"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 30, 2013

Ikrar Jiwa MERDEKA......



Flag of Malaysia.svg

"Luka dan bisa ku bawa berlari...
Berlari, hingga hilang pedih peri"

Entah mengapa dalam suasana dunia mungkin terjebak dengan peperangan besar (mungkin mulanya perang dunia ke3) terngiang-ngiang kedengran suara penyair Khairl Anwar mengenai daya ketahanan diri. Esuk, insyaAllah, kita akan meraiakan 56 tahun Malaysia Merdeka. Saya memperingati juga perjuangan insan-inasan yang mahu membebaskan diri dari cengkaman berbagai bentuk penjajahan, termasuk penjejahan minda.

Kalau saya di Mesir, atau di Syria atau di bumi  mana jua, saya akan bersama-sama mereka yang mahu menegakan Kebenaran dan membebaskan diri dari mempersekutukan Allah yang maha Pencipta maha Berkuasa. Saya akan berusaha bersama mereka yang memerangi semua bentuk kezaliman tidak kira mereka berkulit putih, kuning atau hitam. Zalim tetap zalim.

Alhamdulilah, Malaysia aman damai. Namun saya percaya Allah menguji rakyat Malaysia dengan keselesaan. Kita duduk dalam zon selesa dan keselamatan terpelihara. Maka ramai kita yang kurang peka penderitaan rakyat negara lain yang diseksa kerana perjuangan luhur mereka mahu bebas dari kezaliman. Kita tidak merasai luka berdarah yang tiada perubatan untuk merawatnya, tidak merasai kelaparan dan dahaga yang berlarutan dan tidak mendengar jeritan tangisan anak-anak kecil dan orang-orang tua menderita kesakitan.

Maka kita hidup penuh santai. Berhibur dan berlawak seolah-olah hidup ini tidak ada kesudahan. Tidak terlintas sedikit pun di hujung perjalanan akan tiba kematian.

Sebenarnya saya dalam ketakutan ditengah-tengah kemewahan. Hati kecil saya berikrar untuk bersama-sama mereka mendirikan Kebenaran. Telah terlalu lama saya duduk di pinggiran. Saya mahu merasai benar-benar apa itu pengorbanan dan apa itu kasih sayang antara insan di bawah naungan Iman.

Luka dan bisa ku bawa berlari
Berlari hingga hilang pedih peri
dan aku tidak akan peduli 
Aku mahu mencari keredhaan Ilahi. 


lambang bagi diri
IKRAR JIWA MERDEKA
MOHON KEAMPUNAN MU, MOHON PERTOLONGAN MU,
MOHON KEREDHAAN MU, YA RABB.

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails