"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 13, 2019

Tidak hilang bisa ular menyusur akar.........


Jangan kita sombong dimana jua kita berada.
Allah benci pada manusia yang sombong.
Apabila Nabi Adam As diciptakan, Iblis diarah oleh Tuhan yang maha Pencipta untuk sujud hormat pada Nabi Adam As.
Iblis engkar keranqa kesombongan. Adam di cipta dari tanah dan Iblis mendabik dada kerana ia dicipta dari api.

Secara mudah kita bolih katakan Iblis tidak menyedari asal usulnya. Dia tidak mengenali Penciptanya. Iblis tahu tetapi tidak mahu menerima hakikatnya.







Saban hari kita mendengari pertelingkahan dalam masyarakat mengenai berbagai hal. Tetapi hari ini persoalan besarnya ialah siapa yang layak berkuasa dan memerintah.

Ada yang berlomba-lomba mencari pengaruh ikutan dan ada yang berlomba-lomba mencari kekayaan tanpa mengira landasan pegangan dalam tindakan.

Ada yang kata : Kita harus berani kerana jika tidak berani kita akan ditindas.
Ada yang kata:  Dalam berlomba-lomba kita harus sentiasa adil dan beradab sopan. Jangan membujur lalu melintag patah. Semuanya ada aturan yang Allah telah tentukan.
Mana satu ikutan kita.

Binalah bangunan yang tertinggi, carilah harta hingga ke anak cucu,  dan kejarlah apa jua dalam membina hidup mewah dan berwarna warni.

Tetapi ingatlah.........
Jangan Sombong

A037

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37) | 

Kata ustaz ingatlah dalam sejarah Allah telah tunjuk manusia paling berkuasa hingga mengaku dirinya Tuhan. Semua kita tahu FIRAUN dan apa yang terjadi diakhir hidupnya.
Kita juga telah diberitakan dalam alQuran mengenai QARUN dengan hartanya yang tidak terkira dan apa yang terjadi padanya. Maka  sama-samalah kita semua menginsafi diri supaya berpada-pada dalam mencari kuasa dan kekayaan dalam hidup ini. 

Allah menerima manusia masuk SyurgaNya bukan kerana amalannya dan bukan kerana sesuatu yang di capainya semasa hidupnya. Allah telah menggarisakan kritertior ahli Syurga dan apapun yang kita capai, Allah menerima masuk dalam SYURGNYA SEMATA-MATA KERANA LIMPAH RAHMATnYA.

Maka janganlah kita sombong.
Kata pepatah Melayu : Tidak hilang bisa ular menyusur akar. 
Masaalahnya kita orang Melayu sudah banyak lupa tata susila Adab dalam semua urusan hidup seoran Muslim. Kita tidak mencermin diri.

Saya menulis ini kerana mahu sentiasa mengingatkan diri. Saya rasa takut dan khuatir setiap kali saya melihat berita diUtube maki hamun dan maki seranah yang dilemparkan oleh orang Melayu pada orang Melayu. 
Semoga saya sentiasa beringat pesan emak bapak yang penat lelah membesarkan saya.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua.
Aamiin......


...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails