Kita bela Islam ?
Maksudnya: Ayuh kita fahami Islam melalui pengajian dan bukan sahaja melalui pendengaran santai.
Islam sudah sempurna. Semoga kita menghayati dan mengamalkan apa yang telah disampaikan oleh jujungan besar Nabi kita Muhammad saw.
AlQuran yang kata:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3) | Islam sudah sempurna. Cuma kita (termasuk saya sendiri) yang belum memahami Islam sepenuhnya. Saya ingat kata Ustaz. Kita belajar Islam harus sungguh-sungguh. Bukan mendengari ceramah-ceramah secara santai sahaja. AlQuran pun sudah jelas. Kita belajar dan mengkaji.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-'Alaq 96:1)
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
(Al-'Alaq 96:2)
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
(Al-'Alaq 96:3) |
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
(Al-'Alaq 96:4)
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-'Alaq 96:5) |Saya cuba menulis kali ini kerana rasa amat terkejut dan tersedih dengan berita mengenai peristiwa pembunuhan di dua buiah Masjid di Christchurch New Zealand 3 hari yang lalu. Terpegun dan terfikir apa peranan saya sebenarnya sebagai seorang Muslim dalam kemelut seperti ini yang pernah berlaku juga ditempat lain didunia ini. Orang Muslim teraniaya. Tiada pembelan yang benar-benar bermakna.......
Di Malaysia kita, secara perbandingan, adalah aman damai. Tetapi senario politik yang ada sekarang agak membimbangkan juga buat saya. Ada yang menghina Islam dan ada yang cabar mencabar. Semua kita baca di alam cyber. Saya hanya mampu membaca sahaja. Belum menyertai mana-mana kumpulan atau NGO yang menolong mereka yang teraniaya. Rasa malu juga dan senyap-senyap bertekad mahu mencuba.
Saya kecewa pada diri kerana amat jauh dalam memahami Islam, dari segi sejarah, hukum hakam dan apa yang berlaku di Malaysia kini dan di dunia kini dan berbagai lagi. Beberapa waktu kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai akhir zaman, mengenai kezaliman zionist dan peperangan yang "tidak bermakna " buat saya di Syria, Yamen dan berbagai tempat lagi. Saya terpinga-pinga dan hanya sedikit-sedikit bertanya mereka dikeliling saya yang saya rasa mereka lebih tahu dari saya. Lagi saya bertanya lagi saya rasa kecewa di hati kecil saya mengenai diri sendiri dan mengapa saya masih lemah dalam pengabdian pada Allah.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56) | Tetapi saya tidak mahu putus asa dan berhenti bertanya. Saya cari bahan-bahan bacaan semampu saya dalam umur senja ini. Dalam sedikit masa yang terluang saya lihat Utube dan saya cuba ikuti hal-hal yang berkaitan dengan fitnah-fitnah akhir zaman, isu kegiatan freemason, isu Iluminati dan ilmu Eskatologi Islam. (eskatologi yang saya fahami ialah Ilmu Akhir Zaman).
Saya tidak berhajat berhujah panjang dalam istilah-istilah ini kerana saya sememangnya tidak tahu sepenuhnya. Saya cuma memhami sedikit-sedikit untuk saya tahu kemungkinan-kemungjinan tentang apa yang akan berlaku secra besar-besaran yang di sebut sedikit didalam alQuran dan Hadith mengenai Dajjal dan turunnya semula Nabi Esa As kedunia ini.
Gerakan Freemason kini berleluasa seluruh dunia.(kata Utube yang saya baca). Ia bukan lagi gerakan Yahudi / zionist tetapai gerakan individu terkenal antarabangsa kerana zionist mahu menunjukan ini adalah gerakan yang berupa universal supaya orang lebih mudah menerimanya.
Islam dan Yahudi/zionist berbeza pendapat mengenai akhir zaman. Konsep Yakjuj-makjuj pun mempunyai emphasis yang berlainan.
Apa gunanya kita harus tahu ini semua ini? Hati kecil ber5tanya......
Saya mengambil pandangan bahawa saya harus tahu supaya gerak tindak kita dalam beramal tidak tersasar dan terpengaruh oleh gerakan freemason ini. Semua maklumat yang kita dapat ada mesej freemason/zionist yang tersembunyi dan jika kita tidak peka maka kita mungkin akan hanyut sama.
Kemudian ada isu Illuminati dan isu simbol mata. Saya ambil contoh dari google seperti dibawah ini. Semuanya ada kaitan dengan akhir zaman bagaimana mereka yang memusuhi Islam sedang bertinadak secara "subtle" dan secara terang-terang juga untuk mengatasi "kekuasaan" Islam. Israel tetap mengatakan mereka bangsa yang terpilih walhal mereka telah melanggar banyak syarat-syarat yang Allah tentukan dan keistimewaan itu telah pun Allah tarik balik.(Saya baca sedikit mengenai mereka merempat 40 tahun tiada negara dan berbagai lagi kengkaran yang mereka lakukan.)
Lihat tanda mata ditengah-tengah itu.
Ini pula membawa kita berfikir serious. Konon Iran dan US bermusuh.
Tetapi mereka rakan kongsi yang kita harus fahami.
Kita fikir-fikir kesannya pada dunia Islam dan pada Malaysia.
WaAllahu'alam.
(foto ehsan carian Google)
Kita fikir-fikir kesannya pada dunia Islam dan pada Malaysia.
WaAllahu'alam.
(foto ehsan carian Google)
Ayuh kita beringat supaya tidak ambil ringan tentang janji kita dengan Allah sejak dari Azali lagi.
Kisah akhir zaman dan apa tanggong jawab kita sekarang banyak diperkatakan diLuar sana. (Semoga yang saya faham ini betul dari segi fakta.Mohon pembetulan jika saya tersasar). Dia relevan buat saya walaupun saya rasa saya mungkin tidak menemui akhir zaman seperti yang diceritakan mengenai Dajjal dan turunnya Nabi Esa AS. Umur saya seperti dihujung tanduk. Saya sudah 72 tahun Semoga Allah kurnia umur yang bermunafaat dan apa jua yang Allah kurnia tentang umur semoga ia yang terbaik buat saya disisiNYA. Semoga Allah mudahkan laluan-laluan mencari RedhaNya dan semoga dikurnia khusnul khatimah. Cerita akhir zaman sudah mula dirasai sekarang. Semoga Allah kurnia kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan dijauhkan dari api Neraka.
Aamiin ya Rabb.......
...........
No comments:
Post a Comment