam dan apa jua yang berkaitan dengannya.
Mohon keampunan Mu Ya Rabb....
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment