"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 8, 2019

Kampung Tunku SS1 Petaling Jaya @ tempat jatuh lagi dikenang.......



Taman Tasik Amman dekat Kg Tunku waktu senja.

Saya tinggalkan Kg Tunku dengan rasa yang amat berat, walaupun tahu dunia ini pun akan kita tinggalkan bila sampai masanya......
Lebih 20 tahun mengharung pahit manis, hanya tinggal kenangan. Anak-anak bersekolah Fardhu Ain di Manarul Islam yang dikelolakan oleh sebuah Ngo Pakatan Kebajikan Islam Kg Tunku. Bukan suatu yang mudah memantau mereka untuk tidak ponteng sekolah. Seharian saya dan suami tiada di rumah dan mereka diurus oleh pembantu rumah sahaja. Pembantu rumah waktu itu ialah saudara dari Kampung Sungai Batu Selama Perak.

Suatu kenangan yang membuat hati sering sayu......

Rumah yang kami baru diami di Kg Tunku terbakar pada tahun ketiga kami di situ. Sebelum itu kami tinggal di Damansara Utama, Petaling Jaya. Urusan membaik pulih kerosakan adalah suatu yang amat mencabar kesabaran. Saya hampir terkandas jika tiada kekawan akrab membantu. Kata BOMBA anak-anak main apai. Tetapi laporan Jabatan Kimia mengatan ia disebabkan wiring didinding yang tidak kemas pemasangannya. Itu secara ringkasnya dan semua selesai bayaran dibuat oleh pihak Insuran.

Alhamdulillah.....
Kini tinggal kenangan. Saya menjaga kedua ibu saya dan mak mertua saya di rumah itu. Mak mertua saya tinggal beberapa tahun bersama saya sebelum saya bersara. Kemudian lebih kurang setahun sebelum saya bersara saya menjaga emak saya pula. Emak mertua saya di jaga pula oleh adik suami saya. Pengalaman menjaga orang-orang tua membuat saya lebih faham dan perduli pada hakikat bila tua corak pemikiran harus bertukar. Erti kasih sayang bukan hanya dibibir sahaja. Bila melihat kebelakang saya nampak juga kekurang pada diri ketika itu dan kini berusaha menutupnya dengan amalan-amalan yang dinasihatkan kita buat oleh ustaz dalam majlis pengajian.

Tempat jatuh lagi dikenang......
Inikan pula tempat "bermain"....


Saya ingat pesanan Ustaz Yayat Rkhuiyat (dalam alam maya)

Bismillahirrahmannirrahim.....

Sahabat.....

Kalau ada yang bertanya apakah yang paling  membingungkan di dunia ini
Maka jawapannya adalah Manusia

Kerana dia mengorbankan kasihatannya hanya demi wang
Lalu  dia mengorbankan wangnya demi kasihatan

Lalu dia sangat khuatir dengan masa depannya
Sampai  dia tidak menikmati masa kini

Akhirnya dia tidak hidup di masa depan atau pun di masa kini
Dia hidup seakan-akan tidak akan mati
Lalu dia mati tanpa benar-benar menikmati apa itu hidup

Sahabat......

Bersyukulah  apa yang selama ini kita dapati dan kita nikmati
Kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi hari esuk


Ketika lahir dua tangan kita kosong
Ketia meninggal kedua tangan kita juga kosong

Waktu datang dan waktu pergi  kita tidak membawa apa-apa
Jangan pernah sombong kerana kaya dan kedudukan
Jangan minder kerana miskin

Kenapa ?

Kaya belum tentu  mulia
Miskin belum tentu hina

Kaya belum tentu bahagia
Miskin belum tentu menderita

Bukankah kita  semua hanyalah tamu
Dan semua milik kita hanyalah pinjaman

Tetaplah rendah hati, Sahabat

Seberapa penting kedudukan kita
Tetaplah percaya diri seberapa pun kekurangan kita

Kerana kita hadir tidak membawa apa-apa
Dan kembali juga tidak membawa apa-apa

Hanya pahala kebajikan atau dosa kejahatan
yang dapat kita bawa

Datang kita menangis
Pergi juga  kita ditemani oleh tangis

Maka dari itu tetaplah bersyukur
Dalam segala keadaan apa pun

Hiduplah di saat yang benar-benar ada dan nyata
Untuk kita iaitu saat ini, bukan dari bayang-bayang masa lalu
Maupun mencemaskan masa mendatang yang belum lagi tiba

Pemenang kehidupan adalah orang yang tetap sejuk di tempat yang panas 
Yang tetap manis di tempat yang pahit

Yang tetap rendah hati mekipun telahh menjadi besar
Serta tetap tenang ditengah takdir yang paling hebat

Hiduplah dengan bahagia
Kerana memang kita berhak hidup bahagia


Sekadar berkongsi berfikir-fikir. 


........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails