"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 19, 2019

Learning to be normal.......@ anak istimewa.





Allah tidak cipta semua hambanya serupa. Ada yang Allah kurnia kekuatan dan ada yang Allah kurnia kekurangan. Tetapi fahaman ini hanya pada mereka yang tidak banyak menghadapi kekurangan. Mereka rasa mereka terpilih dan mereka yang "kurang" dirasakan pasti ada masaalah yang dari mula lagi Allah sudah "tidak kasih" padanya.

Ini fahaman yang kurang tepat......

Saya ada cucu-cucu istimewa. Ada yang ADHD, ada yang Otisma, ada yang lambat bertutur dan ada yang "slow learner". Saya tidak punya cucu yang luar biasa dari segi kepintaran dan kemampuan fisikal. Sebelum ini saya telah pun bercerita sedikit mengenai cucu-cucu saya yang istimewa ini. Hari ini saya pula yang rasa terpilih punya cucu-cucu istimewa kerana ia membuat saya cuba memahami hakikat Allah cipta segala makhluknya dengan kebijaksanaan dan keadilan yang manusia biasa sukar memahami. Sukar memahami kerana pandangan umum di sekeliling seolah-olah melihat kekurangan itu ada kaitan dengan keturunan DNA atau kerana itu anatara petanda Allah "murka" dan tidak sayang pada kedua ibu-bapanya.

Subhanallah.....maha suci Allah dari segala keburukan.

Silap kefahaman itu. Allah maha Adil dan Maha  Bijaksana. Tidak pernah ia merancang untuk kemudhratan makhluknya, manusia atau ciptaan yang lainnya. Allah mahu melihatkan kekuasaanNya dan mendorong segala makhluknya untuk bergantung segala-galanya pada Allah jua. Namun ia mahu kita berilmu dan berfikir dan mencari kefahaman dalam ruang lingkup mentauhidkan kewujudanNya.

Semalam anak perempuan saya datang ziarah. Oleh kerana sekarang rumah kami berdekatan maka ia selalu juga "menjenguk" saya dan adakalanya membawa semua anak-anaknya. Dia punya anak ADHD, Otisma dan slow learner. Semoga Allah sentiasa bersama dan memberi pertolongan.

Foto di atas ialah cucu lelaki saya sulung yang ADHD sejak lahir. Dengan terepi dan mengikuti nasihat pakar kanak-kanak ia sudah banyak mencapai kebaikan ke arah normal. Ia belum sepenuhnya normal tetapi Alhamdulillah sudah menampakan ciri-ciri positif. Semua ujian Allah atas manusia ada hikmahnya.

Sifat cucu saya yang sulung ini, Ujai namanya, suka berbuat sesuatu hingga ia puas hati dengan hasilnya baru berhenti. Jika tidak, ia akan buat sesuatu mengikut nalurinya. Ini cerita anak perempuan saya pada saya. Foto di atas itu menunjukan ia tidur di atas padang tanpa memperdulikan aktiviti apa yang sedang dijalankan oleh guru. Malam sebelumnya ia tidur lambat melayani minatnya dengan apa jua yang dia dapat dalam internet. Ibunya mengawalnya dengan mengaambil simpan komputer darinya dan mengarahkan ia tidur takut lambat bangun untuk sekolah keesukan harinya. Tetapi dia tidak tidur dan terus berbuat "entah apa" dan esuknya bangun lambat. Maka di sekolah ia penat dan ia akan tidur tidak kira di mana. Bila dia datang rumah saya, saya hampiri dia dan tanya padanya. Dia kata  "I was too tired and exhausted..." dan terus menjauhi saya dengan tersenyum. Saya pun tersenyum dalam hati kerana dia sudah mula remaja dan teguran kita harus bersesuaian. Sekarang Ujai di tingkatan 2 di kelas istimewa di Putrajaya. Alhamdulillah gurunya bersabar.

Malam tadi ibunya menunjukan pada saya video sukan sekolahnya. Ia berlari 100 meter dengan anak-anak lain yang normal. Ujai dapat no. 6 dari tujuh orang. Anak saya suda "mahir" dengan anak-anak istimewa dan bila saya tanya bagaimana reaksinya bila kalah dalam acara lumba lari itu, anak saya rasa lega kerana Ujai boleh senyum. Anak saya kata: " I am proud of you Ujai. You fisnished the race although you were almost last. You finished what you have started. And you didn't show your temper when loosing the race . You have learned a lot. You take defeat graciously. good for you Ujai."

Saya lega mendengari cerita anak saya dan rasa bersyukur. Perancangan Allah berbeza-beza mengikut kebijaksanaanNya. Ujai berbahasa Inggeris bukan semata-mata kerana usaha ibunya. Ibunya terlalu sibuk. Adiknya yang Otisma pun berbahasa Inggeris juga. Saya perhati kerana mereka suka tenguk tv yang berbahasa Inggeris. Allah beri kelebihan atas kekurangannya. Kita jangan putus asa. Saya yakin insyaAllah dengan kesabaran dan usaha yang berterusan oleh guru dan keluarga, Ujai dan adik-adik yang istimewa akan dapat mengatasi kelemahannya. Jika tidak sekalipun, pasti Allah ada habuan alternatif yang lainnya. Allah maha Adil dan Saksama.

Mohon doakan mereka.


....................

No comments:

Related Posts with Thumbnails