Sudah lama tidak pergi "makan angin" meninjau apa yang berlaku di negara orang. Sebab utama kerana suami buat pembedahan di jejari kaki dan terpaksa"grounded' lebih enam bulan tahun lepas bermula April. Hingga hari ini kami tidak kemana-mana. Dalam negeri pun tidak juga. Alhamdulillah...... dapat merasai bahawa apa yang Allah tentukan itu pastinya yang terbaik bagi kita.
Maka saya tumpang seronok melihat foto-foto kiriman adik ipar saya yang baru-baru ini pergi ke beberapa tempat di Australia. Dia bercerita panjang tetapi saya turunkan sahaja foto-foto itu kerana saya teruja melihat keindahan negara orang. Yang saya ingat cuma adik ipar perempuan saya pergi dengan suaminya ke Tasmania dan Brisbane dan akhir sekali ke rumah anaknya di Perth.
Alhamdulillah dapat melihat keindahan melalui kaca mata orang lain.
Itu pun keseronokan buat saya.
Terfikir-fikir dan terasa dihati bahawa jika kita berfikiran terbuka maka mudah sahaja berasa ria.
Dan saya sentiasa berangan-angan semoga Allah nanti kurnia juga
keseronokan yang serupa buat saya.
Tersenyum di hati dah mahu mensyukuri.
Kalau ini boleh buat saya rasa teruja, entah bagaimana rasanya
bila Allah kurnia menduduki Taman-taman Indah di Syurga.......
Syurga Firdaus pula
dengan RahmatNya yang tidak terhingga semata-mata.
Semoga impian menjadi nyata. Aamiin ya Rabb.....
"Ya Allah aku redha apa sahaja asalkan Engkau tidak murka."
...................................
No comments:
Post a Comment