"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 15, 2019

Memburu dan diburu.....



Akhir zaman sudah amat hampir. Berdetik rasa khuatir maka saya cuba khyusyuk mendengari ceramah-ceramah yang berkaitan dengannya. Di sana sini kita dimaklumkan ramai ustaz yang bercerita mengenainya. Saya mendengarinya di utube.

Alhamdulillah. Allah memberi peluang saya menginsafi diri tentang hakikat ini dan mengingatkan saya supaya berhati-hati melalui perjalanan hidup yang bakinya tinggal amat sedikit ini. Amat sedikit sekali. Tidak mungkin dapat mengukur banyak mana masa yang berbaki kerana esuk lusa mungkin saya sudah tidak ada di alam ini. Semoga Allah mengurnia umur yang bermunafaat.

Ustaz mengatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah manusia berlumba-lumba membina bangunan yang mencakar langit dan indah-indah belaka dari segi seni binanya. Di Timur tengah pun masing-masing berlumba seolah-olah mahu mempamerkan kekayaan dan kemewahan yang ada. Di Makkah pun begitu. Entahlah....... saya tidak pandai membuat tafsiran mengenai sikap negara-negarqa ini vis-a vis hakikat akhir zaman sudah hampir tiba.

Satu petanda yang lain ialah mengenai fenomena alam yang Allah telah jadikan berbeza. Di padang pasir sudah mula ada tumbuhan menghijau tanpa ada sabab musabab yang mudah difahami. Ada sebahagian air laut dan air tasik dan air sungai yang sudah mula  mengering dalam masa yang singkat. Di sini saya hanya mampu bercerita fenomena ini secara ringkas sahaja kerana saya bukan ahli yang membuat kajian mengenainya. Namun siapa yang membacanya dan yang beriman pada Allah sudah mula khuatir bahawa fenomena akhir zaman ini sememangnya sudah sangat hampir. Dengan lahirnya Nabi akhir zaman, Rasulullah saw adalah petanda awal kita sudah dalam zon akhir zaman. Cuma ramai antara kita lalai untuk menghayatinya.

Tetapi ramai juga yang sudah menyedari dan menerima hakikat itu dan sudah mula berubah secara positif, sudah berhijarah untuk memperbaiki diri sebaik mungkin. Majlis-majlis Ilmu giat diadakan di sana sini. Kegiatan dakwah juga sudah diusahan berlipat ganda. Bukan di Malaysia sahaja tetapi hampir di seluruh dunia. Malah ada yang mengatan bilalangan manusia yang menganut agama Islam di dunia ini sudah menjadikannya agama yang mendahului agama-agama lain mengikut bilangan pengikutnya. Saya teruja dan dalam kemampuan yang ada saya hanya berusaha dikalangan keluarga kecil dan keluarga besar. Semoga Allah sentiasa memelihara dan menunjuki jalan yang Benar.

Kita tidak mahu menjadi umat yang dilanda kekcewan (kerugian) setelah akhirnya zama. Kita dimaklumkan dalam surah At Taghabun:


A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9) |


Kita memburu kemajuan tanpa sedikitpun beringat bahawa kekayaan semata-mata kekayaan tidak menjamin hidup yang sempurna di akhirat kelak. Kita diingatkan jangan sewenang-wenag berusaha "membujur lalu melintag patah" tanpa mengira hukum-hukum yang Allah telah tentukan.

Kita akan rugi akhir nya seperti apa yang disebut di ayat Quran dia atas.

Dan kita diingatkan juga:


A016

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16) |


A017
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
(At-Taghaabun 64:17



Semua orang yang kita tahu mengejar masa atau dengan lebih menakutkan....memburu masa. Tiada siapa yang tahu bila terjadinya akhir zaman. Ajal dan maut pada diri sesaorang pun juga tiada siapa yang dapat menjangka. Tetapi di Malaysia kita masih "bergaduh" mengenai perkara yang kurang pentingnya. Maksud saya, kita hampir setiap hari bercerita mengenai Malaysia ini siapa punya. Bukankah Allah yang punya?

Kita tahu tetapi kita masih bicara hal-hal yang di akhirat nanti kita tidak akan ditanya. "Kita Melayu kah atau Cina kah?" dan lain-lain lagi. Yang akan ditanya ialah pegangan amalan soleh kita, dibuat atas dasar Iman dan Taqwa atau hanya mahu mendabik dada.

Kita memburu masa dan masa juga memburu kita. Masa adalah kurnian Allah. Tidak boleh kita ambil ringan. Jangan kita memburu kesenangan semata-mata untuk senang di dunia. Kita tidak heran langsung dan tidak ambil peduli pada sesiapa jua yang ada di sekeliling kita yang memerlukan kita. Kita nafsi, nafsi. Sampai bila mahu begitu. Esuk mungkin kita tidak ada. Umur tidak menjadi penentu. Kesihatan juga bukan penentu.

Semoga kita beringat-ingat........


A001
Demi Masa!
(Al-'Asr 103:1

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3) | 



............

No comments:

Related Posts with Thumbnails