"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 26, 2019

Doa Positif....@ Perarakan Solidariti.....









Saya tidak ikut berarak. Tidak juga mendengari berita. Cuma dengar-dengar dari ahli keluarga sembang santai dipetang senja. Katanya BN dan PAS tidak turut serta. Entah mengapa....

Saya kata "tidak mengapa". Semua pihak boleh berbeza pendapat dan bolih berbeza apa sahaja. Dan jika kita Muslim maka perbezaan harus berteraskan suatu yang syarie. Contohnya tidak lah bolih Muslim menyokong pendapat LGBT atas dasar menghargai perbezaan citarasa. Yang haram tetap haram atas dasar apa jua sekalipun. Cuma dalam keadaan yang melibatkan nyawa, Islam memberi kelonggaran sekadarnya. Iaitu kita boleh makan makanan haram dalam keadaan yang genting yang mengakibatkan kematian. Maka dalam keadaan dharurat kita boleh makan secukupnya sahaja. Bukan berkali-kali yang tidak menepati kelonggaran yang diberi.

Maka jika kita berbeza, saya rasa kita harus melihat dari segi keutamaan yang berkaitan dengan keselamatan dan dari segi memelihara Aqidah yang nyata Sah dan Haramnya. Saya lihat Perarakan Solidariti mencari kedamaian rakyat jelata. Bagaimana kita mahu mencapainya. Mestikah ia harus berteraskan politik semata-mata.

Rakyat Malaysia matang dan bolih berfikiran tanpa jeritan dan paksaan. Saya rasa tersedih sedikit bila saya dengari yang kata: Tak payahlah sokong kerajaan PH kerana ia didalangi oleh musuh yang nyata. Jika difikir-fikir musuh yang nyata hanya Jinn, Iblis dan syaitan jua. Dia musuh Allah dan musuh kita. Itu AlQuran kata. Perbezaan warna kulit dan agama belum tentu dia musuh yang tidak bolih dibawa bicara, ditarbiah dan apa sahaja yang dapat menawan hatinya dan menjadi Islam diakhir hayatnya.

Zaman Rasulullah saya difahamkan bahawa NabiSAW sentiasa mendengari dan bersikap positif menerima siapa jua. Jika mereka benar-benar memerangi, maka baginda menghadapi dengan tujuan mencari kemenangan atas nama Redha Allah jua. Bukan kerana kuasa dan kekayaan semata-mata.

Maka marilah kita berdoa positif sahaja. Bukan kita kata: "Biar tumbang Ph kerana tak tahu mentadbir negara dan tiada kekuatan menghadapi musuh bangsa dan agama."
Saya kata pada suami saya saya lebih suka berdoa; "Ya Allah berilah kekuatan dan kebijaksanaan pada kepimpinan PH semoga dapat mengurus tadbir negara dengan berkesan dan saksama. Semoga PH dapat mengawal sikap permusuhan yang ada dan dapat mengawalnya hingga terjalin semangat
kekitaan satu negara tercinta dan menerima hakikat bahawa yang benar itu benar dan yang batil itu batil semestinya". Kemudian kita usaha sedaya supaya membangun negara dalam runag lingkup yang adil saksama dan memohon semoga Allah memelihara kekuatan Tauhid kita yang mengesakan yang maha Pencipta dan yang maha Berkuasa atas segala-galanya.

Doa adala senjata Mukmin dan kita harus yakin setelah kita Ikhlas berjuang sedaya upaya Allah janji Ia dekat dengan kita. Dia memerhati dan pastinya pertolongannya amat hampir pada hamba-hambanya yang berjuang seperti yang telah di contohkan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu dari kita. Siapa yang tidak mengenal Salahuddin alAyubi yang membebaskan AlQuds / Baitul Maqdis dan AlFateh yang menawan Konstantinople.

Ya Allah saya sayang Malaysia dan amat menghargai kepimpinan Tun M. Tiada manusia yang sempurna. Berikan masa padanya. Semoga Allah memeliharanya dan semoga Allah meredhai usahanya dan usaha semua, pemimpin dan rakyat yang ikhlas membangun bukan untuk diri semata-mata.

Allahu'alam.
Mohon maaf atas kekurangan.

........................

No comments:

Related Posts with Thumbnails